Monday, April 18, 2011

.Aku Adalah Aku (Engkau Apa Tahu)




Aku adalah aku
Yang berubah mengikut skala rasa
Aku adalah aku
Pantas bercanda lembab tersisih
Aku adalah aku
Engkau apa tahu

Aku adalah aku
Yang bukan yang paling sempurna untuk duniawi
Aku adalah aku
Yang bergerak dalam kelam masih mencari bayang
Aku adalah aku
Engkau apa tahu

Aku adalah aku
Yang beridealogi tangan kidal
Aku adalah aku
Yang sudi memberimu senaskah hikmat
Aku adalah aku
Engkau apa tahu

Engkau dengan golokmu
Aku dengan intuisiku
Engkau dengan nuklearmu
Aku dengan teman bayang hitamku
Aku adalah aku
Engkau apa tahu

Aku punya cara,
Bukan kau punya pasal!

Friday, April 8, 2011

.Memikirkan Esok.




bila memikirkan esok,
apa yang akan berlalu
aku  sesak aku gundah
memikirkan esok

kerana memikirkan esok
aku lantas terasa kelu
apa yang dirancang adakah telus.?
apa yang dihajati adakah tercapai kelak.?

aku yang memikirkan esok
terlalu, terlalu runsing 
terlalu takut, sangat tak mahukan
walhal jelas itu yang ku mahukan

bila memikirkan esok
aku takut kehilangan hari ini
aku takut kehilangan segala yang telah dijalani

aku yang lantang mahu memikirkan esok,
tapi adakah ia pilihan yang benar.?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~