Monday, February 13, 2012

[TIADA TAJUK LAGI!]



* * * * * 


Berselisih bahu bertemu bahu. Bertelagah anak mata menyembur bara. Tapi hanya bibirnya sahaja yang dicebik-cebik geram. Lalu dia pun berlalu pergi tanpa menoleh kepada bahuku yang kian jatuh. Terdampar di atas lantai. Menarik lelah dan segera mencapai tangan si pari-pari.

Bahu itu
celaka lagi. Tadi di kafeteria, dia terlanggar bahuku. Lalu tertumpah jua air ditangan. Habis terpalit ke beg LV nya. Dia meradang. Tapi tak sepatah pun dia hamburkan. Yang dia tahu, cepat-cepat sahaja dia pergi membawa gelodak dimatanya.

Kepala ini sudah berat. Namun tugasan ini lagi berat. Sewaktu di library pagi tadi, hampir terlelap otak ini dek bayu ekondiksi. Cepat-cepat aku bangun mengambil spek setebal cermin sisi kereta dan pergi ke rak pisaikologi. Dan lagi sekali bahu ini jahanam celakanya. Mana aku perasan akan tangga pendek itu. Orang tua-tua selalu membebel, “jikalau membelok, pakai signal!”. Dan inilah ajalnya. Tangga itu elok melayang meniarap ke lantai dan yang di atasnya bersepuk mencium permukaan lembut permaidani dari Pakistan itu. Berbonjolan dahi dia. Aku jadi terpaku. Bukan sekali. Tapi banyak kali dan kali kali kali dah.

Dia bangun sendiri. Menempelak aku dengan buku tebal. Dibalingnya aku dengan air tin Mountain Dew yang tinggal separuh itu. Separuh pun, banjir juga seluarku bertempias. Merah mukanya. Agaknya membara dalamannya. Dia masam mencuka. Lalu pergi menyepak kakiku dan mengangkat setinggi-tinggi jari tengahnya. Dia berlalu. Berlalu, dan begitu sahaja. Aku jua yang terpaku. Terkunci segala bicara.

Aku bangkit lantas mengibas baju kemejaku. Terasa lapar, bukan kepalang lagi. Sudah menghampiri jam 4 petang. Makan tengahari pun belum tertunai. Hari ini mahu sahaja kuubah selera memilih tempat makan. Sekali sekala mahu makan yang sedap-sedap juga. Takkan sepanjang masa memanaskan buntut di food court kan? Dah lama aku mengidam makan chicken chop. Dah lama juga aku tak ke Kopitiam D’corner. Tapi aku mana minum kopi. Chicken chop plus milo ais, jadilah. Asalkan masuk isi, bukan masuk angin, sudah.

20 minit jugalah nak siap order aku tadi. Kopitiamlah katakan. Pelanggan tak ramai mana pun. Mungkin sebab dah petang. Kalau ada pun, takat ber-hi-tea je ni. Menunggu memang perkara paling celaka sekalikan dalam hidup selain kena main tikam belakang. Aku rasa bagai diperhatikan. Mungkin manusia pelahap, tahap diperhatikan amat tinggi. Tapi kali ini diperhatikan terus menerus dan setajam-tajam penglihatan. Malah jari telunjuknya diarahkan begitu tepat kepada batang hidung ini.

Gayanya ku kenal. Rasa seperti sedah beberapa kali bertemu. Namun separuh wajahnya terlindung dibalik bayangan manusia berjantina lelaki berbadan tegap. Lantas tanpa semena-menanya lelaki tadi bangun dan berjalan menuju ke arah meja ku. Barulah terlihat potret bagaimana wajahnya yang menuding-nuding jari kepadaku tadi. Sah! Memang sah. Dialah yang aku terlanggar sewaktu di library tadi. Dialah yang melemparkan tin air Mountain dew dia sampai seluarku lenjun sedikit. Dan yang paling penting sekali, dialah yang terlanggar ataupun istillah yang lebih tepat, melanggar aku tadi sehingga aku terjelupuk di puluhan pasang mata sewaktu di kafeteria baru sahaja tadi. Tak guna!

Tanpa aku sedari, lelaki bertubuh tegap tadi sudah berada di sisiku dan terus mencarut sambil memegang garfu,

“Lu jangan kacau awek gua, budak. Kalau tak nahas lu gua korekkan lubang berak lu pakai pakai garfu ni!” bentaknya lalu pergi.

Cis, tersengih je awek bertudung tadi. Apa, ingat aku gentar sangat? Setakat main ugut-ugut pakai garfu, hantu mak limah pun boleh buat. Getus dalam hati. Tak terlepas langsung pada bicara. Bukan takut, bukan gentar, cuma malas nak membuang nafsu selera pada chicken chop ni. Aku tersengih dan pantas-pantas aku suruh waiter tu tapau makanan aku. Mana tak nya, baru dua tiga potong aku telan. Takkan nak biar macam tu je. Kalau ye pun takut, opss, malas nak bergaduh, rezeki jangan dibuang. Ye dak?

Langkah dipantas-pantaskan selaju daya. Memandangkan langit cepat sahaja berarak mendung, kalau berlenggang, mahu basah lencun bermandi hujan. Dah lah baru tadi direjam si brader garfu, takkan nak kena rejam dengan si air hujan pulakkan. Nahas! Awek bertudung tadi memang celaka. Tak apa, esok-esok kita jumpa, kita repeat semula. Memang malang nasib aku harini. Belum sempat sampai rumah, hujan dah terkencing. Kantungnya bocor gamaknya. Separa basah diri ini. Nasib baik sempat berteduh di bus stop ni. Cis, hari yang malang! Lama aku tunggu. Ni mesti awek tadi punya pasal! 

Hari ini memang palat, tapi esok masih ada. Huh, mengeluhku dalam sendirian. Kau tunggu!


* * * * *

No comments: