Sunday, April 22, 2012

.Sebuah review LOCKOUT yang berharga RM9 dari LaraJoLisa!




* * * * *


Bila tengok pada trailer dan andaaa akan tahu, LOCKOUT ini berkisar mengenai apa dan mengapa. Filem ini kalau dilihat ada banyak sebenarnya yang boleh dipersoalkan dan dipertikaikan. Contohnya pada latar tempat. Ia agak bodoh atau bangang dan bodoh apabila kita mula terfikir, kenapa dan mengapa
membazirkan duit dan tenaga hanya untuk membina sebuah tahanan penjara yang terasing di ruang angkasa (MS One)? Tapi kalau nak diikutkan, apa saja boleh terjadi. Omputih, fiksyen sci-fi depaaa kan power. Lebih-lebih lagi apabila filem ini sebenarnya berkisar dalam latar masa yang jauh ke depan iaitu pada tahun 2079. 2079, jauh gegila-babeng-kan? Jadi marilah berdoa berkilo-kilo untuk dipanjangkan umur. Kita lupa, kadang-kadang (hakikat) apabila manusia ini hidup terlalu lama di atas muka bumi ini maka makin peliklah perangai dan tahap siumannya. Mungkin sebab itulah mereka sanggup bina pusat tahanan penjara di ruang angkasa. Kan? Dan melalui filem ini juga kita akan melihat ramai orang dengan senang lenang berulang dari Bumi ke angkasa macam balik kampung  dari Kuala Lumpur ke Temerloh! dan lebih mengarut dan mengerutkan lagi ubun-ubun dikepala apabila untuk naik ke angkasa, kita/seseorang itu dah tak payah nak jalani training yang berbulan-bulan untuk jadi seorang Astrounout mahupun Cosmonout macam Datuk Sheikh Muszaphar Shukor buat dulu! (++ siap boleh berlegar-legar lagi kat ruang orbit, cisss!) #gila!

[okay, mungkin boleh dimaafkan sebab filem ini kan adalah fiksyen. #tapi janganlah bodoh sangat kan? haha]


Pada permulaan cerita juga, kita sudah dihidangkan dengan watak Snow (Guy Pearce) yang berperwatakan yang agak kurang menyenangkan (annoying). Dipermulaan cerita ini jugalah sebenarnya kita dapat mengenal bahawa Snow ini sememangnya seorang yang gila-jahat-berani- dan tak gentar dan juga boleh dimasukkan ke dalam carta maharajalawak dengan ayat-ayat annoying-nya tanpa sepatah pun mimik-mimik atau pergerakan fisikal yang bodoh-bangang-dan tak terpelajar tapi boleh mendatangkan gelak tawa dengan punchlines yang bersepah-sepah (dan juga punch-penumbuk yang melambak).

Langral: Again, what happened in that hotel room? 
Snow: Oh, it was coupon night and I was trampolining your wife.
[Snow is punched in the face]
 
Langral: You're a real comedian aren't you, Snow? 
Snow: Well I guess that's why they call it the punch line.
[Snow is punched again]
 
Langral: You don't like me, do you? 
Snow: Don't flatter yourself. I don't like anybody. 
Langral: With that attitude, I can see why nobody likes you. 
Snow: Oh, come on. People love me. Just ask your wife.
[Snow is punched again]

Tak cukup lagi, ni ada lagi dialog yang terhambur pada permulaan babak untuk dihilai tawakan;

Langral: Who was the mystery man on the phone? 
Snow: Uh, his name was Fuck You. 
Langral: Really? 
Snow: Yeah, he was Asian. 

Mungkin ini adalah filem aksi. Ya, ia filem aksi. Jadi pada permulaan babak juga sudah terhidang aksi menumbuk-numbuk, tembak menembak tertembak, kejar mengejar terkejar, lompat melompat dan jatuh terjatuh dan terjelupuk! Tapi yang paling menarik adalah sebuah fisikal beroda, yang dipanggil motor-bike-sikal (mungkin motorbike) yang ada super power kelajuan yang seumpama jet turbo. Dan lebih mengagumkan, motor-bike-sikal itu hanya ada satu tayar. Dan dengan hanya satu tayar, ia sudah cukup untuk memecut laju mengejar tahi bintang. Tapi agak kurang-hajarrr apabila sebuah motor-bike-sikal yang ditunggang dengan kadar kelajuan yang laju tapi si penunggangnya masih lagi boleh menjawab panggilan telefon dengan selamba tanpa sebarang kecelakaan ataupun rintangan angin yang mungkin boleh menyebabkan sistem pendengarannya terganggu untuk mendengar suara dari dalam telefon bimbitnya. Ah, celaka! Tapi apa boleh buat, inikan tahun 2079. Dan segala yang tak logik yang sentiasa dibikin oleh Omputih, semua kita anggap power dan gempakkan? #bodoh!


Sejujurnya bagi aku, LOCKOUT ini sedikit kurang aksi. Tapi tak bermakna ia tak best. Dan perhubungan dialog pelaku utamanya, Snow, agak sedikit sempoi sehingga membuatkan orang lain rasa dia ini terlalu angkuh/ego untuk dibawa berbincang. Dan itulah Snow, Marion Snow (Harus tonton untuk tahu kenapa ada perkataan Marion di depan namanya. Hehe) ia mungkin sebuah filem aski menyelamat yang paling kurang mendebarkan. Jadi aku agak sedikit hampa dengan aksi-aksi dari filem ini. Tapi itu semua aku tersedar bila sudah keluar dari panggung. Tapi, bila dalam panggung, kita takkan tersedar pun bahawa filem ini sudah semakin sampai ke penghujung. Mungkin terlalu asyik mengamati. Tapi serius, terlalu asyik sampai lupa yang filem tu dah nak sampai ke bahagian peleraian.


Mengenai banduan tahanan yang merusuh dan bertindak merampas MS One, ia dilihat agak kurang memberi kesan. Ini kerana, dalam 500 orang banduan yang ada di atas sana hanya 2 orang sahaja yang lebih banyak ditonjolkan. Iaitu watak seorang banduan/tahanan yang agak berwajah otai-mer yang bernama Alex (Vincent Regan) yang lebih banyak menguasai segala kata putus dalam kalangan banduan/tahanan dan Hydell (Joseph Gilgun) yang berperwatakan gila-gila atau paling senang yang memang merupakan seorang yang kejam dan sering membuat kacau pada perancangan-perancangan yang Alex ingin lakukan. Malah si Hydell ini jugalah yang telah membunuh si otai-mer (Alex) ini akibat dari sikapnya yang tak reti bersabar dan terlalu ingin untuk berseronok. Pernah satu ketika Alex didesak oleh seorang lagi orang kanannya dengan mengusulkan cadangan mengapa sibodoh (Hydell) ini tidak dibunuhkan sahaja. Kenapa dan mengapa Hydell ini tidak dibunuh oleh Alex, sila pergi beli tiket seat untuk panaskan punggung andaaa sendiri. Tapi aku agak musykil kenapa Alex cakap yang Hydell adalah _____ (sebab itulah dia tak mahu membunuhnya) kerana lenggok pertuturan Hydell dan Alex sedikit berlainan. Hydell lebih bertutur dengan lenggok bahasa pertuturan dari kepulauan British manakala Alex didengari lenggoknya seperti rakyat Amerika yang lain. Musykil! Dan mengenai bagaimana banduan/tahanan di MS One boleh terlepas dari kandang, itu andaaa kena tengok sendiri. Tapi elok kalau aku katakan puncanya adalah sebab manusia ini memang bodoh-sombong dan tak reti nak ikut prosuder!


Bahagian peleraian filem ini sebenarnya agak menghampakan. Dan bahagian inilah yang menyebabkan kenapa aku hanya memberi 3.5/5 bintang sahaja kepada sebuah karya filem arahan James Mather dan Stephen S. Leger ini. Mungkin motif cerita ini hanya berpaksikan kepada bagaimana untuk menyelamatkan Emilie Warnock (Maggie Grace) anak presiden US yang terperangkap di  atas sana. Tapi kalau difahami, andaaa akan nampak bahawa pengarahnya cuba untuk menggarap sebuah nilai yang tersirat. Apa kisahnya mengenai nilai tersebut? Itu andaaa semua kena pergi tengok sendiri. Cuma aku nak cakap sedikit bahawa, tak semua manusia yang baik dan ingin menolong kita adalah baik (begitu juga sebaliknya) dan tak semua juga mereka-mereka yang pada awalnya berkeras dengan kita adalah jahat (begitu juga sebaliknya – mengikut kepada situasi masing tersendiri). Sebab itulah kita kena berani untuk hidup atas diri kita sendiri! ;)


Apabila keluar dari panggung, kita dihidangkan  dengan beberapa tanda soal yang berat untuk dijamah oleh otak ketika di dalam kereta ataupun sebelum tidur. Yang pertama adalah, watak Shaw (Lennie James) yang membuatkan kita tertanya-tanya apakah kaitan antara dirinya dan kematian seorang ajen bernama Frank Armstrong di awal babak filem ini yang sekali gus membuatkan Snow terperangkap di dalam sebuah babak sulit. Kerana itulah kenapa dia (Snow) ditahan dan disoal siasat dengan keras oleh Langral (Peter Stormare). Tapi hakikatnya, si Shaw ni lah yang beriya-iya membantu Snow untuk dihantar ke MS One bagi menyelamatkan Emilie dan membantunya untuk bertemu dan menyelamatkan seorang banduan/tahanan yang bernama Mace. Dan tanda soal yang kedua yang dipikul pulang adalah mengenai pemetik api milik Frank yang diberikan kepada Snow dengan pesanan, walau apa pun yang terjadi, jangan beri mereka ini. Ini terus diperlihatkan bahawasanya pada pemetik api milik Frank itu tersembunyi sesuatu (seperti chip –mungkin). Mungkin itulah yang dicari oleh mereka. Namun penutup cerita ini terus ditutup dengan babak Emilie yang tersangkut pula pada si Snow ni. Apakah isi chip tersebut, tidak terungkai dan dirungkai. Jadi, selamat pulanglah andaaa dengan tanda-tanda soal di bahu ataupun di otak!




Jadi 3.5/5 bintang untuk filem ini. Mungkin filem Battleship lagi hebat. Tapi aku ada sebab tersendiri untuk kenapa dan mengapa aku memlih untuk menonton filem ini.



* * * * *



[P/S : Apabila kita memilih untuk pergi keluar dan menonton filem, maka pilihlah filem-filem yang banyak membuat otak kita terangsang untuk berfikir (#thinkingfilm). Dan bukannya sibuk untuk memikirkan betapa gempak dan powernya dan canggihnya sesebuah fiksyen/sci-fi; Kerana di penghujungnya fiksyen adalah tidak akan pernah selari dengan realiti!]