Sunday, October 30, 2011

.NURUL ASYIKIN – SEBUAH NOVEL DARI ALOY PARADOKS !


 


Sebuah dokumentari kehidupan tentang orang yang ‘luar biasa’ di dalam kehidupan yang biasa-biasa magisnya sahaja ;)



Dimulakan dengan sebuah prolog bertajuk, “Hukum Karma : 1998”. Sebuah permulaan yang
boleh dianggap sebagai boom-bas-tik ! Aku boleh anggap-katakan sebagai sesuatu yang berjaya di dalam sebuah penulisan cereka dokumentari.


Nurul Asyikin – siapa dia? Kenapa dia? Bagaimana dia? Mengapa begitu? Dan kembali kepada ‘siapa dia’.


Kenapa terlalu awal untuk aku anggap ia sebagai ‘berjaya’? Ya, sebagai berjaya, sesebuah cereka memerlukan sebuah prolog. Kalau diikutkan di zaman Yunani kuno ada sepatah perkataan bernama ‘prologos’. Dan prologos ini ternyata jauh lebih penting daripada prolog di zaman moden kini kerana ia memberi penjelasan untuk aksi adegan pertama; Yang mana kebiasaanya ‘dewa’ akan muncul dipanggung kosong dan menjelaskan kejadian-kejadian yang akan mendahului cereka tersebut.


Kiranya mukadimah anda amat ‘burgermpak’ ! Tahniah.


Namun selepas itu di bab-bab yang seterusnya ia menjadi sedikit hambar. Namun ia berjaya diselamatkan sedikit demi sedikit dengan bibit-bibit perasaan cinta yang muncul. 


Aku suka bab 6 : Sekeping Kertas Bermaruah !


Sebuah kisah yang mendatar. Kalau difilemkan mungkin akan terus diletak di dalam satu ruang kotak bertulis, “SLOW” ! Dan kalau dibikin dengan jiwa, mungkin layarnya akan jadi sebuah filem yang depressi agungnya ;)


Bagi pembaca yang mengenali penulis novel ini, mungkin akan membacanya sebagai karya agung sebuah perjalanan figura anak pentas. Tapi bagaimana kepada para pembaca yang langsung tidak mengenali penulis ini? Mungkin ia pasti akan menjadi sebuah novel yang hambar bagi mereka. Namun persoalannya amat hebat, “Kenapa Nurul Asyikin?” , “Siapa Nurul Asyikin?”. Dan kerana persoalan inilah yang akan terus membuatkan jumlah penjualan novel ini makin dan terus meningkat (kalau kena pada pemasarannya!)


Okaylah, aku tak reti nak review-ulas-ulasan panjang-panjang lebar mengenai perjalanan kehidupan seseorang. Bagi aku, kalau kita jujur, orang akan tersentuh dan orang akan lebih menghargai; Kerana apa yang kita ada (lalui) adalah yang terbaik untuk diri kita ! ;)


Terlalu kejam untuk aku rate novel ni sebagai 3 bintang. Jadi aku rate novel ni sebagai 3.5 bintang ! ;)

(P/S : tapi anda yang lain, please rate-nya sebagai 4 bintang! ;)


Aloy Paradoks pesan kat gua melalui signature-nya kat novel Nurul Asyikin,

“Buat apa lu nak buat!”

Dan aku yakin dia dah buat apa yang dia nak buat dan dia akan terus sentiasa hidup untuk buat apa yang dia nak buat ! Semoga berjaya Encik Nurul Asyikin ! ;)





* * * * *

[P/S : Aku berhasil untuk mendapatkan dua buah novel di Pekan Frinjan 24 (walaupun agak sedikit lewat). Yang pertama adalah novel Nurul Asyikin (Aloy Paradoks) dan keduanya ialah, Awek Chuck Taylor (Nami Cob Nobbler). Dan kini aku sudah habis menjamah novel Nurul Asyikin ini. Tentang Awek Chuck Taylor itu, aku terlalu excited untuk mula membaca kerana permulaannya sahaja sudah cukup mencengkam. Mungkin konsep blovel saudara Nami sangat simple, ringan dan padat serta sesuai untuk masa generasi kini. (Tak mustahil kalau aku bagi rate 4 atau 4.5 bintang kepada Awek Chuck Taylor ni ! :P hehe. Sebenarnya baru je baca bab 1 dan 2 dah rasa macam best. Macam jelah. Kita tungguuuuuuuuu ! ]

No comments: