Thursday, December 29, 2011

Sheryn Yari : Dia Gadis Yang Punya Pelangi Yang Bercalar-balar (Tapi Hatinya Masih Tersenyum)


*lagu ni kan yang ada kat blog awak tu.? ;) hehe



* * * * *




Tengah malam ni, tak ada cerita. Kosong! Setelah aku main game PES2012 dengan mode MasterLeague aku, NewcastleUnited yang mana dah masuk match knockout bagi championleague. First leg team aku bertemu dgn LOSC Lille yang ada EdinHazard dan ex-player dorang iaitu YohanCabaye yang menyertai Newcastle United musim panas dulu (tapi aku dah jual lama dah Cabaye tu, tak power. Haha) 1st leg team aku kalah 6-1 (dahsyatkan?) Team aku kalah besar sebab awal-awal lagi GoalKeeper aku dah kena red card (Tak guna main kasar-kasar tau. Tapi reff tu memang jahanam! ;) So untuk 2nd leg, aku terpaksalah pulun macam gila babi sebab nak pick-up balik jurang agregat tu. And finally aku berjaya tewaskan Lille dengan keputusan 7-1 (main sampai extratime, gila!) so team aku layaklah ke pusingan seterusnya dengan keputusan agregat 8-7 (Haha, bapak gila result).



Lepas tu aku lost. Bukan lost masuk tidur or terbungkang ke apa, cuma lost tak tahu nak buat apa. Sampai subuh aku merapu-rapu tak tahu nak buat apa. Dari youtube, semua bagai aku dah jelajah. And then aku check skype aku, mana tau ada ShilaAmzah ke online kan, boleh berborak (haha) tapi dah subuhkan, mana ada mangkuk-mangkuk ayun yang nak online. Tiba-tiba aku ternampak nama sherynyari. Teringat pula nak ber-belog-walking kat blog dia. Sebab secara jujurnya, selama aku follow blog dia, aku tak pernah baca apa yang dia tulis (jujur tau ni, hehe) So subuh tadi aku baca blog dia. Maka terjadilah entry ini ;)



* * * * *



Sheryn, saya tak nangis tau baca blog awak. Walaupun ada bunyi-bunyi macam menangis, tapi itu adalah kerana saya sedang menghidapi penyakit selsema yang kronik. Jadi saya tak menangis eh ;)



Dulu masa saya ada update status kat skype yang macam ni, “Dia Gadis Yang Berpegang Pada Cahaya” , andaaa ada bertanya kepada saya, siapa gadis tu? Kalau andaaa baca entry saya yang bertajuk itu, ia adalah sebenarnya tiada kena mengena pun dengan andaaa. Tapi setelah saya baca blog andaaa. Saya rasa macam saya dah faham sikit-sikit, kenapa andaaa bertanya macam tu. Serius, time andaa tanya siapa gadis tu, saya tak tahu nak jawab apa. Hehe ;) Saya baca entry-entry andaaa. Terutama yang pasal your break-up tu. I’m sorry and saya simpati untuk andaaa. Sebab apa yang saya tahu, andaaa sangat dan tersangatlah sayang akan lelaki (ex) andaaa tu. Dan saya rasa andaaa begitu sweet sekali dengan dia. Dari apa yang andaaa lakukan , dan apa yang dia telah lakukan kepada andaaa, ia memang macam drama Korean (sorry, saya tak tengok drama Korean sebenarnya ;)



[P/S : saya sorry kalau perkataan saya di sini membuat awak teringat semula kepada dia. Sorry!]



I know you’re strong. Strong than ever you think you can achieve! Seriously. Biasanya orang-yang kuat dan tabah ni sebenarnya ada masalah dengan hati, naluri dan jiwa, dan juga sanubari. Tapi bukanlah bagi seorang manusia itu kalau setiap kehidupan tidak pernah dilanda masalah. You’re nobody (except yourself) and I’m nobody too (to judge you), because nobody perfect, right? Dari zahirnya, andaaa seakan tidak terlalu menangisi kehilangan itu. Tapi dari secara batinnya? Takkan ada orang yang takkan menangiskan. So, keep-on living darl!



Masa, dia takkan tunggu kita, lebih-lebih lagi kalau masa nak mengundur. Memang mustahillahkan. Tapi itulah masa. Masa ini memang kejam. Tapi masa ini adalah yang terbaik dari tuhannya untuk manusia terus berhidup atas landasan. Hari ini mungkin andaaa tersenyum, hari esok mungkin andaaa menangis, dan hari lusa mungkin andaaa dah tak mampu lagi nak mengambil semula masa yang kelmarin. Saya tertarik dengan setiap entry andaaa. Setiap entry yang mana ada qoutations2 yang menarik. Ia seumpama cuba untuk membuat andaaa rasa andaaa ini kuat dan boleh untuk terus berjalan dan ia seakan cuba untuk memujuk hati andaaa sendiri. Saya suka akan itu. Andaaa nampak pandai menyembuhkan luka andaaa sendiri dari segi zahir. Dan doa-doa andaaa, moga-moga ia dimakbulkan tuhan ya ;) Semoga tersembuhlah hati andaaa juga sebagaimana zahir yang andaaa tunjukkan.



Saya tertarik dengan quotation andaaa yang ini,


Ya ALLAH. . .
Jika hamba ditakdirkan untuknya, maka dekatkanlah hamba dengannya,Tapi jika hamba tidak ditakdirkan dengannya, maka jauhkanlah dia dari ingatan hamba...Jagalah hati hamba untuk yang halal ,,,dan berikanlah hamba kesabaran untuk menanti jodoh hamba...Amin ya Rabb... ;)



Andaaa kuat, andaaa terlalu kuat sebenarnya! Kalau andaa rasa rasa andaaa nak give-up, andaaa fikir balik bagaimana andaaa boleh bertahan selama ini. Just keep-on rolling and let the time tell the best truth for your own life. Tuhan sudah tentukan takdir setiap hambanya, jadi kita hanya mampu merancang sahaja. Jadi marilah kita percaya akan apa yang terjadi semua atas kehendak-Nya ;)



[P/S : saya baca sampai habis tau entry awak yang, "Be Strong my Little Heart" tu ;) hehe]



Andaaa ada update pasal presentation-kan? So, tahniah kerana telah berjaya menyempurnakannya. And saya nak tanya, andaaa memang selalu mintak  kawan andaaa berdiri sebelah andaaa masa andaaa ingin buat sebarang presentation ke? Uniknya penyakit tu :P Tapi on your latest presentation, dari apa yang saya baca, see you can do it! (walaupun tu group assignment-kan? So memang ada member-lah teman kat sebelah ;) Manusia ni ada banyak penyakit yang manusia itu cipta sendiri. Tapi kita boleh buang penyakit-penyakit (dalam kategori sikap) tu dengan kita mesti percaya dengan setiap apa yang kita lakukan adalah benar dan benar-benar belaka (dan kalau ada salah silap tu, harap maaf dan perbetulkanlah ;) Believe on what you doing (because it always between you anda you and the truth of yours)



Saya petik qoute dari HanaKimi,


If you be yourself, you can do anything ! ;)



And about your latest entry, andaaa ada cerita pasal movie-kan. Andaa dah tengok SONGLAP kan? Macam mana cerita dia? Saya nak tahu, best ke tak. Sebab cerita tu di-direk oleh dua orang direktor yang saya sendiri kagumi. Effendi Mazlan dan Fariza Azlina Isahak. Bagi saya mereka berdua ini selalu menampilkan satu perspektif baru dari kaca mata lensa kamera. Yang paling saya suka, garapan mereka, cinematografi yang mereka buat. It just an unique chemistry between their brains! Biasanya mereka takkan bagi apa yang patut kita lihat dengan senang tentang apa yang mereka nak cuba sampaikan. Dan itu adalah menarik. (ramai yang cakap cerita dia bosan. Tapi saya tahu mereka tak dapat apa-apa bila keluar panggung ;)



About the movie Darkest Hour, macam mana? Best ke? Saya tak suka sangat cerita-cerita fiksyen fantasi ni ;)



Saya nak habiskan ke taknak eh entry ni? Hehe. Saya habiskanlah. Sebab hidung saya dah kronik berair ni. Lagipun 10minit lagi nak masuk pukul 8pagi dah. Fuhhhhh~ tak tidur lagi saya ni ;)



Saya nak cakap satu je kat awak,


"Hey girl, lets tell the world that you bigger than the earth!" ;)



* * * * *


[P/S : maaf kalau saya tersalah tafsir tentang andaaa. You're strong girl (Just a too strong girl with a little heart ;) ]

*ShahAlam - 29/12/2011

No comments: