Wednesday, October 5, 2011

.IBU Tetap TAHU ! ;)





Ibu,
betullah bu.
Hati ini akan rasa tawar,
kalau kita rasa hampa.

Ibu,
along tak mahu jodoh dari ibu.
Tapi along tunggu jodoh dari
ibu
kalau-kalau along ni jatuh miskin dengan rahmat cinta.

Ibu,
along tak tahu kenapa susah nak lafaz kata itu.
Tiap-tiap hari skodeng sidia.
Dan tiap-tiap hari juga along boleh rasa bahagia derita.

Ibu,
along tahu ibu faham dengan kepelikan anak ibu sorang ni.
Hari-hari ibu bagi nasihat.
“Jangan sampai merana anak!”

Ibu,
soal hati along kenapa semuanya pahit?
Tapi along rasa manis tersenyum bila menelan.

Ibu,
along rasa ibu saja yang dapat baca isi hati ini.
Isi hati anakmu yang punya penyakit KKS.
Kurang Kasih Sayang.

Ibu,
along tahu dan sedar along suka sidia.
Tapi kenapa along taknak cakap kat sidia?
Hari-hari bernanah dalam senyum.

Ibu,
along dah selalu tengok sidia berbanding ibu.
Along rindu ibu, tapi along sukakan sidia.
Tapi, tetap hanya ibu sorang je yang faham kenapa along jadi begini.

Ibu,
Along suka, sidia taknak ambil tahu.
Tapi ibu tetap tahu.

Along merana, sidia tetap taknak ambil peduli.
Tapi ibu tetap tahu.

Dan

Ibu je tahu
Along tak suka perkataan 
HAMPA ! 
;)


No comments: