Tuesday, August 7, 2012

[VAGABOND 3] : La Tahzan !







* * * * *




Takdir? 
- Aku bukanlah manusia yang aku sanjung kalau-kalau aku tidak pernah menerima takdir.


Rasional?
- Aku bukanlah manusia yang aku rasa rasional. Namun aku percaya pada takdir. Kukuh!


Sesal? 
- Aku bukanlah manusia yang
aku rasa sesal dengan apa yang telah dijalani; Kerana aku tahu, ia sudah bawa aku sejauh ini dan di mana kininya aku berpijak. Nyata!


Harapan? 
- Aku bukanlah manusia jikalau tidak punya sebarang harapan. Palsu jikalau tidak. Jadi harapannya semoga baik-baik saja.


Hidup? 
- Hidup untuk makan TITIK Aku juga manusia, bukan?


Ubah? 
- Tiada apa yang perlu diubah. Kerana aku takut, nanti-nanti aku tidak pernah sempat mengenali yang sekarang.


Perasaan? 
- La Tahzan! ;)



3.41 pagi selasa ogos 7, 2012. 
Kelam. Semua sedang enak bermimpi menanti sahur. Cik Epal awal-awal lagi sudah berdengkur. Bingit. Jadi, bukan salah aku serkup muka dia dengan pengelap kaki jamban! Kini tinggal aku yang berlari keluar dari dengkuran dengan bantal dan nyamuk-nyamuk yang kian berbintat-bintat mengisi kekosongan rongga kulit.




* * * * *