Tuesday, September 20, 2011

Hati Dalam Botol Susu (Ini Cerita Mati, Bukan Cerita Cinta)



Kerusi merah itu untuk Qu.  Tapi meja Jepun itu untuk siapa? Tunggu boroi Qu hilang, Qu akan pasti selesa bersila di situ. Untuk segenap pelusuk angin yang lalu disisi cuping-Qu dibiarkan sahaja menjengah. Haba-haba yang datangnya dari dinding kini berkedap dalam ruang yang sama sesat dengan-Qu. Lemak-lemak dibakar percuma dan baju dibasuh dengan rela pada garam. Usah dipedulikan garam peluh itu kerana keluh kesah hati lagi mahu berteriakan. Jari Qu lekapkan pada hati. Cuba untuk mengambil dari luar tubuh dengan segala kudrat fantasi yang tinggal. Kini celik Qu terpejam dalam kelam mencari hati itu. Jauh Qu-susuri perjalanan darah merah mahupun putih dalam sana. Semoga ia pantas membawa Qu kepada hati. Sampai disatu selekoh dan ia berputar rancak sampai akhirnya Qu tersembam pada aliran yang berselirat. Bagaimana Qu hidup dengan aliran darah sebegini? Dengan saluran pembuluh darah yang sebegini sempit, mustahil untuk Qu menelusup keseberang sana. 




Otak harus ligat, pemikiran harus pantas. Kemana lagi harus Qu lompat untuk menerpa pada hati? Qu menyelit-nyelit pantas menggunakan tenaga angin. Qu mahu segera sampai pada rusuk. Dalam rusuk nanti Qu akan tahu mana mahu jumpa hati ini. Sampai dirusuk Qu bertenggek meminta nafas. Diselam seketika ke dalam darah mencari bekalan oksigen. Dalam darah merah itu, Qu pisahkan oksigen dan haemoglobin dan dilahap rakus oksigen tadi. Kini Qu benar-benar dihadapan pintu rusuk. Rusuk ini bagai penjara! Penjara kepada sang raja yang mempunyai magis memerintah seluruh jasad. Raja itu adalah hati !



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

“Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat segumpal daging, jika baik segumpal daging tersebut, maka akan baik pula seluruh jasadnya, dan jika rosak segumpal daging tersebut, maka akan rosak pula seluruh jasad tersebut. Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah Al Qalbu (jantung)” (Muttafaqun’alahi)



Diketuk cermat tulang-belulang rusuk-rusuk tersebut. Masih utuh, kukuh tanpa rapuh. Di bawah rusuk ini Qu mencari sang hati. Hati disebelah kanan, Qu terjah. Namun tiada. Bernafas panjang Qu. Bertafakur sejenak membelai diri agar tidak langsung berhenti merasa hampa. Teringat Qu pada pesanan ibu,




“Along, hati ibu untuk semua anak-anak ibu. “ Ibu tersenyum indah.


“Nanti along cari hati along dekat mana. Kalau tak ada, ambillah hati ibu.” Sambung ibu lagi.



Qu hanya termanggu senyap, sendirian akan kata-kata ibu ketika itu. Mana mungkin Qu ragut hati ibu. Kini, ibu, Qu mencari sang raja itu. Sang raja yang banyak melukakan emosi orang. Sang raja ini jugalah kelihatan seperti layak dibuang jauh dari kelompok manusiawi. Sang raja ini gila! Sang raja ini jugalah yang membuat hidup-Qu seakan orang siuman berjalan atas pelangi. Sang raja ini sekarang begitu anarki sifatnya ibu, kerana sang raja ini kini berani melawan sesiapa yang berselisih dengannya. Mengeluh memikirkan perihalnya.




 Namun itu bukan jalan penyelesaiannya. Teringat pula kata seseorang kepada-Qu. Katanya hati lazim di sebelah kanan tapi jangan terkejut kerana ada manusia yang hatinya di sebelah kiri. Kata-kata itu Qu biarkan berlegar sahaja diruang fikiran lalu dibisikkan kepada diri bahawa Qu harus terus menyalakan lampu dalam gelap meski lampu itu kian malap. Kini Qu menelusuk penuh awas pada rusuk untuk ke bawah dibahagian kiri. Setiap langkah diambil, penuh dengan doa sang harapan. Dicari rapi sisipan mata ini kepada organ dan kelenjar paling besar dalam jasad manusia.



Bergeliga lagi otak-Qu diselubungi fikir memikir tentang sebaris kata manis ibu. Hendak sebak, tapi tak pernah sekali hendak terasa. Kulit mulus anakmu ini kian basah bagai dibanjiri air empangan yang langsung pecah tanpa disentuh. Gelisah, gundah. Mana pergi hati-Qu. Lorong yang kelam kini Qu tempuh. Lemak-lemak tepu melekit-lekit di sana sini yang bagai seratus juta tahun baru boleh mencair. Anakmu ini derhaka untuk sihat. Tapi Qu jelas tak mahu menghampakan hidangan ibu. Qu telan dan Qu menangis. Tapi kau senyum dan Qu langsung merelakan. Kini Qu makin dalam dipeluk kolestrol jahanam!



Berani kau bermaharajalela disini. Qu siat-siat kau umpama surat khabar lama yang dibuat pengganti tisu berak cina. Jijik Qu lihatnya. Lendir-lendir bertepu kau bersarang tebuan di dalam kini, cis! Along dah jumpa ibu! Hati along di sebelah kiri. Tuhan, syukur Qu jumpa mana hati ini. Tapi kosong. Kosong benar hati ini. Tak bercahaya langsung. Kelam! Mana pergi semua perasaan dan naluri? Qu semak semula di dalam recycle bin. Kosong. Siapa pula racun yang meng-delete semua program hati-Qu? Mana cinta-Qu? Mana kekasih gelapku yang dipuja bagai mati?



Oh, tuhan. Mana pergi isi hati hambamu ini?



Kepala-Qu tersentak pada rusuk lalu lemas dalam lekit-lekit kolestrol.





"Dia tidak bersama aku, jadi apa harus aku sesalkan."



No comments: