Tuesday, July 24, 2012

[VAGABOND 2 : Pil Mai Fren]






* * VAGABOND 1 * *


“Nafas kau busuk, hancing gila! Kau sedar tak?”
Aduh, Cik’B ni kadang-kadang okay, kadang-kadang terlebih okay; Dan selalunya Cik’B ni memang macam babi! Tapi apa dia peduli. Asalkan dia dapat telan
honeystar hari-hari, dia dah anggap macam kat heaven dah. Tinggal aku je yang terawang-wangan. Merapu, melepu dan menyapu sendiri.


4 Ramadhan. 1, 2, 3 yang sudah lepas. Semua selamat walau perit. Masuk hari ni, dah dua hari aku terlantar, terterap, terlentang dan tergolek-golek sendiri atas tilam dalam bilik ni tanpa teman, tanpa cahaya dan tanpa makanan, pasti bukan? Ya, pasti. Masih lagi cuba bertahan didahan yang rapuh.


Hari ni Cik’B yang masak semua untuk berbuka. Cik’B ni aku cakap, kalau dia apply kerja kat hotel seratus bintang pun, semua orang menangis menjilat air mata sendiri. Sedap woi, pedas tak terhingga! Tapi tak semualah dia masak. Setakat masak kari kepala ikan, asam pedas dan buat air laici-kang-kang, dia expert-lah tahap gaban.


Hari ni Cik Epal balik lambat gila. Baru aku tahu betapa nerakanya kalau dia tak ada kat rumah. Semua tunggang langgang. Tu belum masuk si sampah kekasih hati Cik’B lagi, si Willy tu. Nasib baik sejak berbulan puasa ni dia tak ada bertenggek kat sini lagi. 2minit lagi nak berbuka barulah Cik Epal tercongok kat depan pintu terpekik terlolong suruh buka pintu. Bila menggelabah, kunci rumah pun dia langsung taknak ingat dia letak kat mana. Menyampah, selalu macam tu!


Aku tak mandi, dia dapat bahu dan aku mendapat. Dia pelangkung kepala otak aku dengan beg kerja dia. Mahu juga kalau letak atas timbang, mahu dekat 20kilo. Mak aih, Cik Epal ni kerja buruh binaan ke apa bawa batu bata gi ofis? Aku tak lalu nak makan. Bukan sebab Cik Epal, tapi dah memang tak ada nafsu. 3 cawan air oren, separuh-biji kurma, sebatang sosej yang dikerat tiga dan yang paling penting, pil-pil yang entah berapa dozen aku kena telan. Khayal beb!

Aku nampak Cik’B jeling-jeling sakit hati sebab aku langsung tak pandang apa dia masak. Tapi dia tahu, lagi cepat aku blah dari meja makan, lagi wangi suasana jadinya. Jadi dia biarkan je aku blah. Cis, taik kau tak guna! Aku masuk bilik, bau dah macam apa. Kejadahnya pun aku tak reti nak beri sebarang diskripsi mengenainya. Cukuplah aku je yang merasa heaven dengan suasana begini.


Kepala otak duk ligat lagi main roller coaster, samaada nak mandi atau tak. Seram weh, badan cenggini nak kena air. Mahu meremang satu badan. Dahlah badan lemau, kena air yang tak ada water heater nak ejas suhu air, mahu menggeletik aku dulu dalam jamban tuh nanti. Tapi apakan daya, dah dua hari tak mandi. Baju pun dua hari pakai tak tukar-tukar. Celaka je siapa yang bagi aku pakai macam ni. Seluar kuning, baju pun kuning. Nasib baik tak kena deman kuning. Cuma satu je aku nak komplen, baju nih dah kenapa besar bagak?


Sesudah mandi macam kerbau baru lepas main hujan, terus aku landing baik punya atas tilam. Sesungguhnya ramadhan kali ini memang tidak produktif!


Dan sekarang ni aku tengah fikir, ubat apa lagi yang aku tak telan ya tadi? 




* * * * *



[P/S : Kesamaan atau tidak pun kesamaan di antara kisah dan watak-watak yang cuba dicernakan adalah secara kebetulan dan ketidaksengajaan ilham yang berani menerjah masuk ke benak sama ada berkaitan atau tidak di antara yang mati ataupun yang separa zombie ataupun yang masih lagi bergelandangan atas dunia yang durja ini. Sekian, terima kasih.]