Thursday, January 26, 2012

.Siapa Dhiya?


Dhiya!
 Hari ini termimpikan Dhiya lagi.
 Hari-hari bermimpi, bukan bermakna ngeri;
 Jauh sekali berfantasi. 
Adakah ini sindrom? 
Adakah aku patut bertemu pakar?

 Sindrom Dhiyalisme. 

Jam baru menunjukkan
pukul 4 pagi.
 Masih terlalu awal untuk berjaga.
 Masih terlalu awal juga untuk berhenti bermimpikan Dhiya. 
Tapi sudah terlalu lewat untuk aku melenakan diri semula.
 Paip dibuka dan tangan menadah lalu dilemparkan air tadi buat basahan permukaan muka yang kian berjerawat batu. 
Sejuknya tak terperi.
 Namun tidak sesekali ia dapat untuk mengecutkan semula jarawat-jerawat yang timbul bagai dicucuk tanam sesuka hati. 

Tapi salah aku juga kan? 
Banyak sangat berangan.
 Siang malam dengan penyakit Dhiyalisme. 
Betul juga orang tua-tua cakap, 
kalau banyak berangan ni, bukan setakat jerawat je boleh tumbuh; 
Silap-silap boleh jadi macam kawah kat bulan. 
Terutama bila dok terfikir pasal awek. 

Awek? 

Awek mana? 

Dhiya?

 Siapa Dhiya? 
Huh. 

No comments: