Monday, January 30, 2012

Tuhan, aku untuk-Mu! (Mana mungkin untuk dia)



* * * * *


Dedaunan itu layu terkulai dek tanah
Sesaat mungkin,
ronyok,
dirempuh getah tayar.


Cermin itu retak 
dek luka
Digertak
mungkin,
Dihiris mungkin.


Di seberang sana
Mata itu terpaku layu
Kosong.
Hampa.


Dari bebola matanya
Tiada kisah.
Duka mahupun luka
Jelas tiada terpampang diseraut mimiknya.


Dia bangun,
Menyepak batu
dan pergi.


Dia ludah,
membuang nanah
dan menjerit,


“Tuhan, aku untuk-Mu!
Mana mungkin untuk dia.”


Tubuh itu masih lagi terpampang dek igauan
Kerna selepas itu
ia hilang dalam belukar.
Esoknya sahaja dimengerti mengapa.


Ditutup dada akhbar itu


* * * * *



[kau lonely macam anjing, aku tau, aku tau]

No comments: