Sunday, July 3, 2011

.Jeritan Batin Dari Dalam Gobok Lusuh.

See it's nothing special in terms of 'art'. But boy was that fun.



Apabila amarah ternyala atas hasad.
Sekeras kerikil pejam celik bisa dilentur cairkan.
Mana mungkin air batu lebur dalam peti sejuk.?
Tapi amarah itu berbisa kawan.
Air menjadi api.

Dan lebih taksub lagi amarah itu memendam benci.
Api lantas dibiar bermaharajalela tanpa oksigen.
Lantas ia membengkak lama baru menjadi bara.
Maka terlihatlah kepincangan palsu dalam kononnya anarki.

Tapi mengapa bara itu tak bisa menjadi abu.?
Tepuk dahi buka hati.
Jangan sampai baranya tadi menjadi duri.
Pantas ia melingkari tubuh sendiri,
atas onar mem-per-SETAN-kan kemahuan.

"Ah, per-SETAN-kan kemahuanmu, sampai akhirnya SETAN pun tak mahukanmu.!"

Maaf,
 Aku adalah aku.
Engkau apa tahu.?
Aku punya cara.
Bukan engkau punya pasal.

Saat-saat tipis kini jelingan pun boleh merentungkan emas.
Telinga, mata dan mulut memang durjana kawan.
Tapi hati itu lagi bangsat jenisnya.
Sampaikan sewaras-waras kegilaan, mati kebuluran.


Tiada lagi pemikiran yang atas norma paksinya.
Pemikiran lantas menjadi sang nomad.
Harga diri ditimbang kira dalam kilo-jumud.!
Sampai dalam tertanam benih kebencian.
Benci itu neraka kawan.
Neraka yang dibangunkan atas kewarasan yang jumud langsung.

Cetek.!

Kawan, kau peganglah duniawi engkau.
Lantas saat itu kau teriaklah bahwa aku si kambing hitam.
Tapi teriakan itu aku sedar sungguh mulia.
Kerana diatas para-para hatimu masih terpacak jarum emas.
Emas itu kelihatan langsung hangus dalam bara.
Disisinya termaktub satu manifesto diri.

Katanya,
"Akan ku benam sekelumat hati, 
agar nantikau terseksa sendirian."



Walhal dengan sedar sekeliling umat bijak melentur buluh menjadi rakit.
Mereka-mereka ini pantas mengeluarkan diri dari segi yang jumud.
Maka tertinggallah engkau dalam segi yang dahulunya majoriti kini bernafas dalam sisa loji kumbahan.

maka tepuk dahi buka hati.


Apa ada atas dari rumah.?
Apa ada bawah dari tanah.?
Dendam itu bukan racun.
Dendam itu berbisa berduri halus-halus.
Abukan bara tadi.
Sapukan jauh dari melata.

sekian ;)


-Subuh 2 Julai


(Sekali Lagi Nada-nada Kolektif Cuba Dicerpen-dekkan)


[P/S : Sila baca dari bawah kalau mahu padamkan ego AKU! (jikalau ada kemuhan)]

No comments: