Wednesday, December 12, 2012

.M.E.M.O - Nasihati Aku!









aLi. Entah kenapa sekian lama baru nak terserempak, kembali? Tak, tak kembali. Kami melepak di Cool Blog. Itu pun selepas
dia yang beriya-iya mempelawa aku.

“It’s my treat..” katanya.

 Jadi aku pesan kepadanya Volcano Milk Tea. 5 minit aku termanggu kosong melihat wajah Heliza Helmi. Kosong. Lalu aLi datang dengan tangan kanannya berpegang minumanku. Aku perasan akan kehadiran black pearl dalam minuman tu. Tapi takku sangka, dia minta begitu banyak black pearl untuk minumanku. Mungkin dia masih ingat akan seperkara dahulu. Seperkara yang bagi aku, biasa-biasa sahaja. Tapi kita tak tahu. Hati orang, apa yang kita rasa tak semestinya mereka rasa. Lumrah. Dia tak macam dahulu. Dia sudah tak kelam kabut. Dia nampak lebih tenang dengan dog tag (army tag) -nya  dileher dan kaca matanya yang aku dah sedia maklum bahawa dia bukannya orang yang suka berkaca mata. Tapi jujur, dia nampak seribu kali tenang dari ibu jari kakiku. Lalu dia membuka beg galasnya dan mengeluarkan iPad-nya dan membuka satu foto melaluinya. Satu-satunya yang aku pasti itu adalah iPad adalah kerana itulah iPad yang telah aku halalkan kepadanya dahulu. Aku merasa bertuah, kerana aku sempat menghalalkan iPad itu kepadanya. Lihatlah, ia masih lagi seperti dahulu. Bayangkan jikalau aku mengharamkannya, mungkin sudah tak bernyawa lagi iPad itu.

 “Barang haram, tak kekal lama…” aku ingat lagi pesan guruku.

 Mungkin itulah satu-satunya pesannya yang aku masih ikut. Sekadar mungkin. Aku tak terkejut melihat pada foto yang aLi cuba tunjukkan. Kerana aku tahu dan yakin, itu wajahnya dalam foto itu. Wajahnya yang menyembam tertiarap menjilat tar lebuh dengan tah berapa gelen air hujan berwarna merah pekat memercik seluas alam.

“Itu aku...” katanya.

 Sudah sedia maklum, aku mengangguk sambil terpejam mata. Ia satu reflek yang tak diduga. Tapi tak mengapa, ia buat semua orang lega. Jujur, aku tak tahu menahu pasal kejadian yang cuba dia sampaikan melalui sekeping foto itu. Sejurus selepas aku menghalalkan iPad aku kepadanya dahulu, terus aku pergi jauh-jauh tanpa sedikit pun rasa hati untuk kembali menoleh kebelakang. Aku tak punya rasa itu. Yang aku punya hanyalah sebuah rasa ketika itu untuk tidak tahu menahu lagi mengenai itu. Aku sudah tewas jadi aku perlu menang. Sebab itu aku terus pergi jauh-jauh.

 “Selepas kau halalkan iPad ni, aku pun pergi macam mana kau pergi tanpa menoleh lagi kebelakang. Tapi aku ingat, aku sempat hulur pada belakang kau jari hantu aku. Aku geram…” luahnya dengan sebuah ketenangan yang aku sendiri tak mampu memadam pancarannya.

 “Selang 5 blok dari tempat penghalalan kau, aku nampak kau berjalan laju sambil menahan sebuah teksi. Kau naik dan aku cuba panggil kau. Tapi aku tak bersuara. Hanya sekadar memanggil sunyi. Aku cuba kejar kau, tapi…”

dia terhenti dan secara tak semana aku menyambung,
“Tapi aku dah pergi kan? Aku tak mahu melihat duka. Aku tahu, kau pun tak mahu, kan? Jadi lebih baik begitu. Mudah.”

 “Mudah bagi kau. Sukar bagiku…” jawabnya sunyi.

“Aku nampak motor, tak jauh dari aku. Motor yang ditinggalkan oleh seorang ayah yang membawa anaknya masuk ke kedai. Aku curi motor dia sebab nak kejar kau. Tapi bila sampai roundabout depan tasik tu…”

Bla bla bla…aku dah tak ingat apa yang dia cakap waktu tu. Sebab aku nampak satu banner ni, warna hijau dengan anak panah warna kuning dengan tertulis perkataan “SURAU”. Aku lihat bangunan itu. Aku pernah pergi situ. Dulu. Dulu pergi situ sebab nak layan karaoke pukul 2-3 pagi. Sekarang dah ada surau kat atas pusat karaoke tu. Aku hanya fikir logik orang. Apa agaknya orang fikir kalau nampak semua wanita yang muslimah menuju ke sana. Mungkin mereka berhak untuk berfikir mereka juga galak berkaraoke. Tapi tah, aku fikir positif saja. Mungkin mereka bersolat. Sekurang-kurangnya mereka tak macam aku. Goyah.

aLi bercerita dan aku mengelamun. Mungkin sebab aku dah tahu apa yang terjadi selepasnya. Aku teka. Tapi aku rasa aku berhak meneka kerana dia awal-awal lagi dah bagi petunjuk kepadaku ke mana  hala tuju bualan ni. Jujur, aku tak tahu pun mengenai apa yang berlaku dalam fotonya itu sehinggalah tadi. Aku tak tahu. Entah. Aku sering tak tahu kenapa aku tak melakukan perkara-perkara yang aku rasakan perlu dilakukan. Cuma yang aku tahu dan mengerti, pada setiap perkara yang aku lakukan, ia membawa aku ke sini. Ke sini, kepada aLi. Ya, namanya dieja begitu, aLi. Dan aku suka ianya dieja begitu. Jujur.

“Jadi macam mana kau boleh sampai ke sini?” soalku random. Terlalu random sampai aku boleh rasakan bulu romaku tercabut satu persatu dari kulit.

Dia tersenyum sambil berkata,
“Kau memang tak dengarkan apa yang aku ceritakan tadi?”

“Seriously, I'm buying my life. Didn't you know it? I'm buying for more one and a half day.” ujarnya lagi dengan senyum semanis Cool Blog-nya.

 Dia menghulurkan tangannya lalu pergi melangkah masuk ke dalam pintu kaca itu dengan tulisan di dibelakang bajunya yang tertulis "Colour my life with chaos & trouble" dari band Belle & Sebatian (-The boy with the arab strap song) sampai lenyap dari segenap sudut pandanganku dengan meninggalkan sekeping memo di dalam genggaman tanganku.



“Everyday, hoping is my second medicine and another great best friend beside you and remembering your words, ‘Wassini’ for a better life. Thanks.” – Allyana.