Monday, December 12, 2011

.SnowWhite Itu Melara Jiwanya (Jatuh Disambut Sebelum Berantakan Hati Kaca Punk-rocknya Dek Batu Belah Batu Bertangkup !)




Sesungguhnya, tak ada satu pun ikal benang yang dapat mengembalikan senyum dimataku kini. 
Dimatamu jua, sukar. Senja tadi aku diperlakukan sawan. Hampir-hampir terjerumus dalam belukar. 
Namun itu risiko. Dan risiko yang besar adalah tidak berani mengambil sebarang risiko. 
Petang tadi, dalam tandas keramatku; 
Aku bernyanyi-nyanyi.


 "Dia Tidak Berdosa!
 Dan dia,
 Dan dia,
 Oh, dia!

Dia tidak berdosa!"


Dia tidak berdosa! Dialah Sno
wWhite dilitupi salji. Berambut pendek dan bercelak gelap ekor iblis dihujung mata serta sepasang gelang tangan punk-rock berbentuk hati mencengkam kulit mulusnya. Malah dia jugalah yang bernyanyi-nyanyi akan kepada angin, bahawa; “kahwinkanlah aku kepada si anak raja!” Maka buai itu membuai makin laju. Sehingga tanpa sedar sepatunya tercampak ke dalam kereta kuda PuteraCharming. Sepatu itu berkilau bermanikkan belian.  Putera Charming itu gamaknya sebelum matahari meninggalkan subuh kelak, dia harus pulang mempunyai pacar. Saat itu juga gerombolan mereka berpatah arah mencari pemilik keramat itu. Sesampainya mereka dibuaian itu, hanya angin lutsinar sahaja yang menghiasi permata wajah. SnowWhite ketika itu telah sebaldi peluh berjalan pulang. Gelisah bagaimana harus dibicarakan kepada ibu tirinya. Lagi-lagi bila diapikan oleh si BawangMerah kesayangannya itu. Sepatu itu lumayan harganya. Mana mungkin digantinya sampai kerepot pun kudratnya.


Lantas dipertemukan oleh waktu yang disengajakan dengan IbuSihir tersohor itu. Katanya utusan diraja. Mahu mencari sigadis jelita buat PuteraCharming dari wilayah berdaulat InderaKayangan. Maka difikirkan di situ, mungkin ini takdirnya. Cepat-cepat sahaja SnowWhite itu menaiki penyapu ala-ala HariPutar IbuSihir itu. Sudah sejauh 30 batu mereka diawangan. Terpinga-pinga SnowWhite menunggang. Dihulurnya dari IbuSihir itu seulas nangka. Ditelan pantas lahap merakus menerongkah anak tekak. Maka tercekiklah SnowWhite itu meronta-ronta sampai habis lupa akan berada diawangan. IbuSihir itu ketawa berdekah-dekah. Berjaya dia menipu si SnowWhite yang tolol itu. Kini di dunia ini baginya hanya wajahnya dan wajahnya sahaja yang rupawan. Maka PuteraCharming itu adalah selayaknya milik dia! Sesaat itu berdekah hilai nyaring tawanya menjerkah langit, "matilah kau SnowWhite ditelan batu belah batu bertangkup!"



* * * * *



“Mama, SnowWhite tu mati ke jatuh dari langit?” si anak itu mula mempersoal.

“Sayang, SnowWhite itu kuat. Takkan dia akan mati kerana itu kan” Nampak sinar dari lipglouse mama.

“Tapi dia jatuh dari langit. Langit kan tinggi.” Dari mata si anak itu, jelas kasihannya pada SnowWhite.

“Tak sayang. Sebelum dia sempat jatuh ke bumi, HariPutar berlidah cicakman menyambut SnowWhite tu. Jadi anak mama tidur, okay?” senyum itu senyum lelah. Senyum itu senyum penat.

“Okay. Selamat malam mama. Esok masak banyak-banyak, adik nak makan puas-puas” senyum si anak sebelum lampu dimatikan.



* * * * *


[disaat semua ini ditulis, tiba-tiba satu isi rumah blackout! Ironinya kan? *tengahmalamsabtumenginjakkepagibutaahad*]

"People were made for not seeing each other  at the first sight, right? So let’s start with the second. And if you start at the second with the first sight, you’ll succeed! – Lara JoLisa"

No comments: