Tuesday, December 18, 2012

M.E.M.O - My Best Friends is . . .






Antara mahu atau tak, antara segan atau malu, tiba-tiba muncul Mr.Coolness dalam diri. Petang tu aku call
aLi. Masih lagi musykil dengan baki 2 hari setengahnya. Akhirnya kami jumpa lewat petang tu juga.

“Nanti jumpa aku kat ECM. Kau lambat aku rembat kau!” tegasnya seperti biasa.

Seluar jeans pendek dan t-shirt Lynyrd Skynyrd. Aku nak cepat. Malas nak fikir pakai apa. Tapi dah memang itu rutin pakaian aku hari-harian. Dicapai RayBan yang tersangkut di tepi tingkap. Dibiar ia bercumbuan selesa di batang hidungku. Kini muncul suara Freddie Mercury menerjah ke gegendang telinga. Ya, too much love will kill you!

15 minit awal. Tak pernah aku awal macam ni. Entah. Separuh air tin 100 Plus diteguk dan dah 15 belas muka surat Langit Vanilla aku selak. Baru nampak bayang si aLi ni. Muka nampak sangat baru bangun tidur. Bekas air liur basi pun dah bertapak lumat. Nanti kau, lumat aku kerjakan.

“Jom…” sepatah dari celah-celah kerongkongnya.

Aku hanya mengekorinya . Entah ke mana. Entah. Dia masuk Carefour, aku masuk Carefour, dia pandang atas, aku pandang atas, dia jalan ke kiri, aku jalan ke kiri. Tapi tah macam mana aku boleh hilang dia. Jadi aku keluar. Tunggunya diluar saja. 10 minit kemudian baru dia muncul ke kaunter pembayaran. Keluar hanya untuk membeli se tin air soda water.

“Kau beli soda water je? Kau pernah rasa kene cepuk dengan aku?!” kataku acuh tak bancuh, dah panas jangan disiram lagi.

Dia senyum. Ketawa sambil tunjuk gigi. Nasib baik tak disiram aku dengan soda water tu.

“Kau memang suka kan minum benda alah tu kan?” soalku. Bukannya aku tak pernah rasa air tu. Pernah. Tapi tah kenapa cukuplah sekali tu.

“Kau tu, tak habis-habis dengan buku ilmu hitam celah kocek kau.” Balasnya sambil seteguk lagi soda water menziarahi kerongkongnya.

Dia ajak aku masuk kedai video. Aku ngushar-ngushar DVD. Dia pergi kat rak best buy. Lama dia kat situ. Sampai habis satu kedai aku pusing.

“Kau taknak angkat satu ke? Kalau beli 2, free satu.” katanya.

 Lama aku tengok rak tu. Cari yang mana berkenan. Akhirnya dia yang ketuk kepala aku. Lama sangat fikir. Tah fikir tah termenung bebelnya. Macam kena rasuk. Aku tak tahu nak rembat yang mana satu.

“ Aku ambil ni dengan ni. Kau?” terangnya sambil menunjukkan audio cd Living Things dari Linkin Park dan sebuah album dari The Beatles, Yellow Submarine.  Aku rasa aku ada satu tu dulu.

“Nah…” hulurku random.

“Kate Nash? Aku tak tau kau suka British muzik juga.” sengihnya lalu berlalu ke kaunter.

“Aku suka lagu The Nicest Thing dia.” Katanya sambil menghulur cd Kate Nash aku. Dia belanja, aku sebat jelah. Bukan selalu kan.

“Kalau kau dengar lagu Mariella dia, mungkin kau akan jadi tak terlalu sentimental sangat dengan The Nicest Thing tu.” Ujarku perlahan.

Kami sampai depan GSC. Entah. Yang aku tahu, aku dah sampai depan tu. Ramai orang. Jadi kalau nak jalan kena celah mencelah. Dia pegang bahuku dari belakang. Dia paksa aku jalan ke depan sampailah ke barisan beli tiket. Bila dia dah berhenti menolak aku ke depan, aku menoleh ke belakang. Dia sengih sampai nampak giginya.

“Kau taknak belanja aku tengok wayang ke?” katanya.

“Life of Pi?” soalku.

“Memang aku nak tengok yang tu pun. Tinggal tunggu kau belanja je.” Sengihnya kerang lagi.

“Kau tunggu sini. Aku pergi beli.” Jawabku. Faham sangat dengan sengih kerangnya tu.

“Lambat gila! Kau ingat kaki aku ni kukuh sangat ke?” rungutnya mencebik.

“Nah…” hulurku. Lama dia belek tiket wayang tu. Sampai nak terbeliak matanya.

“Kau beli twin seat?!” soalnya janggal.

“Kau ingat 3D tu murah? Nasib twin seat tu murah sikit.”

“Dah, jangan banyak songeh. Kau nak beli apa-apa tak?” soalku lagi.

Dia menggeleng. Jadi kami terus masuk panggung. Dari dulu lagi, bagi aku kalau makan dalam panggung, tu dah menunjukkan yang filem tu bosan. Bagi aku, untuk elak mengantuk dalam panggung, maka makan popkonlah jawabnya. Dia senyap dari luar tadi. Tah apa dia fikir.

Satu jam setengah. Aku rasa macam tengok satu benda yang kosong. Sama rasa macam aku tengok Tom Hanks dalam Castaway. Kosong. Macam tak hidup langsung. Tak tahulah. Mungkin aku kurang jiwa. Entah. aLi, dia ada cakap, dia nak jadi macam Bengal Tiger tu masa dah separuh jalan cerita. Aku senyapkan aja. Aku keluar macam baru kena sambar petir. Bingung yang tah apa-apa. Mungkin dia perasan. Aku dah macam nak balik je. Balik dan tidur.

“Aku nak karok satu lagu, lepas tu kita chow. Okay?” pintanya sebaik keluar dari GSC.

Satu lagu je. Aku ia kan. Aku follow dia dari belakang sampailah dalanm  bilik karaoke jamban tu. Satu lagu je ulang janjinya. Dia tekan-tekan butang yang ada di menu skrin tu. Aku hanya termenung. Termenung entah. Dia taip nama Jessie J. aku ingat kalau dia nak melalak lagu Price Tag, aku nak cepatcepat blah keluar. Bunyi gitar akustik masuk. Jadi aku senyap. Ni bukan Price Tag. Jadi aku membuntut sampai senyap kat situ.

Habis satu lagu. Dia blah pergi toilet. 15 minit, setengah jam, 40 minit, satu jam dan satu mesej masuk tatkala aku masih menunggu si aLi ni dari ke toilet. Tak keluar-keluar. Berak batu ke apa agaknya.

“Selamat malam…” pendek mesej aLi aku baca.

Cis, apa lancaulah dia ni! Aku balik sendiri. Sepi dan hampa. Tapi dah biasa. Sebabtu gagah untuk berjalan sendirian. Petikan dari 

Luna Gugur Ke Riba dari Langit Vanilla Wani Ardy,

“…mengejar bukan mesti sempat, mengharap bukan mesti dapat…”
Selepas tu aku dah tak dengar apa-apa berita dari aLi. Senyap, sepi dan terus ghaib. Semua jadi mati. Seminggu, sebulan selepas tu baru aku jumpa satu memo dari aLi dalam cd Kate Nash, My Best is You. Baru aku tersedar. Terutama tentang memo tu dan tajuk album tu.


“Don't lose who you are in the blur of the stars!Seeing is deceiving, dreaming is believing,It's okay not to be okay.Sometimes it's hard to follow your heart.Tears don't mean you're losing, everybody's bruising,Just be true to who you are!” – Jessie J (My best friends is, aLi, Allyana)