Tuesday, June 5, 2012

.S O L I T A I R E !





* * * * *



Aku tersedar dari mimpi
Dan ghindu itu terus melemaskanku
Membiarkan mati itu tujuan
Membuat rasa itu pedih luka-luka


Dia itu
diam-diam sahaja. Senyum pun terkadang-kadang. Mahu segan mati tak mahu. Hanya membatu keras pada satu. Disilau matanya tiada siapa yang tahu. Cuma dibibirnya sahaja masam mencuka bergundah gulana. Entah apa ada dalamnya. Fikiran dikunci, dikurung, digari kemas dari terlepas. Jadi, lumrah tiada siapa disisinya. Dia begitu bukan begini.


Sudah seharian sepi. Tanpa suara, jauh sekali bicara. Aku jadi tunggul. Bisu dan memerhati. Kenapa dan mengapa, begitu dan begini. Dia sepi, aku sepi-senyap dalam ruang udara yang sama. Atmosfera ini sungguh janggal. Ganjil untuk berada pada saat ini. Bagai dalam vakum yang telah selamat dicernakan buaya.


Sepi
Sepi-sepi
Sepi-sepi-sepi
Sepi-pi-pi-pi-pi-pi


Akhirnya dia bangun. Tegak-segak mendada ke udara. Spektakular Men in Black-nya disisip rapi pada kerangka hidung. Sudah biasa maka sudah sebati. Pintu elarti ternganga luas. Dia hilang ditelan gedabak manusia. Tinggal aku, dan kini benar-benar sepi. Tinggal aku, tinggal sepi, dan tinggal sekeping tag nama. Jo, nama dia Jo. Ya, namanya Jo, lengkap seperti dalam IC. Entah kenapa aku tidak cuba mendapatkan bahunya tadi. Mungkin inilah balasannya untuk orang yang sepi macam kau. Senyum sendiri, rasa sendiri, ketawa berdekah-dekah.


Elarti ini gerabak yang terakhir untuk ke Ampang. Entah berapa juta saat aku membatu di stesyen Pudu ini. Mungkin cukup untuk merasa aroma Catherine Zeta-Jones suatu ketika dulu. Gerabak terakhir. Tiada siapa. Sunyi. Hanya ada aku, ah moi bodyshop, nigger dengan Ipad dan pakcik tua berpangkat Kolonel Kepci. Yang turun di Ampang hanya aku dan juta-juta manusia halimunan.


“Hey Lisa, je pense que vous aves mon nom de balise, pas vrai?”


Dia, si bisu yang sepi tadi. 
Akhirnya menyapa entah kenapa dan mengapa.



* * * * *