Saturday, May 19, 2012

.Buih & Puing Bashu Yang Diletupkan Jauh Dari Melata !







* * * * *


Bashu bosan. Dia naik sangap. Sampai bila dia harus duduk begini? Letih menjerit
bisu. Kaku dan statik dan sekali sekala memuntahkan haram lava si gunung berapi. Perasaan ini tidaklah seberapa pedih baginya. Baginya dia pernah merasa benda yang lagi ajaib kepedihannya. Ya, ajaib sangat sampai dia tertonggeng menanti-harap kasih. Luka sedalam-dalam luka. Parah separah-parah jahanam! Hari itu dia ditinggal sang kekasih. Sudah lama dulu sebenarnya. Tapi dia masih rasa dan merasa. Pedih luka, siapa boleh rawat? Mudah sahaja sebenarnya. Pergi klinik, atau farmasi; Maka terubatlah luka. Tapi bagaimana jikalau luka itu di dalam hati? Ah, parah-celaka! Kalau ditimbang kira kos untuk merawat hati termasuk kos ubat-ubatan yang bertan-tan dan bergelen-gelen, kos merawat-dirawat oleh pakar yang setiap peluhnya kena diambil kira, dan kos alat-alatan yang tak ternilai dari seringgit dua puluh sen langsung; Maka pembedahan bagi merawat sang luka di hati bukannya memerlukan kos seringgit dua puluh sen, tapi juta-juta kau tahu? Mungkin sebab itulah dia tahu dan faham akan rasa kenapa ramai yang mahu bunuh diri. Cis, palat kau cinta!


3 bulan 3 hari 3 jam 3 minit dan 33 saat sudah dia berkelana menjadi seorang yang ditinggalkan seseorang. Tapi dia masih kewl. Masih tahu pandang depan dan berjalan perlahan seperti James Bond. Dia diputuskan hanya kerana sifatnya. Kata bekas tippurware-nya, dia tidak matang. Sungguh tidak matang! Lalu dia dicerai-beraikan dipohon delima dan di bawah terik mentari itulah dia berpaling dan berjalan segak jauh menayang buntutnya kepada bekas tippurware-nya. Tapi dalam hati dia pedih. Kali pertama bermain cinta dan kali pertama tewas dalam gelodak nafsu. Cis! Maka secara tiba-tiba lagu Taman Rashidah Utama rancak dimainkan oleh band Rimba Bara yang beraksi di atas sebuah lori yang dipandu seorang pengarah terkemuka dunia dengan karya Kak Limah-nya sambil lalu. Salut!


Apa yang dia tahu tentang matang? Ceh, dasar budak sekolah! Kalau setakat SPM kau power, tak jalanlah matang kau. Dengusnya lagi kasar. Kering tekaknya. Asyik diludah sahaja lelah ditekak yang masih lagi memberontak. Apa kau ingat letak status-status yang minta perhatian di fesbuk boleh buat kau matang? Status, “I’m okay ;’)” dengan siap emoticon dan ditambahkan lagi tag-place “bawah-katil” untuk apa? Kalau kau okay, tunjuk yang kau okay. Ini apa guna kau letak emoticon palat macam tu siap kata bawah katil lagi. Status yang mengundang rasa semua orang untuk bertanya akan perihal kau supaya kau boleh menggedik-tergedik dengan menggunakan elemen kesedihan? Itu kau kata matang? Pa-the-tic! Merah padam muka Bashu kali ini. Dia pedih. Luka sudah tertanggung. Lebih berat lagi, dia rasa tercalar-balar dengan kenyataan bekas tippurware-nya ketika itu.


Mungkin dengan meng-upload beribu-ribu juta lemon gambar profil di fesbuk dengan mata bolat-bolat dan letak caption, “saya tak comel”; Baru dikatakan matang rasanya. Dia ludah lagi. Tapi kali ini diludah semua. Lepas itu dia tersenyum. Senyum bangga! Sekurang-kurangnya dia tidak bodoh tergedik dengan segenap penjuru perhatian. Dia bahagia dengan lukanya kini. Lalu dikeluarkan sebatang balut dan dicucuhnya sambil menghirup segala jenis penawarnya menghadap rintangan angin lalu.


Dia sudah selesai dengan itu lama dahulu, keningnya terangkat dan senyumnya senget. Nakal!


* * * * *


No comments: