Thursday, March 31, 2011

Kisahkan Aku Pada Anak Cucumu, Bahawa Aku Adalah Kisah Dongeng (Yang Paling Engkau Cintai)



Aku juga manusia. Manusia yang dinaratifkan kisah dongengnya. Dongengan hanyalah suatu perkara yang lagenda termaktubnya dan mitos adalah kebanggaan semua kisah bangsa. Ia berkenaan ketamadunan untuk diangkat mulia, disanjung megah dan ditatapi semua lapisan hati. Untuk kita, untuk semua bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmah disetiap sebaliknya. Maka aku pinta, dongengkan aku untuk kisah sang panglipulara. Kisah yang akan dibawa merentasi sempadan penjelajahan. Kisah yang moganya diangkat keagungannya. Kisah yang buatkan semua tahu kewujudan aku!

Kisah disebalik hati sukar dilafazkan. Sukar bagi aku dan tidak bagi mereka yang senang. Kerana aku seumpama si bisu yang petah berbicara. Berbicara melalui bahasa tapi tak pernah sekali bersuara. Aku rasa gugup, dada diombak kencang apabila bersuara. Nada pasti tidak akan teratur dan fikiran pasti akan menjadi sunyi. Jadi aku lebih senang untuk menjadi si bisu yang petah berbicara. Berbicara melalui penulisan bukan sekali lisan. Maka apakah jenis manusia aku ini? Gambarkan saja aku kisah dongeng yang sempurna. Aku adalah seorang penakut.

“Pe na kut!” jerit lantang hati aku. Siapa peduli? Aku sahaja yang rasa.

Beginilah aku. Memendam rasa jauh dari dunia. Walaupun sekalian alam tahu dunia puncanya aku begitu begini kisahnya. Aku masih lagi di sini. Tegak utuh lagi berdiri walau hati sudah reput. Aku tahu engkau peduli akan rasa ini. Aku tahu engkau kisah akan segala yang lepas. Maka dongengkanlah aku untuk anak cucumu. Aku tahu dan aku pasti. Engkau masih lagi sukar untuk mencapai hulur tangan aku ini. Aku tahu engkau masih lagi merasa bahawa engkau malu dengan rasa engkau. Tapi engkau harus ingat, aku tak pernah mengira bilangan rasa palsu itu.

Engkau masih lagi meletakkan halangan dinding yang palsu diantara talian kita. Dan aku amat terasa akan seksanya. Aku amat-amat pilu dengan kata putusmu. Paling tidak sambutlah tangan persahabatan kaku ku ini. Paling tidak pun, nyalakanlah sedikit harapan kepadaku. Walaupun akhirnya nanti aku tetap tahu ia palsu. Jujur aku masih lagi pantas menungg sebarang berita yang bertebaran darimu. Jujur aku sudah terlalu lama untuk terus bernafas kerana dirimu. Jujur juga aku katakan aku tak mampu mengejarmu sepantas masa.

“I can’t chase you forever !” jerit pada langit. Biar langit yang bawa jeritan guruhku. Mungkin kepadamu.

Moga beginilah ceritanya. Engkau tidak lagi akan menegur aku. Engkau jelas tidak lagi mahu mememorikan watakku. Aku tahu akan itu. Aku pasti akan rasa ini. Jadi, kisahkan aku kepada anak cucumu, bahawa aku adalah kisah dongeng (yang paling engkau cintai).

.bukan TAMAT tapi SEKIAN.



[P/S : sila baca dengan nada yang tegas dan lantang. Kerana ini adalah bait-bait puisi moden yang dicerpenkan ! ]








No comments: