Friday, June 15, 2012

.CELAKA Kota Raya !






* * * * *


Kelam. 
Tapi tak pernah luput, reput mahupun semput menjemput
mahupun menjengah. Ditinggalkan, dibiarkan di tengah kota nan
gagah yang kian termengah yang hanya berpaksi pada batu kerikil
yang megah. Dulu terukir tegak, kini
menyenget tak semena-mena.
Dari peraturan ke tiga, mata melirik tajam hujung sisi pena yang
berasmara berduaan. Rancak, diikuti paluan dubstep yang tak
pernah keruan menjatuhkan adrenalin yang terjalin sampai ke
pembuluh saraf. Aku syak taraf DJ itu berevolusi dari DJ Dave dan
sampai sekarang muncul-muncul di kelab malam yang tak pernah
kelam walau dalam-dalamnya tak pernah terang-benderang. Minda
naik belang, mulut jatuh tembelang dan dengan hanya secawan kopi
‘o ais limau bikarbonat, ia hilang. Lesap dalam ruang
stereoskopik bebola mata dengan wang yang ringgit-ringgit sekali
dengan kad pengenalan ia telan dan jalan. Jadi, roti canai yang
kau lahap separuh ini siapa mahu bayar? 
Ah, celaka kota raya! 


* * * * *