Wednesday, July 27, 2011

.Silence is the Killer : Sidia Membunuh Sibisu !



Silence


Neon trafik terpancar dari jauh terus menikam mata. Aku berdiri dibahu jalan menanti kering objek-objek keras berhenti bernafas. Tuhan, moga hari yang malam ini dapat ku melintas dengan penuh senang didada. 30 minit berlalu, tapak kasut aku masih lagi tidak membuat jejak baharu. Langit kupandang kosong. Lebuh kudada padu naluri sang pelesit. Bila boleh aku melintas? Dari tadi asyik menyusuri duri sahaja.


Seluar jeans pendek lusuh yang masih melekap dari pinggang menjulur kebawah, lalu ku seluk ke poket hadapan. Disebelah kanan poket, kunci rumah – nun jauh ditingkat lima atas langit itu. Dipoket kiri itu tersimpan objek pembunuh sang hati-hati seluruh manusia – telefon bimbit. Ku genggam, ku tariknya kejam untuk keluar bernafas. Ku periksa satu persatu dari Z hingga kepada A. Tiada satu pun yang boleh ku hubungi. Senarai ahli bimbit yang ku ada pula sudah secukup tak melebihi 15 orang.


Ditaip rapi dan dikemas halus segala patah yang ingin dijarikan dari intuisi. Ku hantar pantas kepada sidia. Lalu dicampakkan kembali objek pembunuh itu ke dalam gaung yang oksigennya ketat-ketat bernafas. Dilihat ke kiri, dilempar jauh fokus anak mata. Neon trafik itu silih berganti dari cahaya ditengah kepada yang paling atas sampai kepada yang paling bawah kembali. Entah keberapa  puluhan kalinya kurasa ia sudah berulang ganti tugasnya. Tapi mengapa aku masih ditengah-tengah lebuh itu?



1 minit, 2 minit, 3 minit, 4 minit, 5 minit, 8 minit, 10 minit, 13 minit, 16 minit, 19 minit dan 19 minit 30 saat. Ku berdiri dengan harapan hendak kehadapan. Ditunggu seperti batu yang jatuh dari jaraknya diukur sama dari planet Pluto ke Bumi durjana ini. Ku seluk kembali ke dalam poket kiri hadapan. Digenggam rapi objek pembunuh itu. Dalam hati penuh sumpah seranah menyatakan ada harapan sidia lemparkan kepadaku di tengah lebuh ini. Tapi ia masih senyap. Kosong macam buah tembikai kehilangan isi.



Angin malam umpama bukan lagi membelai sayup permukaan kulit berkawah ini. Ia umpama sang naga datangnya bersama ribut taufan membadai halus-halus rambut yang kian meruncing panjangnya. Ku perbetulkan cekak dikepala yang disisip rapi tadi yang kini sudah terangkat dari kebiasaan. Celaka punya badai ! Hatiku sedikit merumit, permikiran sepantas menjadi sekelumit ralat. Mengapa aku marahkan sang angin? Kenapa tidak kepada jutaan objek-objek pantas yang tak reti nak berhenti memberi lalu kepada ku untuk ke seberang? Ataupun kenapa aku tak meradang kepada objek pembunuh yang tercungap-cungap kelemasan dalam kain kasar ini yang masih lagi tidak berbunyi atas tindak balas pesanan ringkas aku kepada sidia lebih kurang setengah jam tadi.



Sesaat hampa, terus sejenak fikiran dipukau. Vibrator menggigil mengocak zarah-zarah udara menandakan sesuatu ingin disampaikan melalui objek pembunuh itu. Dikeluarkan pantas dengan tercungap mata tercari-cari hala tuju skrin biru. Panggilan daripada sisidia ! Terketar-ketar nafas dari dalam ke luar liang roma badan. Ibu jari lantas berlari jauh dari butang pengangkat bewarna hijau itu. Hati menggigil, fikiran menggeletar, mata berkecamuk. Objek-objek keras yang dari tadi tanpa henti kini faham pula untuk berhenti  dan hilang seketika dari lebuh. Ku masih di situ. Kaku menggeletar kepala lutut.



Tak dijawab, menyesal dikemudian hari. Hendak dijawab, mula bertanya bagaimana. Mana sidia faham bahasa sibisu aku. Mana aku hendak membalas bahasa celik sidia. Maka buat kesekailan kalinya, aku tergamam pabila butang hijau itu ditekan tanpa rela. Mendengar suara sidia buat ku terasa bagai dilambung ombak kedaratan padu tapi masih lagi melantun-lantun lembut dari tanah ke udara. Tapiku sedar saat itu aku mana mungkin perlu terus membisu. Tapi mana mungkin juga untukku bersuara. Panggilan menyepi seketika. Diam ! Sediam sunyi lebuh dihadapanku.



Sidia mula meresah. Bertubi pertanyaan direjam kemas kedakapan telingaku. Disambut pula lembut membara otakku mengangkat satu persatu tanda soal. Diam, masih lagi seribu bahasa. Aku resah berlapis gundah. Lalu aku melangkah setapak demi setapak. Lebuh yang kosong membisu kini menjerit dengan cahaya yang diangkat-angkat tinggi. Diseparuh lebuh yang telah dilintas, hon mengilai bagai ku menganggu persembunyian sakanya.



BAM !! Mataku juling dari pandangan biasa. Hatiku remuk bagai tiada lagi bengkel sanggup mengetuk kembali organ yang paling rumit dan ralat bagi manusia. Tapi telefon bimbit itu masih lagi rapat mencium suci sisi cuping telinga ini. Aku rebah menyembah jalan bermandikan hujan sang darah merah ! Pengepam nafas mula kematian enjinnya. Dunia jadi gelap terus ke dalam kelam ! Ku yang bisu bukan setakat gagal bersuara, malah pekak terus dari sang bayu suara angin.



"Tidurlah aku bermandikan hujan sendiri ditengah lebuh itu."



Jikalau engkau sempat membaca tajam naskah-naskah terakhir nota palsu ini, maka lingangan bukan langsung aku tagih. Cuma maafkan aku atas segala kekurangan sepanjang kehidupan perhubungan bersama engkau (sidia). Ku tak pergi, ku masih lagi di sini. Jadi hubungilah aku melalu kuasa telepati mu menjenguk manja ke dalam alam fantasiku untuk perhubungan yang lebih sempurna ! ;)


Yang menyusun dosa,
KAMAL ;)



* * * * *



[P/S : Nota ini aku jumpa di dalam kamar KAMAL dibawah tilamnya. Sekarang aku tahu, mengapa KAMAL suatu hari dulu sanggup memukul aku kerana ingin mengangkat tilamnya untuk dijemur di luar rumah. Aku tersenyum dan linangan kenangan itu tak dapat aku bendung. Kini hari-hari aku melawat KAMAL. Sudah 1 tahun setengah dia terlantar membujur di atas katil wad koma itu. Tentang sidia; setelah lebih kurang 3 bulan mencari, barulah aku bertemu bersama jasad serta roh sidia. Segala kisahnya aku cerita. Aku sampaikan dan dihari sidia datang melawat KAMAL, secara tidak semana-mena nafas jantungnya (KAMAL) terhenti, SEMALAM ! ;’) sekian. ]


No comments: