Saturday, December 17, 2011

Pah : Dia Gadis yang Berpegang Pada Cahaya



* * * * *

“Pah, baliklah! Hari dah senja.” Haish budak ni. Senja-senja pun main bola lagi. Kang kena sampuk dek setan baru tahu.

Rungut hati nurani si ibu.

“Pah belum balik lagi ke?”

Kali ini si bapa pula menggegarkan gegendang telinga si ibu dengan nama si Pah itu.

“Belum lagi. Tu ha, dok bertenggek lagi atas tiang gol tu!”

* * * * *

Adakah aku
akan percaya bahawa si KakPah (bukan nama sebenar) ini seorang yang berperwatakan seperti tomboy suatu ketika dahulu? Jawapannya adalah, tidak! Sama sekali tidak. Tapi itulah hakikatnya (samaada hakikat si hikayat atau temberang si panglipulara) Hari ini dia geram. Esok lusa dia gembira, suka, riang sampai satu hari tak ada satu pun hati yang perasan dia sedang menangis. 

Dulu (katanya tomboy) dia pernah memanjat lelangit bergerigi pelangi itu. Tapi dia tergelincir sampai habis terpelosok kakinya ter~ber~gantungan di dahan pohon paling berkerengga itu. Dia menjerit, tapi ketawa yang datang. Dia meminta, namun hampa yang menemaninya. Dicuba-cubanya menggapai kakinya tadi sampai dia lupa bahawa oksigennya semakin nipis meresap ke dalam paru-parunya. Dan saat itu adalah saat yang paling syurga sekali bagi sang alveolus untuk pergi mengambil cuti tahunan yang tertangguh-tangguh.

Hari itu dia pengsan. Habis pusing-pusing benak seisi rumahnya memikirkan jasad yang terkaku ini. Ditepuk-tepuk lantai tanda tak percaya, tanda tak setuju! Tapi hukum tuhan, kita tak boleh lawan. Senja itu Pah pulang lewat lagi. Itupun setelah ditemui tersadai bengkak-bengkak digigit halus si kerengga-kerengga. Tiba-tiba disaat dia sudah mahu dibaringkan diruang tamu, Pah bergerak-gerak. Kali ini seluruh isi rumah bergegak-gempita. Pah bangun dan berkata,

“Sejuknya tidur kat luar tadi.” Sambil tersenyum nampak gigi arnabnya.

Pah itu degil. Keesokannya dia bangun lagi. Kali ini mahu ditebus kesakitannya kepada si kerengga durjana semalam. Kali ini dia mengenggam buku lima dia dengan kayu api yang lantas diambilnya dari bawah rumah PakAndak tadi. Diluku-lukunya si kerengga-kerengga durjana itu. Satu persatu jatuh ke tanah. Tak semena-mena langit jadi gelap.  Hujan turun berderai-derai. Tapi perlahan dan halus. Sesekali sahaja ternampak dek matanya halilintar yang menyambar. Namun perilakunya masih terus membaham si kerengga semalam.

PAMMMMM! Berdentum pantas halilintar disisi cupingnya. Lalu Pah terduduk kaku. Menggigil terpanah dan tersadung. PAMMMMM! Kali ini sisi cupingnya yang hangus tersambar. Dia pengsan dibelantara itu. Senja itu sekali lagi Pah pulang lewat. Itupun selepas dia diusung pulang dengan motor roda tiga. Dia dimandikan malam itu juga. Semakin pekat likatnya malam gelita itu, semakin ramai yang datang menjengah halaman rumahnya. Pokok-pokok diluar sana habis ternampak dek kerana disimbah api-api obor orang kampung. Sedang asyik sopan mengatur gerak memasuki ruang tamu, Pah bangun lagi. Katanya,

“Mesin urut tadi buat Pah lenguhlah”

Fuhhh~ Malam itu Pah disumpah seranah lagi. Tapi apa Pah peduli. Ditangannya kini ada sekeping halilintar yang berkilau-kilau cahayanya. Dia melihat dan tersenyum puas. Sempat juga dia menyambut secebis halilintar untuk dibuat bekalan dihari mendatang nanti. Namun, keesokannya tak ada satu orang pun yang tahu ke mana Pah pergi. Dicarinya sampai ke hujung pelangi. Dicarinya juga sampai ke akar tempat tinggal sang koloni kerengga. Tapi sedalam lubang cacing pun tak ada kesan ke mana Pah pergi.

Senja itu Pah pulang lagi. Tapi kali ini atas dua kakinya sendiri. Ditangannya ada seutas beg Gucci dan sepasang kasut berkilau dari Prada. Kali ini satu isi rumah yang pengsan. Pah pulang dengan kejutan! Sampai habis senja itu, habis satu kampung berpusu-pusu lintang pukang menyerbu rumah Pah. Angin kus-kus yang paling pantas kali ini bertukar menjadi yang terpaling pantas. Kalah kelajuan system wireless di Malaysia gamaknya. Dimuka-muka depan jejaka-jejaka warung kopi sampai ke kolam ikan PakSeman, semua mendengar dengan teliti.

“Pah adalah BarbieDoll!”

Habis satu isi warung kini tinggal langsung tak berpenghuni dengan kopi-kopi yang lantas berkulat-kulat tak berjaga. Dan habis lengang kolam ikan PakSeman semuanya kosong walaupun ikan yang paling besar menyambar joran-joran di sana. Kini Pah diangkat sebagai permaisuri daun palas daripada raja melompat parit dengan basikal. Dulu dia jaguh dalam acara itu. Kini dia dimahkotakan lagi dengan gelaran baru. Maka dialah selayaknya diangkat sebagai jaguh!

Kini, sudah bertahun-tahun Pah menjadi si permaisuri. Tapi selama bertahun-tahun itu juga dia tidak pernah bongkak berhidung tinggi. Cuma jejaka-jejaka dunia yang di-reject-nya sahaja yang memanggilnya sebagai “SOMBONG” ! Pah kini taat kepada keluarganya. Perilakunya hanya untuk mereka. Dan mereka bahagia lantas aku menyiapkan penghujungnya sebagai ‘Happy Ending’ !

* * * * *

Kepada Pah (bukan nama sebenar) :: Kau kuat! Kau yang terpaling tabah. Kaulah yang terpaling ceria. Kau juga yang terpaling indah untuk berada disisimu sebagai teman. Kau menghiburkan. Kau tak pernah mencantas mood orang lain. Kau sentiasa di situ dengan senyum tawamu. Tapi semalam, aku robek jiwamu semasa engkau nenyak tidur. Aku lihat hatimu bercalar-balar. Kalau aku diizinkan kau saat ini, aku akan cuci hati kau dengan klorok! ;)




YOU’RE THE BEST PAH! 
THE BEST OF YOUR LIFE!! ;)

* * * * * 

No comments: