Wednesday, September 28, 2011

.MENCUCI KANSER !


A Broken Heart Is Better Than No Heart At All (get this on a tee  make your own tee  get this in European store  get this on a print or postcard)


Apa kau ingat
 ia semudah mencuci pinggan?

Ada kau fikir
ia sepayah mencuci baju bertahi anjing dengan air ludah sendiri?

Apa kau rasa
bangsatnya kanser itu?

Dan

Ada kau tahu
bila hari matimu?




*

Sunday, September 25, 2011

.Paksu, Tangga & Sidia (Mimpi Ngeri)






“Hello!”


“Hello, siapa ni?” balasku terpinga-pinga mengunyah sosej rebus berair blackpaper tu. Pelik.


“Haha, ni gangster ni. Ada kat mana?” gelak sakan macam gangster raja segala iblis.


Naik seram aku. Cibai betul. Siapa ni? Benak aku jadi buntulah sial. Suara gerimis dia macam nak aku cam, tapi blur semacam je ni. Haish.


“Haa?! Siapa ni?” balasku berpetak-petak lagi anak mata. Alahai.


“Ni Paksu la nir. Kau ada kat mana? Paksu ada kat UiTM ni” 


“La ingatkan siapa. Cis, seram nih! Haha. Ada je ni kat rumah. Mai lah” pelawa ku selepas berdesis kencang cirit bagai nak babi. Tak guna!


“Ha, yelah. Rumah kau kat mana? Kalau dari pintul gerbang UiTM ni nak belok mana?” Tanya Paksu aku sorang ni yang jelas blur-blur lagi jalan-jalan malam kat Shah Alam ni.


“Pintu UiTM? Pintu depan ke belakang?” soalku semula. Tercengang sawan gak nak ingat-ingat jalan-jalan kat sini. Haish.


“Entah. Pintu masuk UiTM ni lah. Yang kalau terus ni ada Jakel. Ke kiri highway Federal” 


Aduh. Mana pulak ni. Melopong aku ni. Mana nak cari peta sekarang ni.


“Kalau ke kanan?” soal balasku bangang.


“Kalau kanan ada Petronas”


“Ha, betullah tu, kanan. Depan sikit dari Petronas tu ada trafik light, belok kiri pulak” arahku macam raja segala sultan pula. Haha. Habis mati kau punya gangster beriblis segala setan tadi.


“Oh, okay. Nanti Paksu call balik!” katanya pantas terus meletak talian.


Haish, time aku nak feeling baca novel nilah ada yang nak ganggu. Aduh, Zack, nanti kita sambung semula ya kisah kau yang macho tapi comel tu ya. Bergema seketika kata hatiku.
Lantas ditutup laju novel ‘Bini Aku Tomboy Ke?’ karya Arisa Eriza yang aku borong bagai nak rak minggu lepas di Kinokuniya. Ah, lantaklah lelaki baca novel, handsome apa hati aku nanti kalau ada bunga-bunga. Haha, sial !


Aku mencapai seluar jeans lusuh aku lantas pantas menelusup ke tandas. Perut memulas macam mesin basuh. Ni semua gara-gara sosej rebus berperisa blackpaper tu kot. Kot? Yelah tu kot. Tapi sedaplah, serius! Aku kalau bab-bab makanan barat ni, memang terrer memasak. Tapi kalau masakan nusantara ni, failed sikit kot sebab banyak sangat kena bubuh garam. Aku ni dahlah lidah tak ada rasa. Hehe.
Dalam jamban ni sekali lagi aku dikacau macam dikacau hantu. Cibailah. Aku nak melabur ke bank pun susah. Haish. Aku tarik seluar jeans aku yang tergangtung macam seluar orang mati yang tinggal kaki je. Ku raba-raba poket seluar. Aduh, mana pulak dah handphone kesayangan aku ni. Berpeluh gak lah mencari. Ibarat kalau ditadah peluh aku ni dah boleh buat laut buatan manusia dah depan rumah flat aku ni. Haish. Cibai.


“Hello!”


“Hello, Paksu dah belok kiri dah lepas trafik light tu” katanya meminta kepastian.


“Okay, lepas dah belok kiri, nanti ada nampak bus stop kat belah kiri. Paksu tunggu situ. Nanti Munir datang. Okay, lima minit nanti Munir datang. Bye!” laju je aku letak phone. Kacau betullah aku nak melepas 
ni. Dah tergantung je taik emas aku ni dari tadi. Haish.


Cepat-cepat aku keluar tandas. lima minit dah macam lima belas minit! Huhu. Sorry Paksu. Dicapai baju silver aku yang bertulis ‘Guinness’ dengan gambar gelas. Ah, peduli apa aku! Baju yang lain semua dah hantar dobi. Aduh, mana pulak perfume Playboya aku ni? Celaka! Time-time macam nilah kau nak main nyorok-nyorok dengan aku. Haish. Nasib ternampak perfume body spray Axe kat tepi tingkap. Sembur dua, tiga kali sudahlah. Bukan nak pergi club ke mana-mana ke nak kasi sembur sampai satu dunia bau. Boleh senak hidung orang lain bau kalau macam tu.


Phone capuk aku bordering lagi. Aduh, ni Paksu ni. 


“Hello, jap! Jap, lima minit lagi Munir sampai. Okay bye!” aku angkat acuh tak acuh. Jawab pun saja buat-buat nak cepat macam dah gerak dah. Padahal, laptop pun aku tak bungkus kasi masuk dalam beg lagi. 


Kat bus stop tu aku nampak sebiji motor, dan sebiji kereta. Mana satu Paksu aku ni. Aku cuba mengzoomkan lagi fokus bebola mata aku yang rabun tahap gaban ni. Tapi biasalah, malam. Daya penglihatan ala-ala Superman aku terbantut sikit. Makin dekat dengan bus stop, haa, WEJ ! Ni mesti Paksu. Huhu. Selamat aku tak salah orang. Buatnya kalau tiba-tiba aku ter-pergi ke mamat yang duduk atas motor tu, tak ke malu aku nanti. Hadoi. WEJ ni pulak, mana aku boleh lupa. Kereta atuk aku. Hari-hari aku lenjan Toyota Corolla ni bawa atuk aku gi Pasar Borong Selangor! Cucu mithalilah katakan.
Laju je aku masuk kereta selepas aku dah ter-sengih-sengih kambing tadi kat mamat yang duduk atas motor tu. Ingatkan Paksu aku. Chait!


“Bawa awek mana pulak sampai hantar-hantar masuk UiTM ni. Haha” gelak aku setan-setan. Tak ada bagi salam punya.


“Mana ada. Hantar member Paksu je balik UiTM” tersengih-sengih dengan gigi arnab rata dia.


Cis, innocent betul sengih dia ni! Terus kereta meluncur laju kat jalan raya. Macam main luncur-luncur internet pakai Unifi. Lajukan?


“Ni mana ni makan best?” 


“McD nak? Best sikit” haha. Aku cuba memancing. Mana tau dapat korek-korek gaji dia.


“Tak adalah. Depan sikit tu, ada U-Turn belah kanan” balasku selepas usul ke McD aku menghadirkan muka mencebik bibir Paksu aku. 


“U-turn ni eh?” tanyanya dengan tersengih.


Cibai!


“Ha, sinilah. Depan sikit masuk simpang kiri” 


Paksu aku ni main wrong way je. Tak apalah, kereta Corolla atuk aku ni memang kebal. Kalau tak kebal, tak ada maknanya aku nak lenjan-lenjan kereta ni tiap-tiap pagi pergi pasar borong. 


“Ha, parking kat 7Eleven nilah. Nak beli topup jap. Pastu kita makan kat kedai sana tu, Restoran D’Hati” memuncung aku tunjuk ke arah sana.


Yang Paksu aku ni memang dah terasa kebal betul bawa kereta ni. Sampai parking kereta pun dia parking dua tapak sekaligus. Kang bertapak-tapak kereta ni kang. Haish. Runsing aku sendiri. Tapi Paksu aku ni jenis apa peduli. Buatlah kalau berani. Penangan dia lagi besar kot. Haha, bergelak bertanduk setan aku bermonolog sorang-sorang.


“Teh’O ais dan ais kosong satu eh” kataku semacam je macam orang kebulur. Padahal baru je melahap sosej tadi.


“Nescafe ais satu dan air suam eh” sambung Paksu tak menyempat.


Aiseh. Dia pun semacam je kebulur. Haha.


“Okay. Errr, makan?” kata pengambil order restoran tu.


“Nasi lemak nasi lebih ya” pintaku. Menu harian biasa.


“Bakso ada? Ha, bagi bakso satu”


Bakso?! Pelik bebenor selera menu dia ni. Ni mesti sebab layan banyak sangat cerita-cerita karut indon lah ni. Tu pasallah kot order bakso. Telaah aku sendiri. Ah, tak kisahlah! Tujuan aku bawa dia makan kat sini pun sebab tadi dia suruh aku bawa laptop turun. Dia nak online la tu.


Macam-macam dah aku borak dengan Paksu ni. Dia pula dah sedap sangat dah nampaknya duk asyik keletak keletuk je keyboard laptop aku tu. Kadang-kadang tersengih-sengih innocent sorang-sorang. Dari cerita itu ke cerita ini semua dah selesai dibincangkan. Sempat juga aku online. Dah lama gila tak menjengah ke dunia maya ni. Rindu kau MAYA! Aku nak online bukan apa. Just nak stalker dinding mukabuku sidia je.


Sidia?! Siapa ‘sidia’? Ala, ‘sidia’ lah yang seperti selalu aku mention dalam hati aku. Senyum-senyum aku tengok. Haish. Banyak perkembangan sidia yang macam aku dah terlepas ni. Aduhai. Sampai bila aku nak jadi sang stalker yang dahaga ni? Meluap-luap darah mencibaikan diri. Rasa sayang, sayang, cinta, cinta yang dipendam mati. Tah bila nak terluah lava berbunga-bunga berapi ni. Aku tak mahu cintaku bertepuk sebelah jari! Pedih nanti. 


Aduh, palat! Asyik nak sidia je. Sampai mimpi pun aku nak setting sidia ada. Haish. Parah kecelakaan betul macam jatuh dari bangun lapan belas tingkat tapi jatuh masih tegak berdiri bernyawa sihat kat atas jalan tar lalu dirempuh oleh trak lapan belas tan pula. Baru kali ni kot boleh mati perasaan tu.


“Jomlah gerak. Paksu nak kena gi Sungai Besi jap” sergah halus suaranya selepas melihat aku bagai termenung kadang tersengih kadang terkecewa sebentar.


“Ha, yelah-yelah” jawabku malas. Cibai! Potong betullah.


“Nah, gi bayar” dihulurnya not RM10 dua keping. 


Ni baru betul belanja namanya. Tapi perjanjian pizza kita dulu tak mati lagi eh. Masih bernyala lampu hijau kehijauan.


“Gi Sungai Besi buat apa? Awek mana pulak ajak ni? Haha” 


“Bukanlah. Ni dorang call tadi ajak gi karaoke” sergah pantas dia menyanggah persoalan aku.


“Okaylah, kat depan tu berhenti. Kat bus stop tu” perintah aku macam anak raja.


“Ha, sini eh?”


“Yelah. Thanks for the ride! Bawa kereta elok-elok. Dan kirim salam kat awek...” belum sempat aku habis buat pengunguman pesanan penaja, dia dah tekan pedal  minyak. Laju je hilang dari pandangan aku.
Hujan rintik-rintik dah ni. Kejap lagi lebatlah kot. Baik aku cepat-cepat naik. Kang tak pasal-pasal basah kuyup demam bagai nanti siapa pula nak bawa aku gi ICU! Berdetak hati aku sorang-sorang.


Alahai, kenapalah flat ni tak ada lif. Dahlah rumah tinggkat lima, paling atas. Jangan patah cepat sudahlah tulang belakang aku ni. Malas aku nak berkerusi roda sana sini. Tu pun kalau masih bernyawa-nyawa ikan lagi lah. Tangga ni memang menyakitkan. Tapi nak buat macam mana, hidup dah ditakdirkan begini. Haha.
Kali ini tah kenapa aku rasa semacam je bila naik tangga ni. Semacam ada sesuatu je. Sesuatu apa? Aduh, tersenyum jelah aku. Tapi memang betul-betul aku tersenyum kali ni. Sebabnya, aku tak rasa penat pun naik tangga sampai tingkat lima kali ini. Pelikkan? Mungkin sebab otak aku gatal-gatal pergi fikir pasal sidia. 


Aduh! 


Cepat-cepat aku buka pintu rumah. Badan berpeluh sedikit. Tapi tak melekit-lekit macam jeli-jeli basilah. Suis kipas ditekan. Nombor lima terus volumenya aku bedal. Nak sejuk cepatlah katakan. Terbaring sejenak aku atas tikar mengkuang kat rumah ni.


Eh, sejak bila ada ‘tikar mengkuang’? Tikar getah jelah buat pelapik lantai. Celaka betul sampai teringat baring bagai atas tikar mengkuang. Nasiblah sidia tu kalau dapat orang gila macam aku. Tangan diletakkan didahi sambil merenung lobos habis kipas dan syiling rumah ni. Tah jauh berpa juta kilometer tah dah renung-renung. Kalau diukur betul-betulk sekarang ni dah sampai ke bulan kot!


Tak semena-mena phone aku berbunyi. Tut tut tut macam bunyi kentut dah. Yelah handphone Norkiah hitam putih, mana ada polytone ker, true tone ker nak buat nada dering. Semua pakai monotone. Tapi aku tetap sayang phone ni walaupun sekarang orang lain dah bagai naik gila seramnya sibuk dok mencari Blackberry bagai. Aku gak yang panjang umur terselamat dari radiasi-radiasi telefon bimbit yang canggih-canggih tu. Tapi jauh dalam hati aku, aku tunggu gak mana tahu ada Blackberry nak jatuh dari langit untuk aku. Haha. Tapi aku mengidam iPhone sebenarnya.


Aku tenung skrin kecil phone aku. Terbeliak bagai sikit lagi nak terkeluar. Kalau terkeluar, alamatnya matilah kat rumah ni sorang-sorang tanpa sempat pun dibawa masuk melawat-lawat nurse-nurse kat ICU tu. Haha. Sempat lagi tu. Chait!


Nama ‘sidia’ terpampang besar-besar kat skrin aku. Mana tak bagai nak putus nyawa kentut aku tadi. Tapi jauh didasar lubuk hatiku dah berbunga-bunga. Kiranya dah boleh buat nursery bunga dah. 


“Hello” lafas lembut suara di sana.


“Hai” aku membalas terkedu. Matilah aku kalau terus kaku macam ni. Aduh!


“Assalammualaikum Muniraaaaaah!” suaranya kembali kedengaran bagai nak menggedik menyakat aku.


“Waalaikummusalam cik tuyol! Eh, silap! Cik Nuyollah. Haha” puas aku dapat hantar bom gelak setan semula.


“Apa main tuyol, toyol ni! Kang saya hantar anak-anak toyol saya baru tau” jerkahnya semula.


“Ala-ala, sorrylah. Mulut ni tersasul ke depan jap. Brek selalu tak makan”


“Tu bukan tersasul! Tu namanya tercabul”


“Haish. Siapa, apa tercabul pulak ni? Nak saya temankan awak buat report sama pak pulisi ke? Haha” kali ni aku betul-betul sakan ketawa. Sikit lagi nak bertanduk ni.


“Baguslah tu. Buat report, nanti boleh humban awak masuk jail!” balasnya sinis.


“Apa pulak saya. Awaklah yang masuk jail. Sibuk sangat kan tadi nak hantar toyollah apa bagai tadikan. Mengganggu ketenteraman awam dan mencabuli hak asasi manusia tau!”


“Hmmmmmm...” suaranya mendengus seakan meradang. Namun sidia jelas masih dapat mengawal emosinya.


Aduh. Apa aku nak buat. Putuslah urat kentut aku kalau dia main emo-emo dengan aku. Boleh mati kebuluran cinta aku kalau tersalah menapak ni. Silap-silap terpijak periuk api! Haha. Aku benamkan kembali tanduk setan aku dalam-dalam. Supaya nanti susah nak timbul-timbul dah.


“Awak tahu tak apa mak saya cakap kalau seseorang itu rindu kat saya?” soalku kembali. Cuba berdalih untuk terus bernafas dengan bicara.


“Tak...”


Palat! Ni betul-betul pendek dia balas ni. Pemalas betul! Haha. Lari-lari bertempiaran kutu-kutu aku bila tangan aku tiba-tiba gatal menggaru kepala otak aku.


“Awak nak tahu tak?” ujarku cuba memancing kembali perasaan sidia.


Tapi, sidia senyap. Sepi! Kaku mulutnya tanpa bicara. Parah dah ni.


“Mak saya cakap, kalau orang tu call saya time-time pukul dua belas tengah malam ni, dia mesti rindukan saya”


“Takklah! Saya nak ucapkan selamat tidur je kat awak” 


Terkedu berdetak-detak aku sebentar. Kali ni pantas pulak dia menyusun ayat. Mungkin pipi dia dah naik blusher-blusher kemerah-merahan semula jadi kot. Haha.


“Mak saya cakap, kalau dia cepat-cepat cakap, TAK! Tu bermakna dia betul-betul rindulah maknanya tu”


“Mana adalah. Haish” sidia cuba memperlahankan rasa-rasa terpendamnya.


“Mak saya cakap, kalau dia nafikan lagi dan lagi, tu bermakna sebenarnya dia nak ajak saya pergi ke bulanlah tu” balasku menduga lagi hati.


“Habis kalau orang tu tetap dan tetap cakap tak dan tak, mak awak cakap apa pulak!” katanya seakan meninggikan ego kebosanannya.


Tapi aku tahu dia masih nak dengar suara tukang karut aku ni. Kalau tak, takkan dia masih lagi ditaliankan melayan kerenah orang gila separa masak matangnya seperti aku ni kan. Haha.


“Terus teranglah. Mak saya cakap, kalau sidia tu still dan still lagi nafi dan terus menafikan, tu bermakna sidia tu nak saya masuk meminanglah tu...” jawabku cuba memaniskan hatinya yang sudah tawar seketika tadi.


“Ha ha haaaa! Awak, awak nikan, haish” ketawanya kali ni bagai pontianak yang gila lama tak mengilai. Naik seram bulu misai aku. Haha.


“Apa awak, awak, nikan, nikan? Dah tersangkut symptom abang, abang, abang Mamat Khalid ke apa. Haha” usikku lagi diselang dengan ketawa setan aku lagi.


“Haish. Tak ada apalah...”


Aik! Takkan merajuk lagi pulakkan. Mampuslah aku kalau hari-hari nak kena pujuk macam ni. Boleh kurus kering aku macam ni hari-hari keluar kentut tak bergas.


“Awak tak rindukan saya ke?” secara tiba-tiba mendatang soalan cepu gangsa aku ni. Niat dihati nak segera tukar topik. Takut pulak nanti-nanti sidia merajuk sampai ke langit ketujuh! Mati aku nak terbang tinggi-tinggi ni. Aku dahlah gayat!


“Taaaaakkk...”


Tersengih bagai kerang busuk ketika ini. Haha, celakanya! Aku tahu apa ada dalam hati kau sekarang ni. Kan best kalau main pancing memancing kalau si ikan tu suka menarik-narik tegar tali si pemancing tu sampai si pemancing tersembam kat dalam bot sendiri. Tapi yang syoknya, si pemancing tu tetap tau, lambat laut si ikan itu tetap akan mengalah padanya.


“Awak tahu tak berapa kilo tan berat rindu saya kat awak?” cuba memancing kata.


“Dah lama saya tak online. Tadi saya online dan macam biasalah saya stalker dinding awak tu yang semacam je transparentnya. Haha” sambungku lagi.


Sidia terus dengan sikap berdiam dirinya. Mungkin cuba untuk mengatur kembali ayat setelah disentak-sentak kuat oleh si pemancing tu. Ataupun sibuk menunggu kata-kata seterusnya dariku.


“Awak buat apa stalk dinding saya tu?” setelah lama menyepi baru sidia kembali bernada. Sedikit getar-getar suara kalau diamati betul-betul akan suaranya tadi.


Haish. Sejak bila pulak aku dianugerahkan pakar dalam frekuensi-frekuensi nada dan getar-getaran suara ni? Parah, parah!


“Kan saya cakap tadi. Saya rindu awak. Awak bukan tau saya rindu awak kalau saya tak bagitaukan. Kalau boleh saya nak bawa awak pergi menziarahi sedara-mara awak kat bulan dah ni” lafasku dengan penuh yakin dengan sedikit gelak kecil dihati.


Aku sebenarnya paling malas apabila berbicara tentang bulan ni. Terutama bila dengan perempuan. Perempuan ni memang sukakan bulankan? Berfantasikan sampai ke bulan dengan tangannya digenggam erat oleh pasangannya. Aduh, punah! Bukan romantik okay bila bercinta asyik nak ke bulan je kerjanya. Kalau betul-betullah nak kebulan, boleh mati aku keguguran panggkal anak tekak nak pergi bayar jet Soyuz ke, jet Discovery ke nak menyampai ke atas sana tu. Bukan murah. Kalau aku kerja sampai mati pun belum tentu dapat bayar penginapan dan bulan madu ke sana. Haish. Bebelku sendiri berteman cerebrum-cerebrum yang ligat bercahaya memikir fantasi.


“Mengarutlah. Bila masa pulak saya ada sedara-mara kat bulan tu? Bukan sana banyak kaum kerabat diraja awak ker?” sidia kembali untuk bermain bicara kembali.


Ini yang aku suka. Awak tunggu ya awak. Saya hentam balik. Huhu.


“Laaa, awak kan suka Katy Perry. Katy Perry kan ada nyanyi lagu E.T. ET tu kan makhluk bekepala besar yang Steven Spielberg pernah tayangkan dulu tu. Tu kira macam kaum kerabat awaklah” balasku memerli tajam semula.


Jangan sidia buat tarik muka sudahlah macam tadi. Alahai.


“Eh, macam tu pulak dah! Kalau pun saya suka Katy Perry, bukan bermakna lagu E.T tu ditujukan kepada kaum kerabat saya. Haish” balasnya untuk cuba mencantas hujahku.


“Hmmmm, betul gak tu. Tapi awak nak saya anggap awak Katy Perry tak? Haha” ugutku padu.


“Nak!” jawabnya secara mendadak excited!


“Tapi awak suka Zooey Deschanel. Takkan awak sanggup nak anggap saya macam Katy Perry kan?” sambungnya lagi tanpa sempat aku mencelah.


“Ha’ah eh. Tapi tak boleh ke awak buang Katy Perry awak sekejap. Dan lepas tu awak sarung diri awak jadi macam Zooey Deschanel  Selama-lamanya? Haha” 


Ni soalan buat putus urat keting.


“Kenapa selama-lamanya pulak? Mana boleh! Mana saya nak tinggalkan Katy Perry saya” jawabnya tegas.


Tapi aku tahu kau saja je nak aku jawab panggilan manja kau tu.


“Tinggal jelah tepi jalan”


“Memang senang-senang je boleh main tinggal-tinggal kan awak? Nanti kalau orang lain curi macam mana?”


“Okaylah, saya terus terang ni. Saya tak nak awak jadi Katy Perry sebab nanti ramai yang akan kejar awak. Awak ni dahlah atlet sekolah. Gerenti punya awak lari jauh-jauh. Jadi, tinggallah saya sorang-sorang lelah termengah-mengah nak kejar awak yang dah semakin jauh sampai ke Pluto sana” cakapku lancar melafaskan teori bisu.


“Kalau awak nak, awak kejarlah saya” 


Aduh! Ujian punya dugaan ni. Jap, bagi otak aku ruang menyusun teka silang kata ni. Aku tak nak mati, lenyap, luput dan dikompos dalam permainan aku sendiri.


“Sayakan tak larat nak main kejar-kejar ni. Kalau saya mati kelelahan, siapa nak stalker-stalker lagi wall awakkan. Hmmm...” nafasku kini seakan cuba meminta simpati.


“Haha. Nanti saya datanglah tolong buat CPR dekat awak. Weks!”


Aduh, celakanya manja!


“Oh yeke? Nanti habis semua masuk press. ‘Katy Perry rogol si Gemuk!’ Haha”


“Eleh awak. Memandai je lebih. Dah tu kalau saya jadi Zooey Deschanel pun press akan buat kerja dia jugakkan”


“Ha’ah. Betul gak tu. Nanti senang-senang kita dapat publisitikan. Senang-senang je dapat sponsor free untuk kita punya wedding nanti” huhu. Buluh miang jugak aku ni kan. 


Lantaklah. Ayat kena manis. Baru hati boleh senyum.


“Apa-apa jelah awak ni Muniraaaaah! Okaylah, bye. Saya nak tidur lagi pun bateri phone dah nak habis” ujarnya. Bosan mungkin?


Aduh! Potong betullah. Kalau ya pun, bagilah aku fantasi-fantasi dengan sidia ni sampai beranak pinak dulu ke. Baru adventure sikit. Haish. Nasiblah nasib kau labu.


“Oh, nak tidur dah eh?” balas ku seumpama meminta dipanjangkan nyawa Blackberrynya untuk terus berbicara ketika ini.


“Yelah. Saya bukan macam awak. Kelawar jenis apa tak tak reti nak tidur malam!”


“Hmmm, nak buat macam mana cik Nuyollah. Dah keturunan saya macam ni.”


Aduh! Tolonglah jangan terputus dekat sini. Hamba-Mu in mengharap panjang ni.


“Haha. Okaylah, bye-bye. Tidur cepat! Kalau tak saya hantar toyol-toyol comel saya. Hehe” tawanya kembali menyetan.


“Okaylah. Makan banyak-banyak tau! Bye” hampa aku nak bersambung bicara lagi.


“Nite Muniraaaaah!” pantas dia menekan butang merah di phone black dan terberri dia!


Huh, tak sempat aku nak cakap nite n ‘sweat’ dream pun. Hantu punya Nuyollah! Selalu macam ni. Haish. Dan saat-saatku mula membosan seperti biasa. Kosong dan lambat sahaja masa nak bergerak dari berdetik ke detik yang seterusnya. Kejap kecil kejap besar mataku membulat memandang sana sini.


Tiba-tiba telingaku terpaku ke arah pintu. Diketuk kuat. Sampai bagai nak pecah segala jenis gegendang telinga aku ni rasanya. Ah, sudah! Hantu mana pulak ni mengamuk dekat pintu rumah aku ni. Jangan-jangan memang si Nuyollah memang betul-betul hantar dia punya angkatan tentera toyol dia! Aduh, celaka seram!
Cepat-cepat aku menarik selimut busuk aku. Takut punya pasal. Mana boleh tahan. Kalau terasa nak terberak, sekarang juga boleh tercirit ni. Terdengar bunyi pintu berjaya dipecahkan. Aduh, lahanat punya makhluk! Jangan cium aku sudah. Syuh, kau jauh-jauh! Syuh! Di dalam selimut basi aku yang jarang-jarang tu, ternampaklah juga dua kelibat. Lantas menggigil terus menjadi simptom utama aku. Please, jangan aku mati macam ni sudahlah!


Bayang hitam tadi lantas semakin dekat dan terus merapati aku. Muka makhluk itu pun dirapatkan ke mukaku yang rapat dilitup selimut tadi. Seberapa ketika, makhluk itu pun memuntahkan lava dari rahangnya, yakni muntah! Cis, muntah apa ni gila! Kalau ya pun tak tahan dengan selimut busuk aku ni, pergilah muntah dekat toilet! Tak ada adab punya makhluk! Aku berdesis dalam hati. Takut lagi. Mana boleh buat bising. Kang kena baham terus. Naya aku. Aku teruna lagi ni. Dara pun tak sempat merasa lagi. Huhu!


Habis berlendir najis muka aku. Mana nak cari pencuci muka berkarbonat nak kasi hilang bau najis setan nih! Haish. Tak sempat aku nak alihkan selimut tadi, makhluk dua ekor tu pun terus menerkam aku. Aku jadi terkamjat. Lalu terkucir di situ. Aduh! Kalau si toyol-toyol Nuyollah ni report kat dia yang aku terkucir, habis jatuh saham kat BSKL aku ni. Maaaaakkk! Toloooooong anak mu ini! Aku menjerit lantang. Terkejut beruk dua ekor makhluk halus tu. Lalu aku sekali lagi disimbahi muntah mereka.


“Wei! Jijiklah wei! Mak bapak korang tak ajar muntah kat mangkuk tandas ke apa!” bebelku kuat selepas tak tertahan lagi dengan segala jenis muntah-muntah makhluk ganjil tersebut.


“Weh, bangunlah Mun! Ni aku, Mok! Apa ke halnya terjerit-macam kena rasuk ni? Nak aku call Hospital Bahagia ke?!” gertaknya keras.


Aku terus meraba-raba tubuhku sendiri. Tak ada pun muntah kat muka aku. Cuma rasa basah kena simbah denga air paip gamaknya. Sebab kat tangan Mok aku nampak dia pegang cebuk tandas. Fuh, selamat muka aku tak busuk!


Terus aku merasa ke celah kangkangku. Basah! Aduh, haram jadahnya macam mana boleh basah ni! Sah, jatuh saham aku kali ni. Jatuh tersungkur, bangkrap dah ni! Ya Allah, apalah dosa hamba-Mu ini. Pantas aku menadah tangan meminta pertolongan ilahi.


“Kau mimpi apa ni Mun? Sampai habis aku dengan Man kau panggil toyollah bagai. Siap terkencing lagi ni. Apa kes? Haha!” ketawa mereka berdekah-dekah. Dah berbakul-bakul agaknya air liur ketawa mereka aku telan.


Cibai! Rupanya aku bermimpi je. Tak guna punya tangga! Buat aku teringat kat sidia. Kan dah termimpi! 


Cis, kau bedebah! Pantang Jebat tak berjumpa Hang Tuah! Haha. Gelak aku sendiri. Aku pun apa lagi, langkah seribu masuk toilet. Kang kena bahan lagi, jadi sayur aku. Okay, bye semua! 


“Ha Ha Haaa!” ketawa mereka jelas menerjah gegendang telingaku!


Celaka korang bangsat! Huh. 


Tuesday, September 20, 2011

Hati Dalam Botol Susu (Ini Cerita Mati, Bukan Cerita Cinta)



Kerusi merah itu untuk Qu.  Tapi meja Jepun itu untuk siapa? Tunggu boroi Qu hilang, Qu akan pasti selesa bersila di situ. Untuk segenap pelusuk angin yang lalu disisi cuping-Qu dibiarkan sahaja menjengah. Haba-haba yang datangnya dari dinding kini berkedap dalam ruang yang sama sesat dengan-Qu. Lemak-lemak dibakar percuma dan baju dibasuh dengan rela pada garam. Usah dipedulikan garam peluh itu kerana keluh kesah hati lagi mahu berteriakan. Jari Qu lekapkan pada hati. Cuba untuk mengambil dari luar tubuh dengan segala kudrat fantasi yang tinggal. Kini celik Qu terpejam dalam kelam mencari hati itu. Jauh Qu-susuri perjalanan darah merah mahupun putih dalam sana. Semoga ia pantas membawa Qu kepada hati. Sampai disatu selekoh dan ia berputar rancak sampai akhirnya Qu tersembam pada aliran yang berselirat. Bagaimana Qu hidup dengan aliran darah sebegini? Dengan saluran pembuluh darah yang sebegini sempit, mustahil untuk Qu menelusup keseberang sana. 




