Thursday, March 31, 2011

Kisahkan Aku Pada Anak Cucumu, Bahawa Aku Adalah Kisah Dongeng (Yang Paling Engkau Cintai)



Aku juga manusia. Manusia yang dinaratifkan kisah dongengnya. Dongengan hanyalah suatu perkara yang lagenda termaktubnya dan mitos adalah kebanggaan semua kisah bangsa. Ia berkenaan ketamadunan untuk diangkat mulia, disanjung megah dan ditatapi semua lapisan hati. Untuk kita, untuk semua bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmah disetiap sebaliknya. Maka aku pinta, dongengkan aku untuk kisah sang panglipulara. Kisah yang akan dibawa merentasi sempadan penjelajahan. Kisah yang moganya diangkat keagungannya. Kisah yang buatkan semua tahu kewujudan aku!

Kisah disebalik hati sukar dilafazkan. Sukar bagi aku dan tidak bagi mereka yang senang. Kerana aku seumpama si bisu yang petah berbicara. Berbicara melalui bahasa tapi tak pernah sekali bersuara. Aku rasa gugup, dada diombak kencang apabila bersuara. Nada pasti tidak akan teratur dan fikiran pasti akan menjadi sunyi. Jadi aku lebih senang untuk menjadi si bisu yang petah berbicara. Berbicara melalui penulisan bukan sekali lisan. Maka apakah jenis manusia aku ini? Gambarkan saja aku kisah dongeng yang sempurna. Aku adalah seorang penakut.

“Pe na kut!” jerit lantang hati aku. Siapa peduli? Aku sahaja yang rasa.

Beginilah aku. Memendam rasa jauh dari dunia. Walaupun sekalian alam tahu dunia puncanya aku begitu begini kisahnya. Aku masih lagi di sini. Tegak utuh lagi berdiri walau hati sudah reput. Aku tahu engkau peduli akan rasa ini. Aku tahu engkau kisah akan segala yang lepas. Maka dongengkanlah aku untuk anak cucumu. Aku tahu dan aku pasti. Engkau masih lagi sukar untuk mencapai hulur tangan aku ini. Aku tahu engkau masih lagi merasa bahawa engkau malu dengan rasa engkau. Tapi engkau harus ingat, aku tak pernah mengira bilangan rasa palsu itu.

Engkau masih lagi meletakkan halangan dinding yang palsu diantara talian kita. Dan aku amat terasa akan seksanya. Aku amat-amat pilu dengan kata putusmu. Paling tidak sambutlah tangan persahabatan kaku ku ini. Paling tidak pun, nyalakanlah sedikit harapan kepadaku. Walaupun akhirnya nanti aku tetap tahu ia palsu. Jujur aku masih lagi pantas menungg sebarang berita yang bertebaran darimu. Jujur aku sudah terlalu lama untuk terus bernafas kerana dirimu. Jujur juga aku katakan aku tak mampu mengejarmu sepantas masa.

“I can’t chase you forever !” jerit pada langit. Biar langit yang bawa jeritan guruhku. Mungkin kepadamu.

Moga beginilah ceritanya. Engkau tidak lagi akan menegur aku. Engkau jelas tidak lagi mahu mememorikan watakku. Aku tahu akan itu. Aku pasti akan rasa ini. Jadi, kisahkan aku kepada anak cucumu, bahawa aku adalah kisah dongeng (yang paling engkau cintai).

.bukan TAMAT tapi SEKIAN.



[P/S : sila baca dengan nada yang tegas dan lantang. Kerana ini adalah bait-bait puisi moden yang dicerpenkan ! ]








Monday, March 14, 2011

“It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)”




Melalui entry Kassim Selamat & The Swallows, aku pernah cakap yang aku nak ceritakan sedikit mengenai RETROspektif aku kan.? Melalui entry ini aku sambung sedikit. Ku ingat nak menulis tentang Joy Division. Serius, menulis tentang Joy Division memang best. Sebab aku boleh terasa alunan ombak liku-liku perjalanan dramatis punk rock takkan lupus ! mungkin aku terlalu taksub pada lirikal Ian Curtis yang pantas membunuh pemikiran radikal aku ini. Tapi ini kisah, “It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)”, maka lupakan seketika punk rock British dari Joy Division itu. Ini kisah Rock ‘n’ Roll.! Kisah satu irama yang sudah bosan dengan perkara yang sama. Ini kisah mengenai ikut kata hati. Ini kisah tentang suka duka perjalanan perjuangan hikayat mereka !

Semua orang tahu, kalau genre Rock ‘n’ Roll, maka semua akan terus merujuk kepada AC/DC ! ya, entry ini mengenai RETROspektif AC/DC. Sebuah perjalanan perjuangan yang panjang. Perjalanan yang gila kisahnya. Perjalanan yang juga sangat menyentuh aku. Apa yang menyentuh aku.? Mungkin kerana kisah tragisnya Bon Scott. Kalau diikutkan cerita, AC/DC ini terlalu panjang fenomenanya. Apa yang aku di sini ingin kupas kali ini, hanyalah kisah AC/DC melalui “It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)” melalui kisah tragis, sadis, magis Bon Scott. Ya, aku sudah lama tidak gunakan perkataan TRAGIS, SADIS, dan MAGIS. Kali terakhir aku aku gunakan ayat serampang dua puluh mata itu adalah ketika sibuk memuji angkatan wibawaan Aidil, Ariana, Rain dan Sharin, iaitu band, COUPLE ! dekat sini, Bon Scott sememangnya adalah sebahagian yang hebat bagi kisah TRAGIS, MAGIS, SADIS aku ini.


“It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)” adalah anthem keramat buat semua dan seluruh keluarga besar AC/DC. Lagu ini juga pantas untuk menerpa kepada top 5 carta single bagi Australia. Kenapa ia begitu dahsyat.? Kenapa ia begitu keramat laungannya oleh peminat berani mati AC/DC.? Ini jkisah jawapannya. Kisah ROCK pada era 70-an, adalah kisah mana yang banyak melahirkan lagenda-lagenda dunia muzik seperti Led Zeppelin (aku amat asyik menyanjungi mereka), Black Sabbath (satu-satunya Doom-Metal berpiring hitam yang aku pernah jumpa fizikal piring hitamnya di AM Corp Mall !), Deep Purple, Alice Cooper, Aerosmith, Queen (takkan lupus dek zaman dengan lagu We’re The Champions !), dan juga Kiss (make-up mereka, identiti gila mereka pada bunyi !) Meraka-mereka ini ternyata kebanyakan dipengaruhi oleh muzik Rock dari Rolling Stone sampailah kepada Marc Bolan (T-Rex) yang mana mereka ini hadir dalam kelompok muzik rock ketika saat itu sedang mengalami revolusinya kepada pecahan-pecahan seperti glam rock, hard rock, punk rock, prog rock dan juga heavy metal ! Maka pada tahun tertubuhnya AC/DC (1973), mereka sebenarnya tidak punya sebab kenapa mereka tidak boleh Berjaya seperti mereka sekarang ini walaupun faktor geografinya (Australia yang bukan seperti US atau UK) sedikit member impak kepada mereka. Tapi itulah kisah lagenda liku yang mereka harus tempuhi.

AC/DC juga mengambil satu langkah yang disifatkan kepada dunia muzik sekaliling sebagai mentang arus kerana melalui lagu “It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)” dengan memasukkan instrument bagpipe yang dimainkan Bon Scott yang juga diselang-selikan dengan bunyi gitar Angus (anda patut kenal Angus Young dahulu baru anda akan tahu siapa AC/DC itu). Bigpipe itu yang MAGISnya. Kalau diikutkan mengenai arus muzik rock ketika itu yang lebih gemar menampilkan bunyian gitar solo yang leleh panjang berjela-jela (itu trademark muzik rock, tak boleh dipertikaikan lagi), tapi tidak di dalam lagu ini. Memasukkan instrument bigpipe ini memang mandatangkan kejayaan luar biasa pada mereka. Angus suatu ketika dahulu pernah ditanya mengenai idea memasukkan bigpipe ke dalam trak klasik mereka ini bersama Bon Scott, dia memberitahu idea gila ini lahir melalui perbincangan George Young (kalau anda sudah kenal Angus Young, maka anda akan tahu siapa dia George Young) yang menerbitkan album-albun terawal mereka dan juga Bon Scott.

AngusBon memberitahu abang saya George, yang dia pernah bermain untuk sebuah kumpulan bagpipe. George mulanya tak percaya tapi Bon cuba menyakininya. Kami mula setup sebuah bagpipe untuk rakaman, kami memanggil Bon untuk memainkan bagpipe tapi bagpipe itu tidak berbunyi-bunyi.Kami tanya Bon, “kau cakap kau main dengan kumpulan bagpipe.?” Bon jawab, “memanglah, tapi aku main snare drum !”

Oleh kerana kejadian ketika rakaman itu sungguh member kesan humor, Bon akhirnya mengambil insiatif untuk belajar memainkan bagpipe semata-mata untuk lagu “It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)”. Tetapi SADISnya, ketika mereka membuat persembahan di Scotland, instrument ini telah dirosakkan oleh sekumpulan penonton selepas Bon meletakkannya disatu sudut di pentas. Siapa sangka ini adalah saat terakhir kalinya mereka memainkan lagu klasik ini. Walaupun mereka pernah memainkan semula lagu ini dengan menggantikan bunyi bagpipe kepada bunyi synthesizer (aku suka elemen synthesizer ini terutama apabila Love Me Butch atau 7 Collar T-Shirt memainkannya, MAGIS !). Namun selepas kemasukan Brian Johnson (pengganti vocal Bon Scott), mereka tidak memainkan lagi lagu ini sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Bon Scott.

Kematian Bon Scott ! itu yang SADIS dan TRAGISnya bagi aku. Al-kisah “Highway To Hell” AC/DC dan kematian Bon Scott. Kedengaran bunyi Highway To Hell ini seperti berbunyi mitos yang memanggil-manggil siapa sahaja untuk mendengarnya, dan menguatkan lagi rasa stigma terhadap elemen-elemen satanisme dan penuh dengan occult. Ia sebenarnya sebahagian daripada kisah Bon Scott tentang Canning Highway di Australia di mana dipenghujung jalan itu terletaknya bar bernama The Raffles (yang mana tiada tujuan lain bagi Bon ke situ selain daripada Rock ‘n’ Roll !). menurut kisahnya, ramai yang terbunuh dilebuhraya itu kerana disebabkan keinginan mereka untuk memandu dengan laju hanya untuk cepat sampai ke The Raffles. Bon Scott membayangkan perkara yang sama ketika dalam perjalanan ke The Raffles melalui lirik, “No stop signs…no speed limit…nobody gonna slow me down.”

Di sebalik kejayaan album Highway To Hell album ini walau bagaimanapun menjadi titik terakhir bagi Bon bersama AC/DC ! Di mana satu kejadian TRAGIS, berlaku ketika tour Highway To Hell yang mengakibatkan kematian SADISnya ! pada Februari 19, 1980, Bon dijumpai tidak bernyawa di dalam sebuah kereta pada waktu siang selepas terlebih mengambil alkohol pada malam sebelumnya. Bedah siasat mendapati dia tercekik muntahnya sendiri (awas!). bagaimanpun, pelbagai teori yang mengandaikan kematiannya, daripada terlebih dos heroin dan akibat darjah suhu di dalam kereta.

Angus Young, “Kami lebih kerap melihat Bon Scott berbanding ahli keluarganya sendiri. Selalunya saya, Bon dan Malcolm pergi ke kelab bersama-sama, dicampak keluar juga sama-sama!”

Namun langkah AC/DC tidak terhenti disitu sahaja walaupun mereka hampir-hampir membubarkan AC/DC selepas kematian Bon Scott. Brian Johnson yang menggantikan tempat Bon dari saat itu sehinggalah ke saat ini, juga adalah melalui permintaan Bon Scott sendiri yang mencadangkan nama Brian selaku penggantinya jikalau ada apa-apa terjadi kepadanya. Demikianlah kisah seorang anak seni yang sangat hebat personalitinya (walaupun cacat celanya terlalu banyak). Demikianlah juga riwayat seorang lagenda bernama Bon Scott. Mungkin ini bukan satu-satunya lagenda yang Berjaya menghasilkan MAGIS, SADIS, dan TRAGIS. Sesungguhnya ramai lagi insane yang hebat dalam seni ini berakhir kisahnya dengan kematian. Ianya sama juga kepada kisah pengakhiran Ian Curtis (Joy Division, anda kena tahu kenapa saya taksub sangat kepada muzik Ian Curtis ini melalui Joy Division), Jeff Buckley (Mysterious white man, yang hanya menggunakan dua gitar untuk menghasilkan MAGIS dalam dunia bunyinya). Dan tentulah yang paling diagung-agungkan adalah lagenda seperti Kurt Cobain ! bagi aku, sememangnya unutk menjadi lagenda setelah menempuh dunia Berjaya yang singkat adalah melalui kematian.

Mungkin tidak keterlaluan jikalau aku mengatakan, apabila kita sudah tiada, barulah orang akan tahu untuk sibuk menghargai apa yang kita telah lakukan. Lihat saja kepada Pablo Picasso. Kisah Picasso yang diangkat menjadi lagenda dalam dunia seninya selepas lebih 100tahun kematiannya. Mungkin juga sama kisahnya di Malaysia ini. Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Dia adalah seorang yang hebat. Seorang peguam yang tahu menyanyi. Seorang peguam yang tahu berseni. Karya lakonannya melalui filem KAMI suatu masa dahulu adalah sebuah karya filem yang tidak dapat diterima oleh orang sekelilingnya saat itu. Namun, lihatlah hasilnya, filem KAMI lakonan Allahyarham Sudirman itu kini merupakan naskah penting bagi filem klasik Melayu !

[P/S : aku tinggalkan penutup aku macam tu sahaja. Sebab kalau diikutkan hati, penutup aku takkan ada kesimpulannya. Dan jikalau aku benar-benar ingin menulis tentang sejarah AC/DC, aku rasa dua tiga hari takkan habis kau orang baca. Serius ! aku ini kalau menulis, memang tak ingat dunia. Gila kuasalah katakan ! Jadi aku tinggalkan penutup aku tanpa kesimpulan sebab kesimpulan itu sepatutnya ada selepas anda semua habis membaca al-kisah entry ini. Sekian !]





Even one of the worlds best Rock n Roll bands AC/DC use the bagpipes in their song It's a Long Way To The Top if You Want to Rock and Roll

Friday, March 11, 2011

Kisah Lapuk Darjah Enam !


"vid ini menampilkan SHILAdan juga LISA SURIHANI semasa mereka berjiwa remaja. yYASMIN HANI pun ada kot. hehe"

yo ! yo ! wassup ?! wassup yo ! whaaaattttsssuuuppp..?!”

Ini kisah darjah enam aku. Aku tak suka cerita benda lama. Tapi ini kisah darjah enam aku. Aku malas nak ingat benda lama. Tapi ini sekali lagi kisah darjah enam aku. Aku malas nak taip cerita budak mentah ini. Tapi ini kisah darjah enam aku. Kisah darjah enam aku ! bukan siapa-siapa. Bukan engkau dan engkau. Tapi perihal aku dan mereka, yakni KAMI ! inilah kisah darjah enam aku.

Aku dibesarkan biasa saja. Aku dibesarkan sederhana saja. Aku dibesarkan dengan penuh rasa gelodak jiwa. Aku dibesarkan dengan suatu famili yang besar. Aku dibesarkan ditingkat atas rumah itu. Di tingkat atas rumah itu. Aku dibesarkan biasa-biasa saja ! tapi ini kisah lapuk darjah enam aku. Kisah mentaliti rendah dari paras lutut. Kisah kanak-kanak cetek akal yang celik mengerjakan arus. Yang celik hendak mencari identiti. Yang juga celik mengejar sesuatu al-kisah duniawi. Tapi ini kisah darjah enam aku !

Ada apa dengan kisah darjah enam aku.? Tanya pada aku, ada apa.? Haish. Ia sebuah kisah mencari identiti yang membentuk aku sekarang tetapi berubah mengikut peredaran CITARASA zaman. Kisah darjah enam aku ada banyak. Terlalu banyak. Cuma di sini yang ingin dikupas hanyalah tentang pendengaran ! tentang rasa mengikuti sesuatu yang baru (urban). Ia berkenaan dengan muzik. Hah! Sekali lagi dengan muzik. Pejam celik pejam celik bangun tidur makan minum dan BERAK, semuanya tentang muzik. Ada orang berkata (bukan kepada aku), “kau jangan cerita pasal muzik dengan dia”. Hah, aku hanya pandang sinis saja pada orang itu.

Masih ingat lagi dengan fenomena Ruffedge.? Haha (gelak sinis nak terkencing). Ini kisah darjah enam aku. Ruffedge (haha, gelak lagi). Fenomena “tipah tertipu”. Fenomena yang meresap ke dalam ‘kanak-kanak muda’ seawal pemikiran darjah enam ini. Fenomena yang membentuk sekumpulan kanak-kanak muda untuk manjadi sang ‘penGILAi’. Seakan dan seumpama mereka ini dirasuk satu syaitan untuk terus berkata dengan laju selaju-lajunya mengikut alunan irama yang kadangkala HIP dan kadangkala HOP ! ini HIP!HOP! rap sana rap sini, RAPsody.? Sampaikan dalam kelas pun sibuk duduk terhangguk-hangguk menghafal lirik tipah tertipu ini. Apa kisah ni.? Semua orang dengan kertas. Semua orang dengan ayat yang berjela-jela batu nautika panjangnya. Semua orang dengan kertas putih dengan tulisan yang panjang sepanjang tiga helai muka surat.? (mana mungkin dengan tiga muka surat. Aku kelentong je tu!)
Baiklah ini kisahnya. Maka dudukkanlah buntut engkau dan kakukanlah mata engkau pada ini ! pada kisah darjah enam aku ! kisah yang berlatarkan bilik darjah. Sebenarnya bukan bilik darjah, tapi bilik tayangan. (kelas budak-budak pandai cerdik molek dengan nama aku yang tak layak tersenarai dekat situ sebernarnya!). dimulakan dengan latar masyarakat yang normal iaitu, sekumpulan kanak-kanak muda yang perihatin kepada situasi muzik sekeliling. Siapa nama mereka.? Aku sudah lupa. Terlalu tualah sekarang katakan.

Siapa dia Yusman (bukan nama sebenar).? Atau nama glamor zaman kanak-kanak tadikanya, U-Man, yang juga pernah dipertikaikan tentang cita-citanya sebagai pemain bola sepak.?! (cek nak komen sikit, muka hang ada macam Syafiq Rahim sikitlah, haha). Siapa dia Hilmie (bukan nama sebenar).? Anak cikgu Hasnora (kalau tak silap akulah) ketua pengawas darjah enam aku ! satu-satunya kanak-kanak muda yang memiliki wajah seperti, babyface (ya lah, kanak-kanak lagikan, semua ada nilai ke-kiyut-an masing-masingkan, tapi waktu itu, dialah Cham-pai-yon!) aku dah tak dengar apa sebarang khabar berita lagi semenjak dia diterima masuk ke sekolah sains ! selamat Berjaya kawan (hah!). siapa dia Nizam.? Atau namanya di fesbuk, Nizam Selangor (bukan nama sebenar, aku dapat tahu, dia malu nak mengaku dia stay kat Pahang, merah kuning didada bro ! kita serupa, haha) dan dialah satu-satunya yang aku rasa berperwatakan ala Mr.Bean.?! haha, jangan marah, Rowan Atkinson itu genius, sama macam kau sahabat !

siapa dia Hairul Azizul (bukan nama sebenar).? Satu-satunya sahabat, kawan, teman, aku yang mempunyai masalah kronik sakit buah pinggang seawal umur 13tahun ! (peringatan : kau jangan tinggalkan aku lagi, lebih kurang 3minggu, aku rasa macam 3bulan, tanpa kau kat sebelah aku masa form1, aku jadi seorang yang bisu ! semua orang Nampak aku seperti seorang yang penakut). Ironinya, kami berdua ada sejarah tentang masa, dan nombor. Iaitu al-kisal angka, satu (1). Satu, ya, aku kenal dia semasa darjah satu (1), rapat dan berkawan. Selepas darjah satu (1), kami berenggang sedikit, tapi masih lagi kawan. Aku pemakai jersi bernombor dua belas (12), dan dia pemakai jersi nombor satu (1). Masih ada lagi kaitan angka satu (1) kan.? Dan kami menjadi rapat semula semasa form/tingkatan satu (1). Rapat seperti tidak lengkap kalau dipisahkan. Mari belajar ilmu hisab sikit dengan aku (walaupun semua orang tahu aku benci ilmu hisab!), satu (1) adalah angka untuk kami. Dua belas (12) tolak (-) satu (1) sama dengan (=) sebelas (11), maka angka satu adalah keramat bagi kami ! dan lagi sedikit, masa form1, umur kami adalah tiga belas (13). Jadi, dua belas (12) tambah (+) satu (1) sama dengan (=) tiga belas (13). Masih ada kaitan dengan angka satu (1) bukan.?

[P/S : jangan salahkan aku kalau ada yang tak faham perkiraan aku, kerana aku benci ilmu hisab !]

siapa dia Ulik.? Atau namanya Kholidi Sobri (bukan nama sebenar, haha, aku dengar, sejak aku meninggalakan dia dan mereka, beberapa tahun lepas, dia sudah menjadi mat rempit berjaya sekarang(?), haha). Apa kisah sekarang pun aku dah tak dengar dah pasal dia. Siapa dia Juazizan.? Atau namanya yang famous sekarang, JeJu (bukan nama sebenar,adaptasi fanatik Korea, hidup Pulau JeJu ! haha). siapa dia Aiman.? Atau nama barunya, Aiman Laroo (bukan nama sebenar) atau Aiman heheboy (difesbuk, bukan nama sebenar, wakakaa~). Sedikit cerita tentang Aiman (sebab antara mereka semua ini, aiman adalah orang yang paling terkini aku jumpa setelah semua sibuk dengan mengira tumbesaran masing-masing, terima kasih PLKN, haha). Aiman adalah seorang pemain gitar yang tersangat-sangatlah profesialnolnya, (haha). Percayalah, dia boleh bermain gitar dengan hanya menggunakan gitar yang hanya mempunyai satu string saja, SATU STRING tu beb ! tapi dengan syarat, dia mesti baring di atas katilnya. (wakakaa~) Dan satu stringnya itu berdiameter, satu sentimeter (1cm). bhahahahaax, bapak giler besar string ! (sekali lagi, terima kasih PLKN!)

lagi siapa lagi eh yang terlibat dengan kisah darjah enam aku eh.? Siapa dia Naim.? Siapa dia Sufi Sufian (bukan nama sebenar).? Kedua-dua mereka ini umpama fanatik kepada manga ataupun permainan komputer. Mungkin kepada Dragon ball, mungkin kepada King of Fighter, mungkin kepada Street Fighter, dan mungkin juga kepada game, POKEMON! Haha. Naim last sekali aku jumpa pada tahun 2008 kot. Entahlah. Yang pasti aku jumpa dia dekat masjid ! Sufi pula, aku dengar cerita dia ada masuk teknik. Teknik Bentung kalau tak silap aku. Aku dengar cerita dia dah macam tak betul sikit dah masa itu. Belajar pun nak taknak je. Ada masalah kot, entahlah. Tapi itu cerita aku dengar masa bersekolah dahulu. Sekarang mungkin berbeza, mungkin. Siapa Kamil (bukan nama sebenar).? Yang aku ingat adalah situasi di padang latihan bola baling untuk peringkat daerah. Di mana jam tangan yang dipakainya telah terputus 'hubungan'. Haha. Punyalah padu balingan bola yang entah siapa aku pun tak ingat. Yang aku tahu, dia adalah ketua pelajar di Bahaman eh.? Entahlah, aku teka sahaja. Dan sekarang dia di KPTM eh.? Tempat yang aku panggil sebagai KoPiTiaM ! haha (aku pun pelajar KPTM dulu, tapi cawangan lainlah).

Siapa dia Kamarul.? Ataupun Adha symofrita senorita dan lita-lita apa tah yang ada kat belakang nuh (bukan nama sebenar). Aku sendiri pun tak tahu. hehe. Seingat aku, kali terakhir aku jumpa face-to-face dengan dia masa dekat Stadium. Masa kejohanan olahraga peringkat daerah. Aku ada dekat sana pun sebab aku ada acara yang perlu diambil bahagian ! (haha). Siapa lagi eh, Nursyirwan ingat tak.? Aku ingat dia sebab aku pernah tulis karangan pasal “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua”. Penuisan aku masa darjah lima itu berkisah dengan penjenayah berbahaya Negara. Aku pun dah lupa siapa nama penjenayah dikehendaki itu. Tapi yang pasti, aku guna nama dia dalam karangan penulisan itu. (wakakaaa~). Farez Masnaji (bukan nama sebenar).? Siapa ingat dia.? Aku ingat sebab aku jumpa dia dekat PLKN dahulu dengan Aiman. Tapi dia lain platun ! dia adalah pecinta wanita yang setia. Itulah yang aku dengar pasal dia. Salute ! (walaupun muka dia muka sang playboyaaa~)

[P/S : kalau ada yang tertinggal itu maaflah ya, aku ini dah tua otaknya. Berkarat sikit !]

Maka al-kisahnya adalah mengenai fanatiknya mereka ini kepada lagu “tipah tertipu” ini. Dua puluh empat jam (24jam) asyik sangat mengalunkan irama HIP!HOP! itu. Lebih-lebih lagi masa itu lagu dari kumpulan Ruffedge ini layak ke final AJL. Lagi-lagi bertambah gilalah mereka-mereka manusia ini. Sampaikan apabila diminta untuk membuat persembahan dimalam kebudayaan perkhemahan unit beruniform pun, mereka melalak lagu ini. Kuat sangat pengaruh “tipah tertipu” masa itu. Atau lebih tepat, kaut sanga t pengaruh HIP!HOP! nya kepada kanak-kanak muda ini. Perjuangan mereka mengenai genre HIP!HOP! ini tak berhenti di situ sahaja. Maka mucul lagi beberapa nama yang didambakan otak pemikiran mereka-mereka ini. TOO PHAT ! siapa tak kenal kepada merekakan.?

TOO PHAT adalah pembuka jalan kepada arena mainstream untuk menerima pakai genre HIP!HOP! ini. Maka muncul pula lagu kolabrasi TOO PHAT dengan YASSIN ! tajuknya, (fikir-fikirlah sendiri ! semua orang tahu kot !). ALHAMDULILLAH. Satu lagi pencetus semangat untuk terus kanak-kanak muda ini berlindung pada paksi HIP!HOP! dan selepas itu, muncullah pelbagai lagi nama besar seperti AHLI FIQIR. Tapi sayang, disaat AHLI FIQIR pula menempa nama dengan lagu SAMSENG, kanak-kanak muda ini tidak sebumbung lagi. Masing-masing menuju hala tuju masing-masing. Dipisahkan dengan jarak. Dipisahkan dengan peraturan. Dipisahkan dengan institusi. Semuanya kerana pembelajaran ! semuanya kerana ilmu. Moga suatu hari nanti kita-kita semua akan sempat disatukan kembali di dunia ini untuk merasai kembali semangat dahulu kala ! masih HIP!HOP!.? saya tidak ! jujur tidak !

[P/S : ini adalah kisah dongeng aku. Biasalah kisah dongeng, panjang berjela memang tak ingat. Nak sama dengan hikayatlah katakan. Moga-moga dongeng aku ini menjadi hikayat dan seterusnya dilamar KRU Studios untuk dijadikan layar pementasan sehebat Hikayat Merong Mahawangsa. Haha. Tinggi sangat harapan palsu aku itu. Serius, ini adalah kisah dongeng. Kalau ada siapa-siapa rasa dia berkaitan dengan kisah ini, maka saman lah aku ! we’ll see in jamban court !]

.akhir kata : Here the drama gets wicked... !!!!!.