Tuesday, January 17, 2012

Kau Tahu Tak, Rasa Ini Telah Membunuhku?




Kau tau tak, rasa ini telah membunuhku?


Setakat luka dilutut, bengkak dijari;
 Apa ada kisahkan.
Setakat bengkak dimata, luka dibibir; 
Apa ada kisahkan.
Tapi kalau luka di
hati, bengkak di otak
Kau tahu tak apa implikasinya?

- Rasa ini telah membunuhku!


Jujur dan demi tuhan.
Mana pernah aku gila seperti ini.
Gila yang mana kau sendiri naik pelik dengan aku.
Gila ini bukan calang-calang rasa.
Kau tau tak, rasa ini telah membunuhku?


Jatuh itulah yang paling celaka sekali.
Membunuh intuisi, meracun serap ke pembuluh darah.
Kau ingat tanpa pembuluh darah, kita akan selamat?
Pernah dengar seloka orang yang hatinya mati lemas dalam kebanjiran darah?
Rasa ini telah membunuhku!
Tepat.


Meh sini,
Kalau kau ada dekat dengan aku, aku ketuk kepala kau!
Kau memang ingat senang-senang saja eh nak ubat rasa ni?
Macam bagi sugar glider kau makan meggi?
Kalau diminta Beluga ‘Alamas’ Caviar,
Mana aku nak cekup!


Rasa ini benar-benar telah membunuhku!
Samaada dalam sulit, atau dalam terang.



* * * * * 

No comments: