Monday, June 27, 2011

.Popcorn vs Rebena : Sekali Lagi (Cinta Ini Milik Kita).


\
.Filem ini. Cerita ini. Gua rasa biasa-biasa sahaja. Tapi kenapa gua rasa macam nak pergi hentam je layan cerita ini.? Serius, gua dah macam pengebom berani mati je nak pergi pecah panggung layan cerita ini. Tapi gua rasa gua kena bawa seseorang. Siapa.? Gua pun tak tau. Memang cerita ini genre romantic ++++ drama komedi sikit-sikit. Jadi memang gua rasa macam best je lah kalau dapat tapau satu awek kasi masuk mengeraskan buntut sambil mengunyah popcorn dan menyedut air rebena dengan mata yang kaku fokus terpandang layar skrin.


.Persoalannya sekarang, gua tak ada awek. Tapi gua rasa nak jemput seseoranglah teman gua duduk sebelah. Tapi gua ni jenis melatah. sanggup ke sidia tu nak duduk sebelah gua kalau tetibe gua ter-melatah.? Mana tau dalam cerita ini nanti ada scene-scene hantu terkamjat ke kan. Mana gua boleh tahan gelabah melatah gua. Confirm gua bersilat punya nanti. haha. Sidia boleh tahan ke dengan perangai gua ni nanti kalau ditakdirkan gua menjemput sidia bersama gua.? hmmm~


.Lagi satu, gua ni ada penyakit kurang waktu tidur. Time-time gua aktif bertenaga adalah apabila jam tepat berdetik ke pukul 12 pagi ! Time pagi buta memang gua kelawar. Gua jadi kelawar sebab gua nak bahan burung hantu sebab burung hantu ni selalu bikin gua melatah tepi jalan, bawah pokok sampailah depan kubur-kuburan.
"Cis, itu burung maa, banyak hantu lorh!". 
Jadi, bolehkah sidia nanti tak rasa macam nak menyampah je dengan gua bila gua tertidur dalam panggung nanti.? Gua taknak kaki gua nanti kena pijak tenyeh macam cili api dalam lesung batu belah batu betangkup.


.Selain itu, (gua pun tau lah pakai penanda warcana!) bolehkah sidia tahan bila gua dah start lena dibuai mimpi ke Sunway Lagoon daripada stay terpacak mata kat skrin.? Gua nak bagi satu rahsialah kat semua dan juga sidia; gua ni jenis kalau dah lelap, berdengkur memang tak ingatlah. Hidung gua time berdengkur bukan dah macam serombong asap, tapi macam bunyi Kak Limah mengilai enjet-enjet semut. Andai kata gua ter-berdengkur lantang selantang kentut gua, bolehkah sidia tahan dengan perangai jijik/hina gua ni.? 


.Gua juga jenis yang kedekut. Jadi, boleh ke sidia tahan stay lama-lama dalam panggung tanpa gua belanja sidia popcorn dan air rebena.? Gua tahu, orang-orang yang beli popcorn untuk tengok wayang bukanlah sebab nak kasi sedapkan lagi mulut sesambil menyedapkan mata, tapi untuk hilangkan rasa bosan sambil tengok skrin kaku depan tu. Kalau mengunyah, taklah bosankan.? Taklah juga tertidurkan.? Taklah juga berdengkur macam Kak Limah kan.? Dan yang paling penting, taklah buat sidia rasa malu dengan perangai hodoh gua ni kan.? :P Sebab tu gua selalu layan filem tanpa ada beli-beli popcorn dan air-air rebena ni sebab semua filem yang gua pilih/layan semua best. haha.


.Ada sebab kenapa gua ni jenis kedekut bila tengok wayang. Gua tak nak nanti kudap-kudapan yang dibeli tadi seperti popcorn dan air rebena tadi berlaku kemalangan yang tak disangka tapi diduga. Kenapa gua cakap tak disangka tapi diduga.? Sebab gua ni kan orangnya jenis melatah. Kalau ada babi lalu dekat kaki gua pun gua terkamjat melatah. Malas gua nak gi samak! Bayangkanlah kalau gua melatah babi lalu dekat kaki gua, confirm gua bangun dan terlompat-lompat ke-sakai-an atas kerusi. Dan kalaulah popcorn dan air rebena tu ada kat tangan gua, tak ke popcorn tu terlambung-lambung bersepah macam kat tapak pembuangan najis sampah sebab gua melatah.? Tak ke air rebena tu nanti bertukar jadi hujan dalam panggung.? Tak ke malu sidia nanti. 


.Lebih baik gua bawa jagung panggang. Kalau-kalau gua ter-melatahkan, gua gigit-gigitlah jagung tu sampai bogel tinggal batang macam yang Donald Duck buat tu. Tapi haram-jadahkan panggung ni tak boleh bawa kudap-kudapan luar. haish~kamonlah, semangat kebangsaanlah sikit, support makanan tempatan Malaya ni. fuh~apeee pun tak boleh!


.Sebelum tu gua nak kata dan nak pesan. Satu je, gua ni memang kaki kentut ! Benda-benda busuk ni mana boleh tahan. Kronik nanti. Nanti kalau lama-lama ditahan, tak ke rasa tak selesa langsung seterusnya menggangu konsentrasi gua nak layan cerita.? Bila tak ada konsentrasi, tu yang membuatkan gua nak tertidur je masa tengok wayang. Jadi memang gua selalulah menghembuskan nafas-nafas separa wangi dalam separa sedar kat dalam sana tu. Tapi biasanya kentut gua tak ada volume nombor 1, 2, 3, 4, atau 5. Yang ada cuma volume nombor 6, 7, 8, 8setengah, 9, 9suku dan 10. Tapi gua biasanya letak volume nombor 10 kat speaker bontot gua. Lagi kuat, lagi lega kan. Merdu berbau pula tu. Persoalannya sanggupkah sidia tahan malu kerana gua.?


.Serius gua nak cakap. Gua ni memang sakai, hina, keji, bangang, bodoh, bahlol, poyo, sengal-sengal ubi, dan macam-macam lagilah yang sama waktu dengan perangai pelik ke-gampang-an gua ni. Tapi gua ni ada satu je elergik selain daripada elergik kepada seafood (T.T) Gua ni elergik dengan perempuan. Kalau boleh, gua memang nak lari-lari rogol perempuan ni, lepas tu sorok-sorok dalam guni takut kantoi. Dan gua nak sidia tahu yang gua ni elergik kaku tanpa bicara, diam suam-suam suku kaum kerabat Rentap, "agi idup agi menggelabah". Gua takut nanti sidia bosan je layan perangai gua yang sebijik macam orang bisu, pekak, buta tuli ni nanti. Gua taknaklah sidia tak happy bila dengan gua kan.


.Akhir kata, gua nak sidia tahu, gua taknaklah sidia tak happy dengan gua nanti kalaulah ditakdirkan gua menjemput sidia teman gua layan filem karat ni. Dan sudah semestinyalah gua taknak sidia malu dengan perangai gua yang sunguh macam jahilliyah ni. Gua memang pegang utuh prinsip gua, "air muka orang kena jaga, walaupun diri sendiri muka tembok berjerawat batu". Gua tau gua tak sempurna walaupun gua tau bukan semua orang adalah sempurna. Cuma masalahnya gua langsung tak sempurna!


.Cuma satu je gua nak sidia tahu kalaulah ditakdirkan gua menjemput sidia teman gua merewang dalam filen ini. Gua nak sidia tahu yang gua pandang poster filem Sekali Lagi (Cinta Ini Milik Kita) yang menampilkan Shahiezy itu sebagai diri GUA dan wajah Lisa Surihani itu adalah tetap wajah Lisa Surihani !!!


.GUA dan SIDIA.
kalau ada jodoh kita jumpa




[P/S : gua memang macam ini, banyak sangat layan TITANIC lah ni ;) hehe. one peace yo! jangan percaya sangat, gua memang jenis sembang lebat!]