Friday, July 20, 2012

[VAGABOND 1 : Supper !]






* * * * *





Cik Epal tengking sayup-sayup. Katanya,
“You need a healthy supper!”
 Dia jalan hentak-hentak kaki lalu landing di sebelah aku. Bukan itu sahaja yang memeranjatkan aku, aksinya yang secara dramatik mula dijelmakan dengan merampas makanan supper aku tengah pagi buta itu. Ah, celaka! Dia buat tak peduli. Malas untuk menjadi bacul, aku bangun lalu terus
ke dapur. Bukan susah. Supper yang tadi pun aku goreng tak sampai 20minit. Aku panaskan minyak, keluarkan fries, dan basuh dua biji telur untuk menu yang aku namakan dari
“Kolumpo ke kota Perth-lis dengan hati yang berdarah-darah”!
 Ah, kau memang selalu potong rasa Cik Epal! Moga tercekiklah kau di sana dan disulam dekah-dekah tawaku.


 Telur separuh masak sebiji, telur dadah sekeping dan fries bersalut sos kak minah yang selamat digaulkan dengan mayonis milik  Willy, kekasih Cik’B yang tak pulang-pulang ke rumahnya sendiri sejak setengah hari yang lalu. Aku tak runsing, Cuma aku kisah apabila Cik Epal langsung tak pernah memahami erti penat lelah membebel sepanjang nafas mengenai kehadiran Willy atau nama kampungnya Usop Melantoyan (amboi, jauhnya nama bila terpanah cultural-syiok!) yang baginya menganggu sistem ekologi privasinya. Ah, baru satu setengah hari, berbanah beb! Cuba korang yang ada kat sini, tak ke ada rasa nak bunuh orang? 


Kali ni fries aku masak cantik. Telur separuh masak pun sesedap mata memandang. Cuma bezanya tadi dan sekarang, aku berjaya memasak semua itu dengan hanya dalam 10minit! Kan dah jimat 10minit. Tak adalah aku terlepas banyak aksi cengkerang-mama si Jess yang cengengeng kat chanel FOX tuh. Agak-agak apa yang aku buat tadi ya sampai ambil masa 20minit nak masak semua ni? Hmmmmmm.



Terus aku laju-laju landing depan tibi sambil menjeling ke arah Cik Epal yang tengah syahdu menjamah supper-nya (aku punya!) Kali ni tak ada pula dia nak sibuk tengking-tengking, “You need a healthy supper, dan bla-blaa-blaaa~”. Agaknya lumrah perempuan, bila dah kena suap baru dia faham erti senyap. Sambil beraksi telan menelan, aku pun terfikir juga, apa yang Cik Epal maksudkan dengan ‘a healthy supper?’ Dah kata supper, mana ada yang healthy-nya. Haish, banyak serong Cik Epal nih!. Cik Epal ni memang kurang ajar, sendawa kalah macam makan sepuluh biji lori. Tapi satu yang aku respect tentang dia, basuh pinggan tak pernah tinggal. Sebab tu aku suka letak je pinggan dalam sinki terutama bila dia tengah membasuh. Kalau tak, apa guna aku bayar sewa kan?

Kahkahkah!


Dalam senang punya senang dalam hati, Cik Epal datang dari belakang. Dia pelangkung aku dengan pinggan harijadi miliknya pada umur 19tahun dari kekasih yang kononnya kalah Nickhun! Jadi tercerai berailah segala ubun-ubunku lantas berguguran jatuh segala rambut-rambutku. Pinggan itu jangan cerita nasibnya, yang perlu diambil kisah, aku, bukan? Dia tutup tibi, dia tutup lampu kipas semua bagai. Dia tengking aku,
 “Go to bed or I’ll kill you by my own tombstone!”
Ah, bengis singa dia apa aku boleh buat selain dari rasa yang meluat?! Aku pun tak tahulah macam mana aku boleh sehidup dan serumah dengan Cik Epal ni. Moga tuhan kau ratapilah keseksaan jiwa lara hambamu ini.


Cik Epal tiba-tiba masuk ke dalam kelambuku. Aku tersentak. Ingatkan mayat hidup mana yang main celah mencelah ni. Dia cakap,
“I’m sorry”
dengan bibir yang sengaja dicebik-cebikkan. Kalau sikit lagi aku tak respon, mungkin berdarah bibir Cik Epal ni dia cebik-cebik sendiri.
“Kau nampak batu-batu nisan yang aku dah tempah tu? Jangan sampai batu-batu nisan tu jadi perhiasan kat badan kau!”
aku berkata bersahaja. Sakit weh, dahlah kena taik dengan makanan sendiri, kena hambat pula tu dalam rumah sendiri. Semoga kau rasa batu nisan aku pula ya Cik Epal.


Tapi aku tahu, kalau itulah yang terkeluar dari bicaraku, bukan setakat batu nisan tu yang jadi kisahnya, mungkin dengan segala jenis batu-batuan yang lain turut dia tanam dengan aku nanti. Jadi sebagai seorang lelaki yang berdada gantang, aku ucapkan,
 “Tak apa, aku dah biasa.”
 Kelat hati, meluat sampai naik ketuat dengan susun atur ayat sendiri. Tapi di celah-celah kepekatan malam, aku nampak samar-samar  senyum Cik Epal. lalu dari detik-detik yang berjalan dengan rangginya, maka seperti dalam mana-mana drama cengkerawala duniawi, Cik Epal terlelap di lenganku ini sebelum dia menghamburkan satu pertanyaan yang terakhir,


 “What I ate for supper just now was the most delicious meal ever cooked by you. So, tell me your secret?”


Aku tergelak sendiri dengan rasa kentut yang cuba ditahan.


“Aku masak fries tu dengan ubat gegat yang ada dalam laci tu yang aku tumbuk pakai lesung dan bancuh sedikit air dan serbuk bikarbonat sebab aku cari minyak tak jumpa. Aku rasa Willy kot yang curi minyak kita. Nampak tak yang Cik’B tu memang parasit dalam rumah ni? Cis!”


Dan bunyi kesan khas bagi babak seterusnya adalah,


“PAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANNNGGGG!”


dan selamat malam dengan mimpi yang tak payah di-setting-kan dengan sendiri dengan perasaan tatkala bangun esok pagi adalah,


“Jahanam kau Cik Epal!


continue..

* * * * * 



[P/S : Kesamaan atau tidak pun kesamaan di antara kisah dan watak-watak yang cuba dicernakan adalah secara kebetulan dan ketidaksengajaan ilham yang berani menerjah masuk ke benak sama ada berkaitan atau tidak di antara yang mati ataupun yang separa zombie ataupun yang masih lagi bergelandangan atas dunia yang durja ini. Sekian, terima kasih.]