Sunday, June 19, 2011

.PerSETANkan Kemahuanmu, Sampai Akhirnya SETAN Pun Tak Mahukanmu !

.Ghost Of Me. PerSETANkan Aku Sampai Mati !


.Entah kenapa tuhan. Perasaan ini sering menuju pada-Mu. Menuju kepada kecelakaan hidup. Aku ini adalah manusia ciptaan-Mu. Yang Engkau bangkitkan dari tanah sehinggalah kurniaan tiupan roh daripada Engkau untuk sekujur jasad durjana ini.

.Entah kenapa tuhan. Bukan niat dari jauh untuk mempersoalkan-Mu. Aku tahu aku adalah aku. Yang dikurniakan akal, minda, fikiran dan rasa. Rasa yang wujud melalui hati. Dari hati yang nomad ini berjuta batu soalan sudah ku taipkan halus-halus.

.Entah kenapa tuhan. Aku fikir aku sang bangkai ! Yang matinya, busuk dikompos tanah. Jujur dari intuisi ke jari. Siapa aku kalau aku bukan aku ? Persoalan luhur yang dimanipulasikan persekitaran. Aku bangun, aku jatuh. Terjatuh dan terus terjatuh sampai tanah pun tak mahu menerima kejatuhan aku.

.Entah kenapa tuhan. Aku insan-Mu. Dari rasa aku palsukan. Dari perilaku aku anarkikan. Demi masa, sedikit demi sedikit terhapus ketulenanku. Aku kini adalah boneka. Yang bertindak kononya melawan perilakuku. Padahal, demi-Mu tuhan, aku mahu faham siapa aku.

.Siapa aku ? Berantakan memperSETANkan siapa aku. Moga orang dalam dan luarku tidak tahu siapa aku. Moga hanya aku tahu apa perilaku hatiku. Moga aku tidak mati dalam hidup orang lain. Anarki itu aku. Aku adalah aku. Entah kenapa tuhan. Tapi siapa aku ? AH, perSETANkan kemahuanmu, sampai akhirnya SETAN pun tak mahukanmu !!!