Thursday, August 30, 2012

.Siapa DIA?








* * * * *



Siapa dia? Siapa dia? Ada dia kerana yang pertama atau yang bukan siapa-siapa? Jadi, siapa dia. Pernah suatu mimpi, siapa dia, ya siapa dia, datang menapak dan senyum lalu pergi. Pernah suatu mimpi juga, siapa dia, datang dan terus jadi
kaku. Pernah dalam mimpi juga, terjadinya aku tersentuhnya, siapa dia, lalu hancur berkecai menikam-nikam tanah dunia. Maaf, lagu ini mungkin bukan untuk dia, untuk siapa dia? Lagu ini untuk segala-galanya yang sepatut aku jadi. Segala-galanya yang tak patut aku maafkan kerana tiada luka di antara yang jadi dijalanan kisahku. Jadi tiada apa-apa untuk dia, untuk siapa dia. Bila aku berkata, udara ini halus, nipis, kempis, tapi isinya buat aku terus ada. Buat terus aku terasa mainan segenap pancaroba duniawi. Kadang-kadang aku terfikir, untuk apa dan mengapa, tak ada satu pun yang sanggup berhenti, walau seketika, dan beri aku satu lagi peluang untuk terus berada diruang selamat. Mungkin sebab tiada apa-apa. Jadi, siapa dia? Aku tak rasa dia berani untuk berhenti kerana aku tahu dia hanya melaluinya sahaja. Melaluinya dengan senyum. Dengan senyum yang entah kenapa sukar dipadamkan lagi, walau lagi dan lagi dan lagi. Maaf untuk segala-galanya. 




* * * * *