Thursday, August 18, 2011

.Apa Ada Dengan : Nina Zilli - 50mila. ;)


Lyrics to 50mila :
(feat. Giuliano Palma)

Cinquantamila lacrime non basteranno perchè
musica triste sei tu dentro di me.
Cinquantamila pagine gettate al vento perchè
eterno è il ricordo, il mio volto per te.
Non ritornare, no tu non ti voltare, non vorrei mi vedessi cadere.

A me piace così, che se sbaglio è lo stesso, perchè questo dolore è amore per te.
Cinquantamila lacrime senza sapere perchè
sono un ricordo lontano da te.

Cinquantamila lacrime non basteranno perchè
musica triste sei tu dentro di me.
Non mi guardare, non lo senti il dolore, brucia come un taglio nel sale.

A me piace così, che se sbaglio è lo stesso, perchè questo dolore è amore per te.
A me piace così, e non chiedo il permesso, perchè questo dolore è amore per te.


* * * * *

Lyrics to 50000:
(Kau Giuliano Palma)


Lima puluh ribu air mata tidak akan cukup kerana
muzik sedih yang anda ke dalam saya.
Lima puluh muka surat dilemparkan kepada angin kerana
selama-lamanya adalah memori, muka saya untuk anda.
Jangan kembali, tidak anda tidak pulih, saya tidak akan melihat saya jatuh.
Saya suka, yang adalah sama seperti jika saya salah, kerana kesakitan ini adalahcinta untuk anda.
Lima puluh ribu air mata tanpa mengetahui mengapa
adalah kenangan kepada anda.
Lima puluh ribu air mata tidak akan cukup kerana
muzik sedih yang anda ke dalam saya.
Jangan melihat saya, saya tidak berasa sakit, terbakar seperti luka dalam garam.
Saya suka, yang adalah sama seperti jika saya salah, kerana kesakitan ini adalahcinta untuk anda.
Saya suka itu, dan tidak meminta kebenaran, kerana kesakitan ini adalah cinta untuk anda.

* * * * *

[Lirik yang Bahasa Melayu itu adalah ditukar gantikan (translate) oleh Google Translate]

:: P/S : It's fun to play with google translate ;) | Ia menyeronokkan bermain dengan google translate ;) | Kerana ia kadang-kadang memperbangankan kebodohan kita ;)Because sometimes it memperbangangkan stupidity ;) ::


"GOOGLE TRANSLATE ITU JUJUR"

[TMT]

Monday, August 15, 2011

.Ramadhan 15 ;)



.Salam Ramadhan. Sepanjang Ramadhan al-Mubarak ni, aku tak pernah lagi update blog mengenai bulan yang penuh mulia ini. Dan entry kali ini juga tidak ada kena mengenanya dengan bulan Ramadhan. Cuma semperna hari ke-15 puasa di bulan Ogos ini, aku ingin mengeluarkan sepedas-pedas kahak yang terkesumat yang ada dalam tekak sana. Apa yang paling menakjubkan, ia sudah sampai ke hari yang ke-15, dan aku masih lagi bertahan untuk terus berjuang untuk sama-sama merasai nikmat puasa yang hanya datang wajibnya sebulan dalam setahun. Puasa yang lepas, secara jujurnya, aku tidak berpuasa atas sebab demam. Selama 6 hari ditinggalkan dengan menelan ubat. Puasa yang 2 tahun lepas juga aku diserang demam juga dan menyebabkan aku tidak dapat berpuasa dengan penuh. Dan puasa tahun ini juga aku diserang sekali lagi dan lagi dengan penyakit, DEMAM ! 


Mungkin demam kali ini lebih dahsyat dari bulan-bulan puasa yang lepas. Namun aku bersyukur kerana masih lagi dapat bertahan sehingga ke hari yang ke-15 ini. Yang peliknya, orang-orang lain selalu diserang gastrik dibulan puasa sebegini, dan hanya aku yang bernasib malang dan pelik kerana sering diserang demam tiap kali tibanya Ramadhan al-Mubarak ini. Syukur aku masih bertahan dan pada tahun ini, aku benar-benar mahu melengkapkan kembali puasa aku dibulan Ramadhan ini sebagaimana yang telah aku lalui semasa kecil sampailah ke zaman persekolahan. Tiada lagi tipu muslihat, dan aku tetap akan bertahan biar segoncang mana dugaan yang mendatang. Amin.

Di sini aku sempat memerah kudrat otak aku malam tadi yang sering sukar dilenakan. Dan ilham-ilham menerusi setiap perkataan yang hadir adalah sangat menakjubkan kerana ia datang bertubi-tubi menyerang benak fikiranku. Dan lebih menakjubkan, ia hadir kekita subuh menjelma ;)
Terimalah 15 nota poket aku semperna Ramadhan ke-15 ini :

.Nota 1.

> No point to show off (when you're useless).

.Nota 2.

> Ni makan dia kalau kau sibuk cerita pasal raya depan aku. Air teh yang melayang 8 kaki, meggi yang bertaburan keciciran entah ke mana (klise).

.Nota 3.
> Mata kalau buka hari-hari, boleh buta. Tapi mata kalau tutup hari-hari, dah boleh korek sendiri derma kat hospital sudah !

.Nota 4.
> Mandi adalah perkara paling syurga sekali apabila ada air yang boleh menolak kita 100 meter kehadapan; Bukan 100 meter ke bawah. (kerana aku takutkan ketinggian ;')

.Nota 5.
> Mata adalah semakin cerah dimalam mimpi dan jangan salahkan aku kalau disiang hari aku masih berketelanjangan diulit matahari.

.Nota 6.
> Memegang jurnal berwarna pink bukan salah aku, tetapi salah mata meliar memandang dan mulut melangsi yang koyak rabak berbau petai jering ! Jadi aku berlalu sahaja dengan senyum dan dan kentut yang dilepaskan bahagia ;)

.Nota 7.
> Bila kau nak kejar anak ayam, jangan sampai ditangkap anak itik pula. Nanti senyum ibu ayam, berang ibu itik.

.Nota 8.
> Bila pandu kereta, fokus pada jalan. Bila nak reply mesej, fokus pada handphone. Tapi bila nak berak, fokus pada mimpi ;)

.Nota 9.
> Aku pakai baju cap ayam warna pink. Jadi kau dah cukup layak panggil aku babi ke.?!

.Nota 10.
> Kalau ada kereta seratus juta tapi tak ada minyak nak bergerak, baik bom dalam lombong.

.Nota 11.

> Main kejar-kejar memang seronok. Dan bila jatuh memang suka. Tapi bila luka, potong sosej sampai muntah air sirap (metafora melampau).


.Nota 12.
> Perhubungan adalah bukan lagi mengenai dua insan. Perhubungan adalah mengenai aku dan status facebook.

.Nota 13.
> Aku gagal dengan cinta kerana dia yang putuskan. (Ego seorang bigfoot)

.Nota 14.
> Air mata lelaki adalah semahal emas dan semurah sampah ! ;)

.Nota 15.

> Yang lepas biarkan berlalu. Yang mendatang teruskan berkejaran kerana kita adalah kita untuk terus mencipta sejarah di atas muka bumi ini (walau untuk diri sendiri kerana ia meski untuk diri sendiri sahaja).

* * *

-S.E.K.I.A.N-

;)

Tuesday, August 9, 2011

.ESTRANGED - Borneo (Official Music Video)

.Kembalinya Estranged dengan paduuu-nya ! Lagu BORNEO ni ternyata lagi masyuuuk dari mana-mana lagu yang mereka telah keluarkan sepanjang tahun 2011 ni. Klip video BORNEO ternyata rabak ! Cantik ! Sangat cantik. Sesuai dengan tajuk lagu BORNEO yang sememangnya kita semua sedia maklum akan keindahan alam yang terbentang di sana. Video ini diperhatikan berkonsep ala-ala NARUTO ! ;)

.Estranged kini terbukti semakin maju, matang, masyuuk, paduu dan sudah bersedia untuk merejam telinga pendengar setelah kejayaan lagu ITU KAMU di pentas AJL-22 melalui album IN HATING MEMORY (REPACKAGE). Disusuli pula dengan album mereka yang seterusnya, REMAIN UNKOWN yang mana mereka sudah berani untuk mempertaruhkan lagu-lagu berbahasa Melayu. Dengan album ini bunyi muzik mereka kelihatan didengari seakan percubaan untuk bereksperimental dengan muzik dalam genre mereka. 

.Bagi aku kedua-dua album mereka itu masing-masing mepunyai kualiti dan kelebihan yang tersendiri. Cuma bagi halwa telinga aku yang sedikit rebels, mungkin album IN HATING MEMORY adalah yang terbaik dari asal mereka ! Apa-apa pun layan Muzik Video BORNEO ini dan perhatikan liriknya. Liriknya semakin tajam ! ;)
-SALAM-

A

LYRICS:
-----------

Borneo


ku buka pintu dan pilih di mana

ku termenung dan rasa senang saja

kebaruan itu dikira banyak

dan yang lama selalu ditinggalkan

kenyataan ku minat sama kamu

kedatangan kau dipijak selalu

teringinkan, tersungguh bosan. tidak mau lagi ku takut



warna warna ditelan senja

dibawah bayu aku satu

apabila ku hidup salah

ku minta sama, sama kamu

disini penuh yang rosak dan hancur

diisikan minyak dan dilacur

disana ada yang indah bergema

terkandung padat terbina kuasa

teringinkan, tersungguh bosan. tidak mau lagi ku rayu

bercakar keluar dan jatuh senyap

aku lebih tua



warna warna ditelan senja

dibawah bayu aku satu

apabila ku hidup salah

ku minta sama, sama kamu


borneo X 3


ku buka pintu dan pilih di mana

Sunday, August 7, 2011

.Cinta Muka Buku - Najwalatif

.Happy Sunday dhunia ;) 
.Ingatkan nak kongsi lagu dari Maroon 5 - Sunday Morning;
tapi teringat pula dengan Pekan Frinjan

.Aku bukanlah peminat besar dia (NajwaLatif) kerana aku peminat tegar 
FynnJamal (tak ada kena mengena langsung! ;)

.Tapi kat PekanFrinjan aku dah saksikan kehebatan budak perempuan ajaib ni
dalam 2,3 bulan yang lepas di
Frinjan 21 ! ;)

[P/S : Walaupun aku datang nak tengok AktaAngkasa dan Melodisaster (Grunge hell-yeah!)

.Dan satu sahaja perkara tentang dia;
-S E M P O I-
;)

* * * * *
~Layan FanMade Music Video ini (by AhGeng ! ;) ~


* * * * *


Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

;)