Otak harus ligat, pemikiran harus pantas. Kemana lagi harus Qu lompat untuk menerpa pada hati? Qu menyelit-nyelit pantas menggunakan tenaga angin. Qu mahu segera sampai pada rusuk. Dalam rusuk nanti Qu akan tahu mana mahu jumpa hati ini. Sampai dirusuk Qu bertenggek meminta nafas. Diselam seketika ke dalam darah mencari bekalan oksigen. Dalam darah merah itu, Qu pisahkan oksigen dan haemoglobin dan dilahap rakus oksigen tadi. Kini Qu benar-benar dihadapan pintu rusuk. Rusuk ini bagai penjara! Penjara kepada sang raja yang mempunyai magis memerintah seluruh jasad. Raja itu adalah hati !



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

“Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat segumpal daging, jika baik segumpal daging tersebut, maka akan baik pula seluruh jasadnya, dan jika rosak segumpal daging tersebut, maka akan rosak pula seluruh jasad tersebut. Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah Al Qalbu (jantung)” (Muttafaqun’alahi)



Diketuk cermat tulang-belulang rusuk-rusuk tersebut. Masih utuh, kukuh tanpa rapuh. Di bawah rusuk ini Qu mencari sang hati. Hati disebelah kanan, Qu terjah. Namun tiada. Bernafas panjang Qu. Bertafakur sejenak membelai diri agar tidak langsung berhenti merasa hampa. Teringat Qu pada pesanan ibu,




“Along, hati ibu untuk semua anak-anak ibu. “ Ibu tersenyum indah.


“Nanti along cari hati along dekat mana. Kalau tak ada, ambillah hati ibu.” Sambung ibu lagi.



Qu hanya termanggu senyap, sendirian akan kata-kata ibu ketika itu. Mana mungkin Qu ragut hati ibu. Kini, ibu, Qu mencari sang raja itu. Sang raja yang banyak melukakan emosi orang. Sang raja ini jugalah kelihatan seperti layak dibuang jauh dari kelompok manusiawi. Sang raja ini gila! Sang raja ini jugalah yang membuat hidup-Qu seakan orang siuman berjalan atas pelangi. Sang raja ini sekarang begitu anarki sifatnya ibu, kerana sang raja ini kini berani melawan sesiapa yang berselisih dengannya. Mengeluh memikirkan perihalnya.




 Namun itu bukan jalan penyelesaiannya. Teringat pula kata seseorang kepada-Qu. Katanya hati lazim di sebelah kanan tapi jangan terkejut kerana ada manusia yang hatinya di sebelah kiri. Kata-kata itu Qu biarkan berlegar sahaja diruang fikiran lalu dibisikkan kepada diri bahawa Qu harus terus menyalakan lampu dalam gelap meski lampu itu kian malap. Kini Qu menelusuk penuh awas pada rusuk untuk ke bawah dibahagian kiri. Setiap langkah diambil, penuh dengan doa sang harapan. Dicari rapi sisipan mata ini kepada organ dan kelenjar paling besar dalam jasad manusia.



Bergeliga lagi otak-Qu diselubungi fikir memikir tentang sebaris kata manis ibu. Hendak sebak, tapi tak pernah sekali hendak terasa. Kulit mulus anakmu ini kian basah bagai dibanjiri air empangan yang langsung pecah tanpa disentuh. Gelisah, gundah. Mana pergi hati-Qu. Lorong yang kelam kini Qu tempuh. Lemak-lemak tepu melekit-lekit di sana sini yang bagai seratus juta tahun baru boleh mencair. Anakmu ini derhaka untuk sihat. Tapi Qu jelas tak mahu menghampakan hidangan ibu. Qu telan dan Qu menangis. Tapi kau senyum dan Qu langsung merelakan. Kini Qu makin dalam dipeluk kolestrol jahanam!



Berani kau bermaharajalela disini. Qu siat-siat kau umpama surat khabar lama yang dibuat pengganti tisu berak cina. Jijik Qu lihatnya. Lendir-lendir bertepu kau bersarang tebuan di dalam kini, cis! Along dah jumpa ibu! Hati along di sebelah kiri. Tuhan, syukur Qu jumpa mana hati ini. Tapi kosong. Kosong benar hati ini. Tak bercahaya langsung. Kelam! Mana pergi semua perasaan dan naluri? Qu semak semula di dalam recycle bin. Kosong. Siapa pula racun yang meng-delete semua program hati-Qu? Mana cinta-Qu? Mana kekasih gelapku yang dipuja bagai mati?



Oh, tuhan. Mana pergi isi hati hambamu ini?



Kepala-Qu tersentak pada rusuk lalu lemas dalam lekit-lekit kolestrol.





"Dia tidak bersama aku, jadi apa harus aku sesalkan."