Tuesday, November 2, 2010

jikalau AKU, dan jikalau ENGKAU

jikalau aku
menunggu sesaat untuk hari ini menjengah pagi,
melayang-layang perasaan yang seakan terobek jiwanya,
bahagiakah aku untuk dunia ini kerana kininya.?
kerana kininya juga aku masih berdiri sendirian,
berdiri seakan seteguh yang mungkin,
yang pasti akan memungkiri kejadiannya binaanya,
dan aku masih lagi tercari-cari meraba-raba sekalian sudut,
di manakah yang sebenarnya akan ku genggam ENGKAU.?


jikalau engkau
faham dan selalu mengerti buah fikiran intuisiku.
pastikah engkau akan m,enemai tangisanku di sudut sana.?
pastikah engkau akan lantas memahami jiwa berkeladak ini.?
yang menanggung sejuta rasa penyesalan digalas,
yang nyata dibebankn ke dalam sanubari,
yang hanya juga bisa dibaca melalui telepati sang pengjiwa,
dapatkah engkau bayang fikiran AKU.?

dan jikalau aku
pantas memutarkan kembali saat-saatnya dahulu,
sanggupkah diri-diri engkau menemaniku kembali ke saat sana.?

No comments: