Monday, August 15, 2011

.Ramadhan 15 ;)



.Salam Ramadhan. Sepanjang Ramadhan al-Mubarak ni, aku tak pernah lagi update blog mengenai bulan yang penuh mulia ini. Dan entry kali ini juga tidak ada kena mengenanya dengan bulan Ramadhan. Cuma semperna hari ke-15 puasa di bulan Ogos ini, aku ingin mengeluarkan sepedas-pedas kahak yang terkesumat yang ada dalam tekak sana. Apa yang paling menakjubkan, ia sudah sampai ke hari yang ke-15, dan aku masih lagi bertahan untuk terus berjuang untuk sama-sama merasai nikmat puasa yang hanya datang wajibnya sebulan dalam setahun. Puasa yang lepas, secara jujurnya, aku tidak berpuasa atas sebab demam. Selama 6 hari ditinggalkan dengan menelan ubat. Puasa yang 2 tahun lepas juga aku diserang demam juga dan menyebabkan aku tidak dapat berpuasa dengan penuh. Dan puasa tahun ini juga aku diserang sekali lagi dan lagi dengan penyakit, DEMAM ! 


Mungkin demam kali ini lebih dahsyat dari bulan-bulan puasa yang lepas. Namun aku bersyukur kerana masih lagi dapat bertahan sehingga ke hari yang ke-15 ini. Yang peliknya, orang-orang lain selalu diserang gastrik dibulan puasa sebegini, dan hanya aku yang bernasib malang dan pelik kerana sering diserang demam tiap kali tibanya Ramadhan al-Mubarak ini. Syukur aku masih bertahan dan pada tahun ini, aku benar-benar mahu melengkapkan kembali puasa aku dibulan Ramadhan ini sebagaimana yang telah aku lalui semasa kecil sampailah ke zaman persekolahan. Tiada lagi tipu muslihat, dan aku tetap akan bertahan biar segoncang mana dugaan yang mendatang. Amin.

Di sini aku sempat memerah kudrat otak aku malam tadi yang sering sukar dilenakan. Dan ilham-ilham menerusi setiap perkataan yang hadir adalah sangat menakjubkan kerana ia datang bertubi-tubi menyerang benak fikiranku. Dan lebih menakjubkan, ia hadir kekita subuh menjelma ;)
Terimalah 15 nota poket aku semperna Ramadhan ke-15 ini :

.Nota 1.

> No point to show off (when you're useless).

.Nota 2.

> Ni makan dia kalau kau sibuk cerita pasal raya depan aku. Air teh yang melayang 8 kaki, meggi yang bertaburan keciciran entah ke mana (klise).

.Nota 3.
> Mata kalau buka hari-hari, boleh buta. Tapi mata kalau tutup hari-hari, dah boleh korek sendiri derma kat hospital sudah !

.Nota 4.
> Mandi adalah perkara paling syurga sekali apabila ada air yang boleh menolak kita 100 meter kehadapan; Bukan 100 meter ke bawah. (kerana aku takutkan ketinggian ;')

.Nota 5.
> Mata adalah semakin cerah dimalam mimpi dan jangan salahkan aku kalau disiang hari aku masih berketelanjangan diulit matahari.

.Nota 6.
> Memegang jurnal berwarna pink bukan salah aku, tetapi salah mata meliar memandang dan mulut melangsi yang koyak rabak berbau petai jering ! Jadi aku berlalu sahaja dengan senyum dan dan kentut yang dilepaskan bahagia ;)

.Nota 7.
> Bila kau nak kejar anak ayam, jangan sampai ditangkap anak itik pula. Nanti senyum ibu ayam, berang ibu itik.

.Nota 8.
> Bila pandu kereta, fokus pada jalan. Bila nak reply mesej, fokus pada handphone. Tapi bila nak berak, fokus pada mimpi ;)

.Nota 9.
> Aku pakai baju cap ayam warna pink. Jadi kau dah cukup layak panggil aku babi ke.?!

.Nota 10.
> Kalau ada kereta seratus juta tapi tak ada minyak nak bergerak, baik bom dalam lombong.

.Nota 11.

> Main kejar-kejar memang seronok. Dan bila jatuh memang suka. Tapi bila luka, potong sosej sampai muntah air sirap (metafora melampau).


.Nota 12.
> Perhubungan adalah bukan lagi mengenai dua insan. Perhubungan adalah mengenai aku dan status facebook.

.Nota 13.
> Aku gagal dengan cinta kerana dia yang putuskan. (Ego seorang bigfoot)

.Nota 14.
> Air mata lelaki adalah semahal emas dan semurah sampah ! ;)

.Nota 15.

> Yang lepas biarkan berlalu. Yang mendatang teruskan berkejaran kerana kita adalah kita untuk terus mencipta sejarah di atas muka bumi ini (walau untuk diri sendiri kerana ia meski untuk diri sendiri sahaja).

* * *

-S.E.K.I.A.N-

;)

No comments: