Thursday, June 16, 2011

.Gua Si KUTU Rayau DURJANA ! ;)


.ini jalan gua.
kaki gua punya sukalah mahu langkah menapak kemana.
jadi, jangan ambil peduli gua hendak ke mana.
gua berlegar-legar dekat ECM sampai gua ternampak seorang ibu dan seorang anak ini.
gua rasa si ibu ini bawa si anak itu ke tandas selepas habis menonton WAYANG.
sebab gua pun baru keluar dari panggung.
tapi gua pelik, kenapa si ibu ini MEMEGANG leher si anak dan MENOLAK si anak dengan perlahan-lahan ke hadapan.
gua tahu suasana sekitar situ agak SESAK sikit.
jadi memang agak berhimpitlah nak bergerak.
tapi tak adalah sesak mana pun sebab gua sendiri tak MATI kat sana tersepit-sepit.
jadi gua ambil langkah pergi dekat.
gua gian nak tahu KENAPA perilaku si ibu sebegitu terhadap si anaknya.
sampai bila gua berada berdekatan dengan mereka, gua TERDENGAR si ibu berkata kepada anaknya,
"straight, walk slowly. no one else infront of you." sambil memegang leher anaknya =.='
baru gua tahu si ibu ini membawa anaknya yang BUTA menonton WAYANG !! ;')

No comments: