Friday, July 22, 2011

.Hati itu RUMIT, RALAT itu jiwa ;')



.Dunia mungkin tak memerlukan cinta, si pencinta, sang pencinta dan si pemabuk cinta untuk melihat bahawa dunia itu tidak kejam ! Dunia ini hirakinya sudah kenyang lagi memualkan melihat otak-otak dari udara melayang bersepai macam Lego di atas tar. Kadang-kadang kita bersulam janji, tapi hati kita memberontak. Kadang-kadang jiwa itu berantakan tapi ralat dibiar sunyi. Ditinggalkan kosong, dibelai sendiri. Lama-lama jadi gila ! Menunggu sampai pagi lama-lama pun terlelap juga. Sudah lumrah. 

Begitu juga soal hati, jiwa raga, cinta kentut berak makan tidur muntah sampai jamban itulah rumahku nerakamu ! Kenapa ada orang, hatinya besar tapi isinya kosong? Mungkinkah selayaknya dia digelar berperikebinatangan? Salahkah hati kosong hidup tersenyum? Atau sampah sangat kah mereka, aku, dia, kamu dan begitu? Cinta itu janggal. ;)

Bagi si penukang kasut, cinta memerlukan komitmen. Komitmen itu adalah untuk sidia. Dan sidia adalah komitmen teragung dalam hidupnya. Begitu juga hidupnya adalah mengenai kasut dan kasut. Mengabaikan sepasang kasut bererti habislah sisa pepejal makanannya yang sekadar kais pagi makan malam, kais malam makan malam juga. 

Bagi si tukang gunting rambut, cinta memerlukan kerjasama antara sempurna dan yang saling melengkapi. Pincanglah cinta kalau masing-masing hanya perihal akan hati naluri sendiri. Ibarat tangannya dan gunting melibas cantik rambut dari kepala atas. Membuat si pelanggannya berang akan kerjanya adalah musibah bagi titik peluhnya yang boleh ditapis menjadi garam halus. 

Tapi bagi seorang penarik becha, soalnya lain. Soalnya berkisar tentang perintah ! Kemana kau, aku bawa. Tapi kau bayar ! Letihnya diukur sendiri. Selesanya penumpang yang rasa. Kadang-kadang rezekinya di situ. Penat tapi sumpah seranah dalam hati. Kudrat dikerah kerana itulah periuk apinya. Membara ! Dia jelas tak memerlukan cinta, tapi dia berharap cinta itu ada pada dia kerana moga kelak nanti tulang pelikat belakang pinggang mahupun tulang tengkorak kepala lutut dapat ditukar ganti mahupun diurut kemas. Jadi cintanya adalah mengenai mata pencarian untuk menanggung cinta durjana. (AWAS ! Cintanya palsu.)

Senja itu, aku pulang sendiri. Terlentang lelah dibawah pusaran angin. Meletakkan tangan di atas pada dahi. Memikirkan dunia, sampai kiamat tak pernah henti ragamnya. Tapi betullah perasaan cinta itu ada kuasa. Kuasa merindu meratap atap yang kian ditinggalkan sang mentari senjakala malam ini. Aku memerlukan cinta dan segala pujaan atas darinya. Tapi aku terlalu lelah mengejar cinta dari si pelangi mimpi. Salah aku, kerana aku yang mencari. Salah aku, kerana aku yang terlalu pantas menghitung hampa. Dan salah aku segalanya kerana aku hanya reti duduk berdiri tanpa bergerak menyapa ENGKAU ;') 


~*~ BeNCi TaPi RiNDu... RiNDu TaPi GeRaM... GeRaM TaPi SaYaNg... SaYaNg TaPi MaLaZ NaK PikiR DaH.. ~*~


[P/S : Nada orang-orang jenis "a HOPELESS romantic" ni memang begini. Jadi senyum, lambaikan tangan sambil peace kepada longkang ;) Aku faham, hati itu RUMIT, RALAT itu jiwa ;') ]

No comments: