Sunday, July 17, 2011

.Nota Kaki AhMeng | Part 1 : Siapa SARAH Sampai Gua Terkencing Dalam Seluar ?


 
.Gambar pinjaman semata-mata. Cukuplah sekadar hiasan =P

.Nama gua AH MENG. Gua dari Pulau Meranti, Puchong. KL ni gua bukan siapa-siapa, sebab gua memang loser. Jadi mari sini lu orang punya mata, kasi lekap depan skrin. Jadi mari sini punggung, kasi panas membuntukan diri lu orang. Ini kisah gua. Jadi hanya gua sahaja yang layak bersuara di sini. Tapi kalau lu orang nak bersuara, gua tak kisah (sebab ini kisah gua). Tapi lu orang bersuara cukuplah sekadar dalam hati lu orang. Jadi mari sini semua. Kisah gua, gua punya cerita dan lu orang senyap ! ;')

* * * * *

.Gua Cina, dan dia Melayu (ini bukan perkauman). Dulu masa kecil, mummy gua selalu cakap, 

"Kita Cina, kita datang sini merempat. Ini bumi haa Melayu yang punya. Lu bila besar nanti Meng, lu mesti jadi orang berjaya. Jangan kasi Melayu pijak sama kepala kita. Tapi kita mesti hormat sama Melayu. Melayu yang jaga kita kat sini. Melayu tuan, kita hamba. Tapi kita mesti jadi kaya dari Melayu walau kita hamba !"

Bila mummy gua bagi nasihat, memang macam orang mau makan dinosour. Gua kecik-kecik apa tau lagi. Gua tetap pegang pensel. Gua tetap tolak ketap-ketuk itu sampoa. Masa sekolah rendah dulu, gua ingat lagi. Kisah gua masuk sekolah kebangsaan. Gua takut, gua malu. Jadi gua dah macam mati kutu kat sana. Tapi gua belajar sikit demi sikit. Gua mula masuk sama budaya Melayu. Gua pergi raya-raya sama melayu. Dapat duit. Raya Cina pun mereka datang sama gua punya rumah dulu. Dapat angpau. Walaupun rumah gua tak segah rumah mereka. Sampai bila gua masuk darjah tiga, ada satu orang awek ni, baru pindah masuk sekolah gua. Masa tu gua tak ada dalam kelas. Gua sibuk training badminton. Gua sayang sama itu coach-Sibek. Coach Melayu, tapi garang. Tapi dia tetap kasi gua cilok sama dia punya ilmu. Gua letih, dia bagi gua rehat. Dia belanja gua air sirap 20sen. Murah, tapi gua lega tekak basah juga. Lepas rehat, gua masuk kelas. Gila apa kalau nak train panas-panas. Boleh hitam-mati gua wow ! 

Gua masuk kelas lewat. Biasalah, gua banyak busuk sama itu peluh-jerit semua. Plus, gua memang tak mandi pagi. Jadi gua kasi bersih dulu sama badan gua sebelum gua masuk kelas. Nanti tak adalah orang nak lari dari gua. Gua ketuk pintu, gua tunduk malu. Tapi Cikgu Salina itu baik orangnya. Gua suka dia. Dia banyak lembut, banyak manis walaupun gua tak pernah nampak wajah sebenar dia. Cikgu Salina selalu pakai itu tudung litup-litup sampai bawah dengan purdah diparas hidung. Jauh beza dengan agama gua. Tapi dari mata dia sahaja gua dah tau dia cantik. Sebab gua selalu tenang bila tengok kecantikan mata dia. Tapi itu kisah Cikgu Salina gua, bukan kisah yang gua nak cerita kat sini.

Gua terus landing gua punya buntut kat tempat duduk gua. Sebelah gua Adhan namanya. Gua suka tengok gigi jongang dia sama spek mata ikan dia. Tapi otak dia geliga woo ! Gua selalu kalah tipis sama result  exam matematik dengan dia. Gua duduk, gua mengelamun. Gua pun ada rasa letih. Tiba-tiba gua terdengar suara Cikgu Salina,

"Sarah, kamu tolong bacakan perenggan seterusnya" katanya halus-halus.

Gua macam tersentak. Siapa Sarah.? Setahu gua, dulu masa darjah satu adalah budak nama Sarah. Tapi dia sudah lama mati. Jatuh dalam parit air. Sedih gua bila gua dapat tahu cerita tu. Gua mula fikir, Cikgu Salina boleh nampak hantu ke.? Bulu roma gua meremang. Buntut gua basah. Gua langsung berpeluh lagi lebat dari training badminton tadi. Gua sensitif sama hantu. Darah gua cepat membiru. Gua dah pejam mata ketat-ketat ni. 

"Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islamuntuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.









Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islamsebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988." tutur suara halus itu.

Bila terdengar ada suara membalas kepada suara Cikgu Salina tadi, gua yang tadinya terpejam ketat-ketat, mula jadi gundah. Diam tak diam, gua dah terkincit dalam seluar gua. Tak ada orang perasaan gua terkincit. Tapi ramai yang perasan badan gua menggeletar macam semut kena panggang tergolek-golek. Akhirnya semua jadi perasan dengan air terkincit gua yang kekuning-kuning keemasan tu. Kelas jadi sunyi lima saat. Lepas tu faham-faham je lah. Berdekah-dekah mereka mengilai. Gua yang tadi tahan menahan ni, terus gua lepaskan semua. Macam empangan pecah ! Gua malu, tapi gua dah buat. Jadi gua tadah senyum dengan gigi rongak gua je lah. Nasib baik Cikgu Salina baik menolong gua. terus dia hantar gua balik rumah.

Sampai keesokan harinya, gua tak tau langsung siapa pemilik suara "Sarah" tu. Sehari gua ponteng sekolah. Gua cakap kat mummy gua yang gua demam. Tapi biasalah, dia tak percaya. terus dia bantai gua sampai akhirnya gua demam. Dah tiga hari tak pergi sekolah. Esok mesti pergi. Gua nak tahu juga siapa pemilik suara puaka itu. Hari ni gua bangun, gua siap (tak mandi, biasalah). Gua orang pertama sampai kat sekolah dengan basikal capuk gua. Dalam otak gua, gua fikir malu je. Tapi gua fikir juga siapa pemilik suara tu. Jadi, gua ambil langkah kehadapan sahajalah. Gua sorang-sorang dalam kelas. Gua tengok air terkincit gua dah lama bersih. Tapi atas meje gua, banyak gila tulisan macam Usman Awang dan lukisan seumpama Imuda. Gua terima semua itu termasuk lukisan orang bogel tengah terkencing. 

10 minit kemudian, Atikah datang bersama seorang lagi yang gua tak kenal. Dia sapa gua dari jauh. Lepas tu dia bisik-bisik manja sama kawan sebelah dia. Masing-masing tak henti ketawa. Gua pun faham, lalu gua buat-buat senyum macam kambing jelah. Dia datang kat gua, dia tanya gua sihat ke tak. Okay ke tak, dan macam-macam lagi. Becok sungguh anak Melayu seorang ni. Akhirnya kelas semakin ramai dan ramai. Semua main sengih-sengih kambing yang manja dengan gua. Gua pun apa lagi, nak tutup malu punya cerita, gua terus lari dalam hati pergi makan RMT kat kantin !


* * * * *




[P/S : Bersambung ke EPISOD ke-2. Siapa Sarah, biar aku fikir. Siapa AhMeng, biar kau orang fikir ;) Sila baca header blog ini untuk tau samaada aku tipu atau ini adalah fiksyen semata-mata. sekian. (diadaptasi melalui nota-nota akhir AhMeng) ]