Saturday, January 26, 2013

JUVANA : Sebuah Filem Yang Longgar & Kurang Sengat!







Filem ini bukanlah satu kegagalan
bagi aku, namun kurang sengat. Plot drama ceritanya ada namun kurang digarap. Ia seakan memperlihatkan banyak ruang-ruang kosong yang masih boleh diperbaiki. Aku tertarik dengan watak Tuan Ali yang dibawa oleh Adlin Aman Ramlie. Wataknya diperkenalkan dengan baik dan berkesan. Begitu juga dengan seorang lagi watak baru yang cuba dihidupkan oleh pengarah, Faisal Ishak, iaitu Lan Todak (Sharnaaz Ahmad). Kedua watak ini diperkenalkan dengan menarik. Perwatakan kedua-dua watak baru ini punya satu aura karakteristik yang sangat kuat. Namun tah mana silapnya, dipertengahan cerita aku rasa kedua-dua watak baru ini gagal memberi impak. Aku lebih suka jikalau kedua-dua watak ini diberi lebih penekanan untuk memberi daya penarik kepada filem ini untuk lebih menghidupkan cerita. Jujur, sewaktu menyaksikan filem ini, aku rasakan umpama melihat sesuatu yang kosong walaupun punya beberapa babak pengajaran yang baik. Mungkin perkembangan karekter itu terlalu minima bagi aku. Seolah-olah satu kepuasan itu ada namun terbantut.

 Mengenai peleraian filem, aku berfikiran seolah-olah filem ini mahu cepat dihabiskan. Aksi pertempuran dan huru hara yang cuba ditunjangi Lan Todak juga dilihat langsung tak memberi kesan. Aksi yang minima, terrlalu minima. Apabaila aku melihat Lan Todak mula memberontak membikin huru hara, maka aku rasa ia pasti akan jadi hebat. Namun sekali lagi aku dihampakan. Bahagian babak pergaduhan diakhir filem juga dilihat satu lagi babak yang mengecewakan. Ia gagal menaikkan adrenalin aku untuk melihat satu aksi pergaduhan yang bagus. Mungkin bagi pandangan aku, jika bahagian akhir pergaduhan itu ada melibatkan watak Tuan Ali, Botak, Daim dan Lan Todak sendiri, ia pasti akan jadi menarik. Bagi aku, watak-watak mereka ini mempunyai kekuatan karekter yang cukup berkesan untuk memberi kepuasan menonton.

Penutup yang lemah dan perkembangan karekter di dalam filem ini yang lambat dalah punca kenapa aku klasifikasikan filem ini sebagai 'kurang sengat'. Begitu juga dengan perkembangan ceritanya yang aku lihat cuba digarap dengan berkesan, namun masih lagi seakan-akan tak punya apa-apa perkaitan.

Kesimpulannya, aku ucapkan tahniah kepada tuan pengarah, Faisal Ishak, dan kru produksi yang cuba mengenengahkan isu realiti kehidupan samaada sebagai seorang pesalah juvana atau bekas pesalah juvana meskipun aku rasa kurang puas menonton filem ini.



P/S : Aku cuma pemerhati biasa. Maaf jika adanya cacat cela yang aku utarakan tanpa sedar. Cuma realitinya aku rasa KURANG PUAS!!! hehe~

*sedikit kecewa kerana aku mengharapkan sesuatu yang berlainan dari filem ini...Anda mungkin perasan idiom ini didalam filem ini~ ;) 


"It's no use crying over spilt milk."