Monday, March 14, 2011

“It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)”




Melalui entry Kassim Selamat & The Swallows, aku pernah cakap yang aku nak ceritakan sedikit mengenai RETROspektif aku kan.? Melalui entry ini aku sambung sedikit. Ku ingat nak menulis tentang Joy Division. Serius, menulis tentang Joy Division memang best. Sebab aku boleh terasa alunan ombak liku-liku perjalanan dramatis punk rock takkan lupus ! mungkin aku terlalu taksub pada lirikal Ian Curtis yang pantas membunuh pemikiran radikal aku ini. Tapi ini kisah, “It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)”, maka lupakan seketika punk rock British dari Joy Division itu. Ini kisah Rock ‘n’ Roll.! Kisah satu irama yang sudah bosan dengan perkara yang sama. Ini kisah mengenai ikut kata hati. Ini kisah tentang suka duka perjalanan perjuangan hikayat mereka !

Semua orang tahu, kalau genre Rock ‘n’ Roll, maka semua akan terus merujuk kepada AC/DC ! ya, entry ini mengenai RETROspektif AC/DC. Sebuah perjalanan perjuangan yang panjang. Perjalanan yang gila kisahnya. Perjalanan yang juga sangat menyentuh aku. Apa yang menyentuh aku.? Mungkin kerana kisah tragisnya Bon Scott. Kalau diikutkan cerita, AC/DC ini terlalu panjang fenomenanya. Apa yang aku di sini ingin kupas kali ini, hanyalah kisah AC/DC melalui “It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)” melalui kisah tragis, sadis, magis Bon Scott. Ya, aku sudah lama tidak gunakan perkataan TRAGIS, SADIS, dan MAGIS. Kali terakhir aku aku gunakan ayat serampang dua puluh mata itu adalah ketika sibuk memuji angkatan wibawaan Aidil, Ariana, Rain dan Sharin, iaitu band, COUPLE ! dekat sini, Bon Scott sememangnya adalah sebahagian yang hebat bagi kisah TRAGIS, MAGIS, SADIS aku ini.


“It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)” adalah anthem keramat buat semua dan seluruh keluarga besar AC/DC. Lagu ini juga pantas untuk menerpa kepada top 5 carta single bagi Australia. Kenapa ia begitu dahsyat.? Kenapa ia begitu keramat laungannya oleh peminat berani mati AC/DC.? Ini jkisah jawapannya. Kisah ROCK pada era 70-an, adalah kisah mana yang banyak melahirkan lagenda-lagenda dunia muzik seperti Led Zeppelin (aku amat asyik menyanjungi mereka), Black Sabbath (satu-satunya Doom-Metal berpiring hitam yang aku pernah jumpa fizikal piring hitamnya di AM Corp Mall !), Deep Purple, Alice Cooper, Aerosmith, Queen (takkan lupus dek zaman dengan lagu We’re The Champions !), dan juga Kiss (make-up mereka, identiti gila mereka pada bunyi !) Meraka-mereka ini ternyata kebanyakan dipengaruhi oleh muzik Rock dari Rolling Stone sampailah kepada Marc Bolan (T-Rex) yang mana mereka ini hadir dalam kelompok muzik rock ketika saat itu sedang mengalami revolusinya kepada pecahan-pecahan seperti glam rock, hard rock, punk rock, prog rock dan juga heavy metal ! Maka pada tahun tertubuhnya AC/DC (1973), mereka sebenarnya tidak punya sebab kenapa mereka tidak boleh Berjaya seperti mereka sekarang ini walaupun faktor geografinya (Australia yang bukan seperti US atau UK) sedikit member impak kepada mereka. Tapi itulah kisah lagenda liku yang mereka harus tempuhi.

AC/DC juga mengambil satu langkah yang disifatkan kepada dunia muzik sekaliling sebagai mentang arus kerana melalui lagu “It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)” dengan memasukkan instrument bagpipe yang dimainkan Bon Scott yang juga diselang-selikan dengan bunyi gitar Angus (anda patut kenal Angus Young dahulu baru anda akan tahu siapa AC/DC itu). Bigpipe itu yang MAGISnya. Kalau diikutkan mengenai arus muzik rock ketika itu yang lebih gemar menampilkan bunyian gitar solo yang leleh panjang berjela-jela (itu trademark muzik rock, tak boleh dipertikaikan lagi), tapi tidak di dalam lagu ini. Memasukkan instrument bigpipe ini memang mandatangkan kejayaan luar biasa pada mereka. Angus suatu ketika dahulu pernah ditanya mengenai idea memasukkan bigpipe ke dalam trak klasik mereka ini bersama Bon Scott, dia memberitahu idea gila ini lahir melalui perbincangan George Young (kalau anda sudah kenal Angus Young, maka anda akan tahu siapa dia George Young) yang menerbitkan album-albun terawal mereka dan juga Bon Scott.

AngusBon memberitahu abang saya George, yang dia pernah bermain untuk sebuah kumpulan bagpipe. George mulanya tak percaya tapi Bon cuba menyakininya. Kami mula setup sebuah bagpipe untuk rakaman, kami memanggil Bon untuk memainkan bagpipe tapi bagpipe itu tidak berbunyi-bunyi.Kami tanya Bon, “kau cakap kau main dengan kumpulan bagpipe.?” Bon jawab, “memanglah, tapi aku main snare drum !”

Oleh kerana kejadian ketika rakaman itu sungguh member kesan humor, Bon akhirnya mengambil insiatif untuk belajar memainkan bagpipe semata-mata untuk lagu “It’s A Long Way To The Top (If You Want To Rock ‘n’ Roll)”. Tetapi SADISnya, ketika mereka membuat persembahan di Scotland, instrument ini telah dirosakkan oleh sekumpulan penonton selepas Bon meletakkannya disatu sudut di pentas. Siapa sangka ini adalah saat terakhir kalinya mereka memainkan lagu klasik ini. Walaupun mereka pernah memainkan semula lagu ini dengan menggantikan bunyi bagpipe kepada bunyi synthesizer (aku suka elemen synthesizer ini terutama apabila Love Me Butch atau 7 Collar T-Shirt memainkannya, MAGIS !). Namun selepas kemasukan Brian Johnson (pengganti vocal Bon Scott), mereka tidak memainkan lagi lagu ini sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Bon Scott.

Kematian Bon Scott ! itu yang SADIS dan TRAGISnya bagi aku. Al-kisah “Highway To Hell” AC/DC dan kematian Bon Scott. Kedengaran bunyi Highway To Hell ini seperti berbunyi mitos yang memanggil-manggil siapa sahaja untuk mendengarnya, dan menguatkan lagi rasa stigma terhadap elemen-elemen satanisme dan penuh dengan occult. Ia sebenarnya sebahagian daripada kisah Bon Scott tentang Canning Highway di Australia di mana dipenghujung jalan itu terletaknya bar bernama The Raffles (yang mana tiada tujuan lain bagi Bon ke situ selain daripada Rock ‘n’ Roll !). menurut kisahnya, ramai yang terbunuh dilebuhraya itu kerana disebabkan keinginan mereka untuk memandu dengan laju hanya untuk cepat sampai ke The Raffles. Bon Scott membayangkan perkara yang sama ketika dalam perjalanan ke The Raffles melalui lirik, “No stop signs…no speed limit…nobody gonna slow me down.”

Di sebalik kejayaan album Highway To Hell album ini walau bagaimanapun menjadi titik terakhir bagi Bon bersama AC/DC ! Di mana satu kejadian TRAGIS, berlaku ketika tour Highway To Hell yang mengakibatkan kematian SADISnya ! pada Februari 19, 1980, Bon dijumpai tidak bernyawa di dalam sebuah kereta pada waktu siang selepas terlebih mengambil alkohol pada malam sebelumnya. Bedah siasat mendapati dia tercekik muntahnya sendiri (awas!). bagaimanpun, pelbagai teori yang mengandaikan kematiannya, daripada terlebih dos heroin dan akibat darjah suhu di dalam kereta.

Angus Young, “Kami lebih kerap melihat Bon Scott berbanding ahli keluarganya sendiri. Selalunya saya, Bon dan Malcolm pergi ke kelab bersama-sama, dicampak keluar juga sama-sama!”

Namun langkah AC/DC tidak terhenti disitu sahaja walaupun mereka hampir-hampir membubarkan AC/DC selepas kematian Bon Scott. Brian Johnson yang menggantikan tempat Bon dari saat itu sehinggalah ke saat ini, juga adalah melalui permintaan Bon Scott sendiri yang mencadangkan nama Brian selaku penggantinya jikalau ada apa-apa terjadi kepadanya. Demikianlah kisah seorang anak seni yang sangat hebat personalitinya (walaupun cacat celanya terlalu banyak). Demikianlah juga riwayat seorang lagenda bernama Bon Scott. Mungkin ini bukan satu-satunya lagenda yang Berjaya menghasilkan MAGIS, SADIS, dan TRAGIS. Sesungguhnya ramai lagi insane yang hebat dalam seni ini berakhir kisahnya dengan kematian. Ianya sama juga kepada kisah pengakhiran Ian Curtis (Joy Division, anda kena tahu kenapa saya taksub sangat kepada muzik Ian Curtis ini melalui Joy Division), Jeff Buckley (Mysterious white man, yang hanya menggunakan dua gitar untuk menghasilkan MAGIS dalam dunia bunyinya). Dan tentulah yang paling diagung-agungkan adalah lagenda seperti Kurt Cobain ! bagi aku, sememangnya unutk menjadi lagenda setelah menempuh dunia Berjaya yang singkat adalah melalui kematian.

Mungkin tidak keterlaluan jikalau aku mengatakan, apabila kita sudah tiada, barulah orang akan tahu untuk sibuk menghargai apa yang kita telah lakukan. Lihat saja kepada Pablo Picasso. Kisah Picasso yang diangkat menjadi lagenda dalam dunia seninya selepas lebih 100tahun kematiannya. Mungkin juga sama kisahnya di Malaysia ini. Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Dia adalah seorang yang hebat. Seorang peguam yang tahu menyanyi. Seorang peguam yang tahu berseni. Karya lakonannya melalui filem KAMI suatu masa dahulu adalah sebuah karya filem yang tidak dapat diterima oleh orang sekelilingnya saat itu. Namun, lihatlah hasilnya, filem KAMI lakonan Allahyarham Sudirman itu kini merupakan naskah penting bagi filem klasik Melayu !

[P/S : aku tinggalkan penutup aku macam tu sahaja. Sebab kalau diikutkan hati, penutup aku takkan ada kesimpulannya. Dan jikalau aku benar-benar ingin menulis tentang sejarah AC/DC, aku rasa dua tiga hari takkan habis kau orang baca. Serius ! aku ini kalau menulis, memang tak ingat dunia. Gila kuasalah katakan ! Jadi aku tinggalkan penutup aku tanpa kesimpulan sebab kesimpulan itu sepatutnya ada selepas anda semua habis membaca al-kisah entry ini. Sekian !]





Even one of the worlds best Rock n Roll bands AC/DC use the bagpipes in their song It's a Long Way To The Top if You Want to Rock and Roll

No comments: