Monday, February 27, 2012

.Facebook Football Update : Cardiff City vs Liverpool FC (Carling Cup Final @Wembley)

*Detik-detik penentuan penalti Cardiff vs Liverpool*


* * * 


Hari ini 26/2/2012 dan awal pagi 27/2/2012 - ada banyak match-match tumpuan seperti :

i) Arsenal vs Spurs
> (London derby) *Arsenal won 5-2

ii) Norwich City vs Manchester United 
> (Giggsy made 900 apearance with United) *United won 2-1

iii) Cardiff vs Liverpool 
> (Carling Cup final @wembley) *Liverpool won 3-2 on penalties after drew 2-2

iv) Real Vallecano vs Real Madrid
> (Nice Cristiano Ronaldo winning goal) *Madrid won 0-1

v) Bayern Munich vs Schalke 04
> (Bundesliga I) *Bayern won 2-0

vi) Napoli vs Inter Milan
> (Serie A top table clash) *Match just started when I wrote this entry ;)

&

iiv) Atletico Madrid vs Barcalona
> (Barcalona need to win to close the gap between Real) *Match will start at 4.30a.m


* * *


Tapi
untuk entri kali ini, aku lebih berminat untuk menge-publish-kan sedikit sorotan-sorotan perlawanan di antara Cardif dan Liverpool. Sebagai Penyokong Red Devils, pasti aku takkan lepaskan peluang untuk menonton sendiri perlawan Norwich dan Manchester United yang berlangsung terlebih dahulu. Dan sebagai penyokong United juga, aku sudah sedia maklum bahawa perlawanan final Carling Cup yang melibatkan seteru United sendiri. Malah aku pergi menonton perlawanan final Carling Cup ini adalah tidak lain tidak bukan hanya sekadar untuk mencari bahan lawak (setelah maharajalawak tamat) kerana aku tahu bahawa penyokong-penyokong tegar Liverpool ini adalah sebahagian besar kepada jumlah yang menyumbangkan diri untuk membenci sebuah pasukan yang bernama Manchester United (Hai haters ;) Lebih-lebih lagi bila lawan Liverpool pula adalah team underdog yang hanya dimiliki oleh jutawan Malaysia dan mempunyai nama Malaysia di jersi baju mereka. 

Jadi sebagai seorang insan yang mempunyai semangat kebangsaan, korang rasa aku patut sokong mana? haha. Dah tentulah aku sokong Safee Sali. Ingat lagi insiden di dalam perlawanan pra-musim pasukan Liverpool menentang skuad Harimau Malaya tahun lepas? Kalau tak ingat, meh sini aku refresh semula. Almaklumlah kita ni manusia, mudah lupa. (Dr.M pun mudah lupa ;) hehe. Insidennya adalah apabila Safee Sali dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan tak lama kemudian beliau menjaringkan gol untuk Malaysia. 

Ingat tak apa reaksi Safee Sali ketika meraikan jaringan golnya? (meh sini raoat-raoat baca) Safee Sali telah berlari kearah penyokong di satu bahagian untuk meraikan jaringannya namun segera berpatah balik menuju ke tempat duduk yang dipenuhi segerombolan kecil peminat kipas susah mati Harimau Malaya iaitu Ultra malaya kerana melihat terlalu ramai warga yang berkerakyatan Malaysia memakai jersi Liverpool berbanding jersi skuad kebangsaan walaupun sudah diwar-warkan dilaman sosial untuk memakai jersi kebangsaan bagi menyokong pasukan Harimau Malaya. Namun faham-faham sahajalah situasinya, fans Liverpool ini kan fans yang tegar. 

Katalah apa sahaja, mereka mungkin lebih sanggup menyanyikan lagu You Will Never Walk Alone dengan lebih bersemangat berbanding berdiri tegak menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku (mungkin?). Ataupun 'mungkin' mereka lebih sanggup berkata "Daulat King Kenny!" berbanding "Daulat Tuanku". (andaian sahaja) ;) hehe. Okaylah, dah cukup rasanya nak bakar fans Liverpool ni ;) (CHAMP19ONS!!) haha.


* * *


*sebelum menonton match final wajib bagi aku untuk menonton match ini yang mana Giggsy muncul dengan penampilan terbanyak buat satu kelab, Manchester United. Malah dalam perlawanan ini dia turut menjaringkan last minute gol kemenangan buat Red Devils. Seorang lagi lejen Man United juga turut berada dalam senarai penjaring iaitu Paul Scholes yang menanduk masuk bola ke gawang Norwich seawal minit ke-7.


*Giggs Will Tears Us Apart !


* * *


CARLING CUP FINAL - CARDIFF CITY vs LIVERPOOL FC

*Kronologi update status akuan facebook aku. malas nak ulas panjang-panjang ;)

*Click it to enlarge this picture ;)


*Click it to enlarge this picture ;)


*Click it to enlarge this picture ;)


*Click it to enlarge this picture ;)


*Click it to enlarge this picture ;)


*Click it to enlarge this picture ;)


*Click it to enlarge this picture ;)


* * * * *


Apa-apa pun, tahniah kepada skuad kendalian Kenny Dalglish ini setelah akhirnya berjaya mengatasi kemarau kejuaraan trofi sejak enam tahun berturut-turut. (turut-turut beb! haha)

Cardif bermain dengan baik selaku team underdog malah sempat untuk mencipta kejutan ke atas Liverpool.

Gandingan Suarez dan Andy Carrol jelas masih kurang bermaya dengan Suarez pada perlawanan ini kelihatan seakan-akan langsung lesu (masihkah terganggu dengan reaksi Evra.? haha). Banyak peluangnya untuk turut berada dalam list penjaring gagal dilaksanakan.

Setelah kemasukan Bellamy menggantikan J.Henderson barulah Liverpool menjadi semakin berbahaya kepada pertahanan lawan yang dikawal selia oleh kapten Cardiff, Mark Hudson. Terutama apabila Dirk Kuyt turut dimasukkan bagi menggantikan Andy Carrol dan membentuk gandingan 3 serangkai bersama dengan Bellamy dan Suarez. Percaturan King Kenny tersebut menjadi dan hasilnya Dirk Kuyt menjaringkan gol kedua Liverpool untuk kali pertama mendahului pasukan lawan sepanjang perlawanan.

Namun ke alpaan Liverpool ternyata terserlah sekali apabila sekali lagi pemain Cardiff berjaya melolosi gawang jagaan Pepe Reina melalui gol B.Turner. Sekali gus membawa perlawan ke masa tambahan.

*secara peribadinya, aku merasakan B.turner layak diberi penghargaan selaku pemain terbaik perlawanan kerana aksinya yang cemerlang dibahagian pertanan Cardif. Malah berjaya menyelamatkan Cardiff untuk setidak-tidaknya bersaing dengan Liverpool sehingga ke penuantuan penalti ;)

Penentuan penalti? Sila lihat video di atas. Cuma aku nak cakap, bahawa memang mengujakan apabila penjaga gol Cardiff berjaya menyelamatkan sepakan penalti pertama Liverpool yang diambil oleh kapten mereka, Steven Gerard. World class save ! ;)

Pemain Cardiff jelas kelesuan. Ini dapat dilihat apabila mereka gagal menyudahkan sepakan penalti mereka dengan baik. Hasilnya Liverpool menang dengan kedudukan 3-2 untuk mengucup sebuah piala domestik setelah kemarau sejat 6 tahun berturut-turut (berturut-turut?! haha)


* * * * * 


- TAHNIAH LIVERPOOL DAN GLORY GLORY MANCHESTER UNITED ! ;) -


* * * * *

[p/s : enjoy bakar line harini  ;) pisyooo!]

No comments: