Thursday, December 22, 2011

.Hati yang Diterobosi



* * * * *

Seminggu aku tanggung tanda soal. Dari hari-hari yang buta kini tanda soal itu semakin gemuk dan gemuk. Sampai suatu masa, mana mungkin aku junjung lagi. Nak diheret seret pun aku tak mampu. Jadi aku ambil keputusan. Bunuh atau mati? Cepat-cepat aku ambil pistol 25 caliber Baretta Model 1919 dari peti besi atuk aku. Katanya dulu, pistol ini dia curi dari James Bond. Aku periksa dan peluru hidupnya masih berbaki dua butir. Aku harus cepat. Sebelum
senja menjelma maka gelaplah hatiku.

Aku nampak sasaran disebalik pokok yang ditanam majlis pembandaran itu. Dia masih lagi menyakat-nyakat manja dengan telefon. Itulah rutin hariannya. Hari-hari ada sahaja yang diketawakannya. Kalau boleh, dengan dua butir peluru yang tinggal ni; Aku nak bidik satu ke BlackBerrynya dan satu tepat ke jantungnya. Semoga tuhan, kau rahmatilah pekerjaan gila ku ini. Aku dah tak berdaya lagi menanggung tanda soal itu. Asyik-asyik gemuk sahaja disuap nasi!

Hari ini dia memakai skirt polka dot bewarna pink bawah paras lutut. Dengan reben pinknya setia menghinggap dikepala serta rantai tangan yang aku beri dahulu dari Sarawak. Nah, kau Nampak macam orang asli bila pakai itu sekarang! Berdesis tanda baran dah tak bernoktah lagi. Bunuh atau mati, nah; Inilah penentuan hakiki untuk terus aku bernafas dalam tenang. Aku bidik tepat ke jantungnya. Namun terdapat lambang Superman di tengah dadanya. Lalu ku larikan sedikit bidikan ke kanan.

Namun sasarannya sudah berubah. Jikalau ditengah-tengah, itu jantungnya. Tapi kini agak ke kanan sedikit, iaitu ke hatinya. Celaka punya lambang Superman! Aku tarik nafas dalam-dalam. Panjang-panjang juga ku hembus. Biar tenang otak membidik, agar senang membedal sang durjana! Angin kini bertiup 5km/s. Tandanya, sepoi-sepoi bahasalah. Jadi faktor angin takkan berani lagi mengacau misi ini. Kini dia bangun dan melangkah kehadapan sedikit. Betul-betul menghadap timur aku. Maka didalam perkiraan ketiga, picu itu harus aku hentak.

1, 2, , , , 3 ! Paaaannnggggg! Dalam situasi slow-mo, butir peluru itu keluar menjengah dunia. Bersembur api perlahan-halan membakar ruang oksigen. Sempat ku singkap kembali kea rah sasaranku. Dia masih disitu. Berdiri dengan senyum (yang pasti bukan untuk aku). Dia sedang berbual-bual. Dengan siapa agaknya? Paaannnggggg! Peluru itu tepat! Yes! Tembus pada sasaran (hati) tapi tersangkut pada rusuk.

Aku peduli apa, sakitku kini tersenyum. Dia rebah ke tanah. BlackBerrynya tercampak ke udara. Bersepai jatuh ke lumpur. Terdengar suara menjerit. Akaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk! Aku terpana. Suara itu? Suara itulah yang aku dengar tiap-tiap malam. Suara itulah yang aku pasti buat aku tidur dengan lena. Mana si pemilik suara itu. Aku tercari-cari. Menggelabah macam punggung ditusuk lembing berapi!

Itu dia! Itu dia! Dia?! Dia?! Dialah yang aku puja setelah engkau pergi. Pergi tanpa sebarang jaminan untuk terus mempercayaiku sampaikan aku mati dengan sisa-sisa cahayamu. Dia memanggilmu kakak? Adakah?! Dia? Oh, tidak! Aku membunuh engkau dan pada masa yang sama aku membunuh masa depanku. Mana nak ku cari ganti? Ke timur, ke laut, ke darat mahupun ke angkasa semua sudah gelap merejam aku.

2 minit lagi nak masuk waktu senja. Aku melutut direjam tuhan.

James Bond datang lalu mengambil kembali pistolnya meninggalkanku terkapai-kapai menghirup sesuap oksigen. Pistol itu ditangannya dan picunya dihamburkan ke dahiku.

Senja itu pasti polis dan pihak ambulans bekejar-kejaran dengan sumpah seranah. TMT.





* * * * *

No comments: