Monday, January 14, 2013

[Vagabond 4] Lip-ass (Ketika birahi yang juara)








Kau takut untuk menempuh esok dalam gelita?
 Mungkin ya, aku rasa.
Lepas maghrib tadi ketika aku tengah syok layan game Ride-to-Hell dekat handphone Cik Epal, tiba-tiba lampu bilik aku mati. Aku jadi terkedu. Tapi cool lagi sebab 5 saat kemudian, lampu hidup balik. Jadi aku terus sambung main. Buat new record. Ni kalau Cik Epal tahu ni, mesti semalaman dia bebel. Dahlah aku main ambil je phone dia ni. Tapi bukan salah aku. Siapa suruh main tinggal je handphone sendiri dalam bilik aku. Petang tadi Cik Epal balik awal. Dalam pukul 6.30 petang rasanya. Entahlah. Aku pun tak tahu. Sebab petang tadi aku sibuk ngushar amoi main badminton kat dewan sana. Kalau ikut tahap peng-ngushar-an petang tadi, ada dah seorang amoi yang aku dah boleh bawa balik. Tapi rasa gerun pula ada. Tengok dia main badminton tadi, ganas gila skill dia. Meremang bulu ketiak aku tengok mata dia yang sesekali pandang tajam je kearah aku. Mula-mula aku rasa macam syok. Tapi bila dah lama-lama naik seram sampai nak terkucil sebab aku tak tahu nak buat apa masa tu dengan renungan tajam dia. Dan ketika itu, nasib baiklah Cik Epal selamatkan aku yang dah macam nak mati lemas je. Dia call aku dan mula bising-bising tanya aku kat mana sebab dia nak pakai toilet aku. Katanya shower  dalam toilet bilik dia dah sampai masa untuk kena pancung. Cepat-cepat aku kata ya, boleh. Kalau aku kata tak, bayangkan jelah aku tanpa sebelah telinga bila bangun esok pagi. Ngeri!


Aku cabut awal dari dewan tu lepas terima call dari Cik Epal terutama bila aku dapat pandangan yang makin semacam je dari amoi tadi. Baik cabut sebelum kena hentak dengan raket kayu dia. Sangat tradisonal orangnya, cis! Masa aku masuk bilik, aku dengar yang Cik Epal tengah melalak macam ayam serama nyanyi lagu Rossa. Ah, pedih telinga; Sial sahaja yang tahu! Aku terus baring kat tilam. Bilik aku tak ada katil sebab aku gayat. Ya, gayat; Bukan mayat, bodoh! Bila dah bosan, aku capai handphone kat atas meja jepun bilik aku. Aku buka menu games, dan ketika itu baru aku tersedar yang itu adalah handphone Cik Epal. Aku tersangat-sangat pasti masa tu sebab dalam handphone tu ada satu game je. Itu pun game yang aku curi-curi download dulu masa aku curi-curi pakai handphone dia. Cik Epal ni pantang kalau orang usik barang-barang dia. Terutama benda-benda yang peribadi dan sentimental seperti barang dia yang ada kat genggaman aku sekarang ni. Tapi aku tak rasa sebersalah pun masa tu. Yalah, aku bukannya nak buka menu mesej atau email dia pun, sebabnya aku tahu, siapalah yang nak mesej si gorilla ketot ni. Kalau ada pun, confirm akan jadi bengong-bengong kuda lepas dengar Cik Epal bebel dengan kepakaran double-PhD nya. Kelas kau, Cik Epal! Patutlah kat facebook dia, dia letak status sebagai ‘Anak-dara-sunti’ walaupun kat dalam resume kerja dia letak status, ‘Janda-double-PhD’. Tengah syok kutuk-kata dia dalam hati, Cik Epal pun keluar dari toilet dengan towel ikat paras pinggang dengan bahagian atasnya meriah dihiasi pertumbuhan azali tanpa dia sedar yang aku dah balik dan sedang melopong tanpa kerdip melihat drama swasta-terhad tanpa berbayar yang baru saja nak bermula. Tapi aku dapat tengok dia dari belakang je. Sebab lepas dia keluar dari toilet bilik aku, lama dia berhenti dan berdiri tercegat macam patung. Dan lepas tu, faham-fahamlah situasinya. Dia baling aku dengan kerusi sambil dia cuba menutup apa yang tak tertutup sebelum dia lari keluar dari bilik aku dalam keadaan terjerit terlolong macam kena sampuk polong. Benjol tak bejol, sakit tak sakit jugalah sebab aku tak sempat elak pon kerusi tu. Aku masih dalam keadaan tergamam lagi kot dengan drama swasta-terhad tanpa berbayar tadi. Aku bangun dan terus letak balik kerusi kat tempat yang sepatutnya dan tutup pintu bilik. Sebelum sempat pintu bilik aku tertutup, aku dengar dia menjerit,


“Enjoy your last-blast day on earth, pig!”


Aku sambung main game. Boleh tahan juga Cik Epal punya high scores aku nak kena beat kalau nak set new record. Ceh, dulu dok bising-bising kat aku yang handphone dia bukan untuk main game! Aku main sampai tertidur. Orang kata, kalau tidur masa maghrib ni, boleh jadi gila. Masa aku bangun pun aku dah rasa sedikit sebanyak simptom-simptom gila tu. Lama aku terbaring menghadap lampu yang kejap-kejap hidup, bagai hidup tak semahu mati dah tentu.  Ah, kena pergi beli lampu barulah jawabnya! Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Lena sungguh. Perut pun boleh tahan lapar. Tapi bila pergi meja makan, apa pun tarak! Memang dua ekor anak dara dalam rumah ni tak boleh buat binilah, masak pun pakai mimpi agaknya. Cik Epal tengah asyik layan HBO.


“Dah makan ke?” aku tanya dia.

“Nope.”

“Kenapa?”

” There are cockroaches back there.” Sambil muncungnya dengan mata yang tajam gila layan tv.


Aku pun berlalu pergi ke dapur. Buka fridge tengok apa yang boleh digoreng-goreng. Kebuloq tahap gaban dah ni. Kang dengan lipas-lipas semua aku goreng sesedap sambal belacan. Lipas? Hmmm, perangai macam  gorilla-ketot pun takut dengan lipas. Apa-daaa! Tup! Cik Epal tiba-tiba ada dekat belakang aku dengan buku limanya yang dah selamat mendarat kat kepala hotak ni, cis! Aku dah cakap yang dia ni ada kuasa telepati. Dia buat muka lapar. Tapi aku buat tak peduli sambil lambai tangan kat dia supaya berambus. Tiba-tiba dia lompat atas belakang aku. Leher aku yang pendek dan gebu ni terus dicangkuk dengan tangannya sekuat hati. Bermulalah satu adegan meronta-ronta di bahagian dapur yang sekangkang kera tu. Akhirnya aku mengalah dengan membiarkan jelah Cik Epal dok menjerut badan aku sekuat hati. Aku pasrah kalau aku mati kat sini, tuhan.


“Im hungry and I no cook midnight like this. Hmmm, bury those cockroaches please?” Cik Epal main bisik manja kat aku. Terus hilang sawan.

“Masaklah sendiri. Kau tu dahlah berat macam gorilla.”

“I can cook like this!” sambil dia sengih-sengih manja lagi.


Aduh, tengah malam tu kami masak bersama. Cuma aku je yang naik penat sebab kena dukung Cik Epal ketot ni. Bukannya ada lipas pun nak main-main kat lantai tu. Lipas pun tahulah nak takut kat manusia. Dia enggan pijak lantai, jadi aku dukung dia sampai kami habis masak. Bayangkan, aku yang dok dukung dia, dan dia dok pegang senduk. Dan bila sesekali minyak meletup, tup-tup kena kat aku. Sakitnya si bangsat, hanya aku je yang reda, cis! Jadi, secara rasminya ‘dinner’ (supper) kami adalah pukul 2 pagi buta. Dan itu adalah satu-satunya aktiviti yang telah aku gariskan dalam buku panduan hidup ialah, jangan buat lagi! Sambil melantak kami layan movie Someday This Pain Will Be Useful For You. Sepanjang movie ni aku dan dia asyik nak terlentuk memanjang je tapi masing-masing cover baik punya taknak bagi kantoi tertidur. Sebelum aku masuk tidur aku pulangkan handphone Cik Epal. Tapi dia macam tak marah je. Jadi cepat-cepat aku masuk bilik sambil buat bunyi motor yang dalam game Ride-to-Hell tu. Dan seperti biasalah, 10 minit kemudian, dia jerit,


“How dare you clear my high scores! Fucking your bloody hell, shit!”


Haha. Baru ada rasa terbit puas hati aku. Sebenarnya aku tak dapat pun nak beat high scores dia. Gila mampus nak tinggi. Jadi aku buka high scores menu, aku clear-kan list name semua. Baru aku rasa ada cool. Sebelum aku betul-betul lelap, Cik Epal ada text aku. Aku buka mesej tu, keluar perkatan, “PIG!” besaq punya! Untuk terus nampak cool sebelum masuk tidur, aku pun reply,


“Never trust, just believe; Someday This Pain Will Be Useful For You. :P !”


ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZz~