Tuesday, May 1, 2012

.Berani Punya Budak (Sebuah Review Di Tengah Kemeriahan The Avengers)







Soalan de-ra-jah lima - "Kenapa andaaa menonton filem ini?"

Selain dari nama Afdlin Shauki, aku memilih untuk menonton filem ini kerana poster filemnya yang dibikin sejibik macam GTA. Ah, celaka disitu! ;)



Bagi aku ia macam filem parodi yang di-parodi-kan sendiri oleh Afdlin Shauki.

(Mungkin tak cukup bajet atau apa, aku tak pasti)

Tapi yang pasti 'penumbuk garis' (punchlines) memang berlambak. Sampaikan tengok kredit filem ni pun aku nak tergelak.

Sebagai sebuah filem yang aku anggap 'tak siap' yang mempunyai peratusan aksi yang melampau dan 'penumbuk garis' yang infiniti,
aku anggap ia adalah sebuah tontonan yang berbaloi dari menonton The Avengers (3D) yang mana seat-nya semua sudah siap di-booking awal. #frust!

(Frust dengan Avengers, tapi diubati dengan Berani Punya Budak! Thanks Afdlin ;)

Tentang lawak Salam 1 Malaysia oleh Johan dipenghujung cerita, itu memang super lawak!
Genius dan padu! ;)

*Jadi di sini;

Sebagai penonton yang sudah menonton, aku juga ingin menasihatkan semua yang ini menonton Berani Punya Budak untuk membawa alat bantuan penafasan kerana ia akan membuatkan andaaa cepat semput dengan 'penumbuk garis' yang infiniti terutama apabila andaaa dikentutkan oleh Afdlin Shauki depan-depan dan secara terang-terangan ia ditujukan kepada andaaa.

(Ini serius! haha)


(P/S : Filem ini 18, bukannya P13 atau U. Sangat 'sedih' apabila andaaa sudah cukup 18 tapi still tengok filem P13 (merujuk kepada Avengers #frust!) Haha)

Last kopek -- "Saleeeeemm Satuuuuu Maleeeeysiaaa!" haha




* * * * *





-Kalau Takut Di Pukul Gangster, Jangan Berumah Dekat Rumah Gangster-